PROLOG

95 31 7
                                    

AKU menutup pintu bilik rapat. Senyuman sedari tadi tak hilang di bibir. Bahagianya rasa.

Telefon bimbit yang dipegang diletak di atas meja kecil bersebelahan katil bersaiz king sebelum aku mendekati katil. Punggung aku henyak ke tilam lalu frame gambar aku tatap. Kejadian beberapa minit lalu kembali berlegar-legar di benak fikiran berjaya melebarkan senyuman pada bibirku.

"AYRANA NARYSHA! TURUN SEKARANG!"

Aku tersentak. Bahu ku sedikit terhenjut dek terkejut dengan jeritan lantang meminta ku turun tadi. Jantung mula berdegup kencang. Kenapa papa suruh aku turun? Dan kenapa nada papa macam tengah marah?

Aku melangkah perlahan. Ikutkan hati, memang tak berani tapi tak nak papa mengamuk, aku terpaksa juga. Dari atas sudah ku tangkap beberapa figura berlainan jantina termasuk papa, mama dan... Daniel? Apa Daniel buat dekat sini?

"Daniel, you said to uncle yang Dany nak tunjuk something and need Rana sekali. Show us now," ujar papa sebaik sahaja aku menghentikan langkah di sebelah Maksu yang turut bersama.

Aku perasan, Daniel ukir sinis. Apa yang lelaki tu nak sebenarnya? Tatapan ku dan dia bertemu. Tatapan dia bukan tatapan biasa tapi tatapan yang penuh misteri.

Daniel memutuskan tatapan kami dengan mengalihkannya ke arah satu sampul coklat yang terletak di atas meja sebelum diberikan kepada papa. Papa seperti was-was namun huluran itu tetap disambut. Lirikan mata papa sampai pada ku sebelum sampul itu dibuka.

Ya Allah, kenapa jantung aku berdebar ni? Janganlah apa-apa yang boleh jejaskan hubungan kami.

Sampul tadi papa lempar bersama beberapa keping gambar yang juga berterabur jatuh ke lantai. Muka papa sudah berubah. Raut wajah sudah tak tenang seperti tadi. Tegang dan bengis. Ya Allah, ada apa-apa tak kena ke?

"AYRANA! WHO'S THAT BOY WITH YOU?!"

Bahu ku terhenjut sedikit dek terkejut dengan bentakan kuat papa sebentar tadi. Terketar-ketar aku ambil sekeping gambar yang terdekat denganku lalu gambar itu dilihat. Tiba-tiba jantung tak rasa berdenyut. Mana Daniel dapat gambar-gambar ni?!

Wajah papa aku tatap sendu dan terkejut. Kepala digeleng beberapa kali cuba menyakinkan sang ayah walhal sudah terang lagi bersuluh di dalam gambar tu aku dan Faith.

"APA?! Rana beritahu papa, siapa budak lelaki tu? Ke Rana nak papa cari tahu sendiri lepas tu bunuh dia depan Rana?!" tengking papa lagi. Terjatuh air mata ku yang dibendung. Ya Allah, aku tak kuat.

"AYRANA!"

"Boyfriend Rana!" jawab ku laju dek bentakan papa yang kuat.

"Rana ada boyfriend?" Kali ni, Maksu pula yang bertanya. Aku mengangguk beberapa kali dengan tangisan tanpa suara. Dapat aku dengar amukan papa pada ku. Air mata langsung tak dapat berhenti daripada mengalir.

"Rana."

Aku tak mendongak. Hanya kekal menunduk bersama air mata yang sudah membanjiri muka. Takut masih tersisa banyak di dalam diri. Sungguh aku tak berani untuk bertatapan dengan papa.

"Putus dengan budak tu kalau Rana tak nak apa-apa buruk jadi. Faham, kan ayat papa?" Aku mendongak pantas. Apa? Papa nak aku putus dengan Faith? No! A big no! Aku sayangkan Faith dan aku takkan putus dengan dia! Full stop!

"Cuba membantah, papa buat tindakan."

Aku tergamam. Papa dah buat keputusan muktamad dan aku tak mungkin membantah. Tambahan pula, aku tak nak Faith diapa-apakan. Dengan pasrah aku diam sebagai jawapan. Derap kaki papa kedengaran menjauh. Layu lutut ku sebelum jatuh menimpa lantai. Gambar-gambar yang berterabur di atas lantai ku pandang sendu.

Maksu sudah naik, begitu juga mama dan Daniel. Meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu yang besar nan megah yang menjadi saksi rapuhnya aku ketika dipaksa oleh papa kandung sendiri. Aku tak mahu, Ya Allah. Aku tak mahu. Aku tak mahu berpisah dengan lelaki yang sudah tersemat kekal di dalam hati aku dan lelaki yang sentiasa menyerikan kehidupan ku, Ya Allah.

"Faith..."

"Saya sayangkan awak. Sangat..."

Teresak-esak aku menangis, mengenang nasib malang yang menimpa. Ya Allah, kenapa mesti aku?

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now