BAB 5

2.4K 102 21
                                    


ANNUR memicitkan kepalanya untuk meredakan sakit kepalanya. Paracetemol sudah dua biji ditelan. Tiba-tiba pula matanya sudah mengantuk. Ini semua gara-gara Ah Wei. Sebabkan bosnya itulah menyebabkan Annur pulang lewat semalam. Disebabkan ada seorang VVIP yang menempah Lalita Rose untuk mengadakan parti hari jadinya, jadi Ah Wei memilih dirinya dan beberapa orang yang lain untuk menjadi pelayan. Mahu atau tidak, dia harus akur dengan arahan bosnya. Ingatkan dia boleh pulang awal ke rumah tetapi sangkaannya meleset. Parti tersebut tamat hampir pukul empat pagi.

Sudahlah hari ini dia akan bekerja sebagai pengawal keselamatan pada syif pagi. Jadi, waktu tidurnya semakin pendek. Nasib baiklah hari ini dia hanya menjaga palang di pondok keselamatan sahaja. Kak Hajar pula sedang membuat rondaan di sekitar tenpat parkir kenderaan di B.R Holdings pada pagi ini. Pada waktu petang pula, Annur pula akan membuat rondaan di tempat parkir tersebut. Walkie talkie akan sentiasa berada di samping Annur. Senang Kak Hajar menghubunginya jika ada apa-apa yang berlaku.

"Annur."

Annur terus sahaja  menoleh. Kelihatan Kak Hajar sedang masuk ke dalam pondok keselamatan. Lalu dia meletakkan walkie talkienya di atas meja. Kening Annur berkerut seribu. Cepat pula Kak Hajar menbuat rondaan. Tidak sampai 10 minit.

"Nanti Nur pergi buat rondaan kat tempat parkir. Akak sekarang ni nak balik kejap. Anak akak tak sihat pula. Sekolah telefon tadi. Cikgu cakap anak akak dah muntah-muntah pulak. Risau pulak akak," adu Kak Hajar sambil meletakkan beberapa barang ke dalam almari.

"Ya ke? Kesiannya anak akak. Kenapa tak datang sekolah je? Rehat kat rumah?" tanya Annur sambil mendekati Hajar. Dia nampak lihat dengan jelas raut wajah Kak Hajar yang sedikit risau. Siapa yang tak risau jika anak sendiri jatuh sakit.

"Akak dah cakap dah pagi tadi. Masa nak pergi sekolah, muka dia dah pucat. Dia kata okey je. Akak rasa dahi dia. Memang panas. Tapi biasalah anak akak tu. Degil..." bebel Kak Hajar.

Annur hanya mengangguk faham sambil tersenyum kecil. Teringat pula zaman sekolah dahulu. Perangai Annur dahulu sama seperti anak Kak Hajar. Walaupun sakit mana pun, Annur tetap akan pergi sekolah. Kadang-kadang, Nek Mah iaitu penjaganya akan membebel dengan perangainya itu.

"Nanti jangan lupa buat rondaan dekat tempat parking tu, ya. Akak tak tahu akak masuk ke tidak untuk syif petang. Sebab lepas akak ambik anak akak tu. Akak nak bawak dia ke klinik terus. Takut lambat pulak."

"Akak pergilah. Settlekan hal anak akak tu. Pasal kerja, akak jangan risau tau. Nur kan ada. Nanti Nur bagitahu Cik Mud," ujar Annur sambil menepuk perlahan bahu Kak Hajar. Hajar pula hanya tersenyum lega.

*****

"SEMALAM... ada orang cuba pecah masuk ke markas BRJ095. Tapi... kau jangan risau. Dah ditangkap pun," lapor Rafael sambil duduk di atas kerusi. Kakinya disilang dan cermin mata hitamnya diletakkan di atas meja. Rafael merupakan salah seorang anggota terkuat Black Rose. Dia juga hebat dalam serangan hendap.

Aariz hanya tersenyum sinis. Sempat lagi dia melenyekkan rokoknya ke dalam asytray bewarna emas. Dia sudah tahu siapa dalangnya. Tidak lain dan tidak bukan geng-geng Marcos yang selalu sahaja mahu menghuru harakan dan menumpaskan Black Rose.

"Kau nak settlekan budak-budak bangsat tu malam ni?" tanya Rafael. Sengaja dia bertanya begitu walaupun dia sudah tahu jawapan apa yang Aariz akan katakan.

"Kau tahukan perangai aku macam mana," kata Aariz dengan nada sedikit mendalam. Dua orang balaci Marcos itu tidak perlu 'disimpan' di markas Black Rose. Kalau diseksa pun, mereka tidak tahu apa-apa rancangan rahsia dari Marcos sendiri. Baik tamatkan sahaja riwayat mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)Where stories live. Discover now