Dami 6

5.8K 289 48
                                    

Zara mengangkat pakaian yang telah kering masuk ke dalam bakul. Dia berjalan masuk ke dalam semula melalui pintu dapur. Semasa melalui dapur dia terserempak dengan mamanya yang kebetulan mencari dirinya.

" Eh, mama nak pergi mana ni?". Ujar Zara sambil meletakkan bakul ke lantai. Mamanya yang bersiap tersenyum manis. Beg tangan di betulkan sebelum menghampiri Zara yang berdiri. Zara hanya memerhati menunggu mamanya menjawab soalan yang dia tanyakan tadi.

" Zara, mama dengan papa nak keluar sekejap sebab kawan papa ajak pergi ke rumah dia. Ada makan makan sikit. Kamu nak ikut ke? Kalau nak ikut sempat lagi nak bersiap ni.". Jelas puan Maisarah sambil mengajak Zara pergi bersama. Gelengan Zara berikan.

" Tak apalah mama. Mama pergi dengan papa jelah sebab Zara nak keluar dengan kawan kejap lagi.". Jawab Zara lembut. Puan Maisarah mengangguk faham. Tangannya naik mengusap kepala Zara.

" Mama pergi dulu ni ". Dengan itu, mamanya pergi meninggalkan Zara yang ada di dapur. Melihat mamanya sudah menjauh, dia kembali mengangkat bakul yang sengaja diletak ke bawah tadi. Dia bergerak menuju ke biliknya untuk menaruh bakul lalu bersiap pergi.

Zara turun ke dapur selepas hampir setengah jam bersiap. Kawannya akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Saja dia siap awal nanti senang. Mug kosong di capai untuk membancuh air milo. Tekaknya terasa ingin mencicip minuman tersebut. Sambil membancuh, dia sempat melamun.

Sementara itu, Mika datang memasuki dapur dengan bibir yang ternaik. Dia bersandar sekejap pada dinding sambil merenung kakaknya yang dia boleh agak sedang termenung. Dengan kerlingan mata ke kiri sesaat, dia berjalan mendekat. Berdiri di belakang Zara lalu kedua tangannya mengurung badan kecil kakaknya.

Tersentak Zara dari lamunan panjangnya apabila kehangatan tiba tiba muncul dari belakangnya. Sentuhan kulit tangan juga mengejutkan dia. Kepalanya terus terpusing ingin melihat siapa orang yang ada di belakangnya. Matanya automatik membesar kerana terkejut.

Jadi kedua tangan sasa yang menghalang di kiri kanan ni kerja Mika lah? Malas melayan, Zara paling ke depan lagi mengaduk air milonya sehingga di rasakan cukup sebati. Rasanya dah lama sebati tu.

" Buat apa. ". Rasa ada kejutan berupa elektrik apabila Mika meletakkan dagu di bahu Zara. Zara terus menggerakkan bahunya agar kepala adiknya yang begitu dekat menjauh. Tapi tak berhasil. Mika sengaja mengeraskan badan. Seketika pupil mata Zara semakin membesar menyedari sesuatu.

Jika dilihat dari tangan Mika, tiada lengan baju? Jangan kata adiknya separuh telanjang berdiri di belakangnya? Memang gila! Kalau adik beradik pun mana elok macam ni! Badan Zara mundur ke kiri terkejut dengan perbuatan Mika yang cuba menghidu leher jenjangnya.

" Mika ni dah kenapa!? ". Separa menjerit Zara dengan kelakuan Mika tadi. Zara tak larat nak layan perangai bodoh Mika akhirnya membawa mug tadi ingin pergi dari situ tapi Mika masih kukuh di posisi yang sama. Hanya Zara sahaja yang berbalik badan. Kini mereka berdua saling berhadapan.

" Tepi! ". Arah Zara dengan nada sedikit keras bermaksud supaya adiknya ke tepi. Mika membuat tak dengar. Wajahnya hanya menatap Zara. Ada keinginan lain semasa merenung wajah kakaknya. Zara nampak cantik dengan polesan make up tipis pada wajah.

" Kakak cakap tepikan! Mika ni tak faham bahasa ke? ". Sembur Zara yang sudah panas. Dadanya rasa terbakar dan takut dengan situasi sekarang ini. Kalau kejap lagi Mika mula mengamuk atau menyentap rambutnya lebih baik Zara pergi dulu sebelum semua itu terjadi. Bukannya mendengar arahan Zara.

Mika makin mencondongkan badannya mendekat sehingga Zara terpaksa mengundur dengan pinggang bertemu kabinet. Mika berhenti.

" Kau cantik, Zara. ". Zara merenung Mika hairan. Dari mana datang pujian secara tiba tiba tu. Bulu roma Zara ternaik dengan mendadak. Sikap Mika semakin pelik. Zara cuba melepasi tangan Mika yang menjadi penghalang namun tangan itu seakan batu yang tak akan bergerak dengan mudah.

DANGEROUS MIRACLE Where stories live. Discover now