Dami 11

5.5K 372 38
                                    

Zara mengemas dan memilih pakaian yang akan dia bawa untuk pergi bercuti bersama kawan-kawannya bermula esok pagi. Bagasi berdiri di lantai manakala Zara duduk di atas katil bersama pakaian yang sudah tersusun. Sekejap lagi baru masukkan dalam bagasi.

Zara beransur bangun, bercekak pinggang memerhati segala barang yang dia kemas. Sekejap, berus gigi tak ada lagi. Dia berjalan membuka laci meja mencari benda tersebut. Yes, ada. Dia kembali kepada posisi awalnya tadi. Apa lagi yang tak ada? Fikirnya.

Tok, tok, tok.

" Zara. ".

Berpaling kepala Zara ke arah pintu biliknya yang sengaja di kunci. Suara Mika kedengaran di balik pintu bersama bunyi ketukan. Mengerut dahi Zara beberapa saat. Memang dia kunci pintu biar Mika tak masuk ke dalam biliknya tanpa izin.

Risau je adiknya itu membuat benda yang pelik pelik. Akibat, Mika tak henti mengetuk pintu menghasilkan bunyi bising. Akhirnya Zara membuka kunci dan pintunya namun hanya kepala yang terjengul* keluar, badannya di sembunyikan di belakang pintu.

Memastikan Mika tak melihat jauh ke dalam bilik. Nanti ada je akal jahat adiknya itu.

" Tolong urut belakang badan aku sekejap. ". Mika menepuk belakang bahunya di mana tempat yang sakit dan perlu urutan. Muka masam Zara terbit tanpa sedar. Nak urut pulak dah. Dia tak nak, dia nak kemas barang barang. Esok pukul sepuluh nak gerak dah.

Mika menanti sambil itu cuba melihat ke dalam bilik tapi perilaku Zara menimbulkan bibit curiga dalam dirinya. Kenapa macam nak sorok something. Apa yang Zara buat? Memang ketinggian mereka berbeza. Tapi kalau pintu terbuka sikit je camne nak fokus jauh.

" Lain kali je boleh Mika? Kakak ada hal— Apa kata Mika minta mama tolong urutkan. Mama pun pandai mengurut jugak. ". Zara menguatkan tangan yang memegang pintu dan juga badannya begitu rapat pada pintu.

Mika yang memang tak tersenyum tadi semakin datar. Tak suka dengan penolakan Zara. Kenapa makin hari, Zara makin terasa jauh daripada dirinya. Mika mengecilkan matanya. Memeriksa seluruh muka Zara.

" Apa yang kau sembunyikan daripada aku sebenarnya ni. Blah aku nak masuk. ". Mika bertindak mendorong pintu namun tidak berjaya kerana Zara menahannya kuat. Membesar mata Zara tidak percaya. Dia dah agak dah yang Mika ni memang suka cari pasal. Saja je kan.

Zara tidak akan membenarkan perkara itu terjadi. Mika mengetap giginya dengan tingkah laku Zara yang menghalangnya. Kalau sampai Mika masuk, mesti adiknya itu akan bertanya dan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Itulah apa yang Zara fikirkan.

" Mika, tak payahlah. ". Zara masih dengan kudratnya menahan pintu. Tapi tenaga dia kalah jauh berbanding Mika yang merupakan seorang lelaki. Dalam sekelip mata, pintu terbuka luas setelah Mika menolaknya dan mengundur Zara beberapa langkah menjauh.

Masuk je Mika ke dalam. Benda pertama yang mata dia nampak. Banyak pakaian terlipat kemas di atas katil dan barang barang lain juga. Di sana juga ada sebuah bagasi sederhana besar. Dia alihkan pandangan kepada Zara yang berdiri melihatnya. Kerutan marahnya muncul.

" Apesal kau kemas baju ni semua. Kau nak pergi mana? ". Zara membuang mukanya apabila Mika bertanya. Dalam senyap, tangan Mika mengenggam sendiri membentuk penumbuk. Ke mana Zara nak pergi tanpa pengetahuan dia?

Kan Zara dah cakap. Mika mesti tanya dan nanti adalah aksi entah apa apa adiknya itu. Zara berjalan dekat pada birai katil. Mengemas lagi barang barangnya.

" Kalau kakak nak pergi mana mana pun. Kenapa? ". Balas Zara berani walaupun rasa takutnya ada di dada. Sampai bila dia nak tunjuk yang dia takut dekat Mika ni. Lama lama boleh sakit hati dia dibuatnya. Tentang kejadian haritu pun dia tak faham lagi.

DANGEROUS MIRACLE حيث تعيش القصص. اكتشف الآن