"Apa?" Soal Nufa.

Nadhif peluk tubuh dan bersandar selesa di kerusi. Nufa dipandang kosong.

"Kenapa bekas kekasih kau sibuk cari kau semula?" Soal Nadhif lurus. Tak mahu bersimpang-siur. Rasanya dia ada peratus perlu tahu sebab secara tidak langsung dia sudah pun terlibat dalam urusan Nufa tadi.

Nufa lepaskan nafas berat. Pening pula tiba-tiba jadinya bila menerima soalan Nadhif.

"Kenapa nak tahu?" Soalan dibalas soalan.

"Well, aku dah tolong kau tadi kan? Aku rasa sedikit sebanyak aku punya hak untuk tahu." Balas Nadhif mudah. 

Nufa angguk. Agak bersetuju dengan jawapan yang diberi Nadhif. Yalah. Jika lelaki itu tak dipaksa Halwa untuk datang menolong tadi, Nufa sendiri tidak tahu keadaannya sekarang bagaimana. Bersama Mifzal kah? Atau lebih teruk, menangis kembali seperti awal-awal berpisah dahulu. Huh! Minta simpang!

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan. Nadhif yang setia memandangnya dijeling sekilas. Tiba-tiba rasa malu pula bila dipandang tanpa lepas begitu.

"Ehem." Deham dilepaskan kecil. Hilangkan rasa aneh yang bertandang.

"Well..." Diam. Nadhif dipandang. Dan lelaki itu masih sama. Memandangnya tanpa lepas. 

"Sejujurnya, aku pun tak tahu kenapa dia datang cari aku semula." Nufa mulakan kata. Kepala mula menggali ingatan sendiri. Cuba membayangkan kembali bagaimana boleh Mifzal berkeras mahu berjumpa dan berbaik dengannya.

Nadhif diam, sabar menanti.

"Dia selalu cakap dia nak bagi aku sesuatu dan sampai sekarang aku tak tahu apa yang dia nak bagi. Dan dia ada cakap juga dia nak jalin hubungan semula dengan aku, tapi sebagai kawan sahaja. Jerk." Kutuk Nufa di akhir kata.

Bibir Nadhif terjongket sedikit. Rasa kelakar pula dengar Nufa yang mengutuk selamba.

"Kau tak nak?" Soal Nadhif. Walau jelas-jelas dah jawapannya, entah kenapa Nadhif seperti mahu dengar sendiri mulut Nufa menolak. Entah kenapa dapat bayangkan rasa puas hati yang menguasai nanti.

Pelik.

Soalan Nadhif terus buat riak Nufa berubah. Dari riak neutral kepada riak geli yang tidak dapat dibendung. Kepala pun sudah menggeleng beberapa kali. Jelas tidak suka dengan idea dia dan Mifzal bersama sebagai kawan.

"Tak nak aku. Never. Selepas apa dia dan kekasih baru dia buat pada aku, aku rasa aku tak boleh dan aku tak akan boleh jalinkan apa-apa hubungan rapat dengan dia lagi." Tolak Nufa. 

Nadhif diam. Riak Nufa yang mula tenang namun terbias sedikit kecewa itu diperhatikan tanpa lepas.

"Tiga tahun. He cheated on me for three years dan aku tak tahu menahu langsung. Dan tiba-tiba dia terangkan yang hubungan aku dengan dia selama ini hanya atas dasar kawan rapat. Kau dapat bayangkan tak? Gila betul." Nufa mengurut pelipis perlahan. Bibir dah tarik senyum sinis, seolah-olah senyum itu mengejek dirinya sendiri.

"Lelaki memang macam tu ke?" Soal Nufa. Wajah diangkat dan tajam matanya menentang pandangan tanpa rasa Nadhif.

"By macam tu, maksud kau apa?" Soal Nadhif tenang. Tak terusik dek rasa geram pun dengan soalan Nufa yang jelas-jelas mahu melabelkan kaum sejenisnya dengan kedudukan yang sama. Jerk. Ya. Dia tahu. Walau tak jelas pada kata-kata, namun jelas pada pandangan tajam dan terluka gadis itu.

"Suka mainkan perasaan perempuan? Tak cukup dengan seorang? Those fake hopes?" Tembak Nufa dek dikuasai perasaan geram. Namun, Nadhif masih terlihat tenang.

Senyum nipis, Nadhif mula merapatkan badan ke meja. Tangan diletak atas meja sebelum jemari mengetuk rambang permukaan meja. Menghasilkan satu rentak rawak. Perlahan sahaja. Tidak membingitkan telinga yang menangkap rentaknya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon