'Adakah ini terlalu awal?'

"Ya Allah, betul ke apa yang aku nak buat ni." bicara Nuhaan sendiri sambil mengetuk-ngetuk meja menggunakan pen.

Letih otak berfikir. Akhirnya dia tulis sahaja apa yang dikehendakinya di atas sehelai kertas kosong itu. Ditulisnya di dalam bahasa Arab.

Mahu menyerahkan surat itu kepada si dia ataupun tidak, tunggu sahajalah nanti. Kalau ada rezeki, adalah.

Jika Allah berkata ya, maka terjadilah ia. Nuhaan hanya bergantung kepada Sang Pencipta. Dia hanya mampu merancang, tetapi penentuan Tuhan yang terbaik.
.​
.​
.​

"Dyna, Aarya. Sekejap tau, Esha nak pergi dekat bonda ni. Nanti Esha datang balik." Haura bangun dari kerusi. Dikemas-kemaskan jubah abaya beige-nya yang berkedut akibat duduk terlalu lama.

"Okay!" Aarya menjunjukkan simbul 'okay' pada jarinya.

Erdyna pula hanya mengangguk faham. Nak membalas menggunakan suara, tidak mampu pula. Mulutnya sudah dipenuhi dengan makanan.

Daripada tadi lagi mereka bertiga sudahpun duduk bersembang di dapur.

Tidak lupa juga udang butter yang diratah mereka. Nikmat menjamu makanan daripada air tangan Hadeeya.

Sambil menikmati makanan yang pelbagai jenis, mereka juga ada berbual-bual tentang perjalanan Haura dan Erdyna yang akan merantau ke negara Arab untuk meneruskan pelajaran pada tahun hadapan.

Sesekali air mata mereka bergenang apabila mengingatkan tentang kenangan manis di madrasah.

Sebak. Belum apa lagi dah rindu.

Lagi-lagi Aarya, selepas ini dia seorang sahajalah yang tinggal. Kedua-dua kakak angkat kesayangannya itu akan meninggalkannya. Sementara.

Haura berjalan keluar daripada ruang dapur. Pintu rumah utama ditujunya.

Sedang dia berjalan ke arah pintu untuk keluar, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sepertinya baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia hanya mengagak bahawa lelaki itu adalah rakan kepada abang-abangnya. Maka dibiarkan sahaja lelaki itu masuk. Tidak berminat untuk tahu siapakah gerangan.

Haura terus menuju ke pintu rumah. Maka terpaksalah berselisih dengan lelaki tadi. Haura jalan menunduk tetapi dapat dia lihat dari hujung matanya. Tubuh lelaki itu, tinggi.
Berbadan tegap. Berkulit putih. Rambut yang hitam lebat. Kemas cara pemakaian. Berbaju kurta hitam.

Sekali sahaja Haura mengerling kearah tubuh lelaki itu tetapi sudah dapat ingat personalitinya.

Sekilas dipandang, seperti pernah terjumpa. Tetapi dimana ya?

Puas dia memerah otak, tetap tidak ingat dimana dia pernah berjumpa dengan lelaki tadi. Tiba-tiba perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.

"Ah tolonglah ingat, siapa dia..." monolog Haura sendiri. Suara halusnya, hanya dia sahaja yang cukup untuk dengar.

Dicengkam kepalanya yang berlapik tudung. Kegeraman dengan diri sendiri yang tiba-tiba sahaja jadi mudah lupa.

Pada kebiasaannya, Haura ini sejenis yang mudah ingat setiap apa yang dilihat. Kadang-kadang jenama apa yang dipakai pun Haura akan ingat. Tapi tak tahu lah kenapa kali ini dia betul-betul lupa.

Dia berusaha untuk mengingat tetapi tidak tercapai.

Perasaan ingin tahu sudah berperang dengan mata. Mata tidak mahu memandang, tetapi perasaan pula sudah mengamuk ingin meneliti lelaki tadi.

"H-Haura?" tiba-tiba ada suara garau yang memanggil daripada belakang. Nada nya teragak-agak.

Terhenti langkah Haura. Tangan yang mencengkam kepala turut dijatuhkan.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now