Dami 7

5.1K 315 69
                                    

Zara melangkah keluar dari cafe sambil bersembang bersama dua kawannya yang lain. Mereka bertemu untuk membincangkan soal percutian yang akan dilaksanakan nanti. Memandangkan mereka bertiga sudah berjaya menamatkan pengajian di Universiti.

Dengan masa yang ada. Kawan Zara iaitu — Sarah dan Qira mengajak Zara untuk bercuti bersama di sebuah tempat indah yang ada. Mereka bukan hanya pergi bertiga melainkan ada kawan kawan yang lain akan ikut serta. Pada mulanya Zara tak berminat nak ikut tapi lepas kedua kawannya memujuk.

Nak tak nak dia terpaksa ikut. Lagipun bukan selalu. Perancangan mereka akan tidur selama tiga hari di sana. Zara membetulkan letak tali tote bag dia pada bahu sambil terus berjalan ingin pulang menuju ke kereta. Baru setengah jalan, bahu Zara di tepuk oleh Sarah.

" Zara, tu bukan adik kau Mika ke? Dia buat apa dekat sini? ". Detik itu juga pandangan Zara terhala pada arah jari Sarah yang menunjuk lurus. Kening Zara melengkung sesaat melihat kehadiran Mika yang sedang bersandar pada kereta sambil mendakap badan.

Apa yang Mika buat dekat sini?

" Haah tu adik aku. Korang tunggu aku sekejap tahu. ". Ujar Zara kepada kedua-dua kawannya. Segera mendapat anggukkan dan kaki Zara laju menapak ke arah Mika. Manakala Sarah dan Qira meneruskan jalan di mana kereta mereka terletak.

" Mika. ".

Sebaik suara Zara kedengaran memanggil. Lantas kepala Mika terangat cepat. Dia berdiri melihat wujud Zara yang berjalan laju ke arahnya. Akhirnya wajah yang Mika nantikan sejak hampir setengah jam tadi muncul di depannya.

Ya dia mengikuti Zara tak berapa lama Zara keluar dari rumah. Ingat apa yang Mika katakan? Dia tak akan membenarkan Zara pergi atau menjauhkan diri dari dirinya. Semasa sampai tadi, darahnya seakan mendidih naik bila melihat Zara turut bersembang dengan lelaki. Mungkin kawan Zara.

" Mika buat apa dekat sini? ". Tanya Zara perlahan. Dia menolehkan kepala memandang kedua kawannya sekejap dan menerima respon daripada kawannya untuk Zara berbual dengan Mika terlebih dulu. Badan Zara terdorong ketika tangan Mika merentap pergelangan tangannya.

" Aku datang sini sebab nak ajak kau baliklah. Masuk cepat. Aku dah tunggu kau dekat setengah jam tahu tak. ". Mika membuka pintu kereta dengan memegang tangan Zara menyeret wanita itu supaya masuk ke dalam kereta. Zara menahan tubuh agar tidak bergerak.

Mika ni dah kenapa?

" Apa Mika buat ni? Kakak kan tengah keluar dengan kawan kakak. Yang Mika tunggu kakak sampai setengah jam tu dah kenapa?". Sahut Zara tidak terima. Dia memggerakan tangannya supaya pegangan terlepas tetapi tak berhasil selepas Mika menguatkan cengkaman.

" Keluar dengan kawan kau ke menggatal dengan jantan. Tak payah banyak bunyi. Kau masuk sekarang.". Kasar Mika bersuara menuduh Zara yang bukan bukan. Zara mula rasa marah dia menghempas tangannya sehingga sentuhan terlepas. Giginya mengetap sekejap.

" Apa Mika ni!? Kakak tengah keluar dengan kawan kakak kan. Janganlah buat perangai macam ni. Kakak tak minta pun Mika ambil kakak kan? Habistu kenapa Mika sibuk tunggu kakak? Dah tak ada kerja lain ke?". Zara melawan dengan rasa tak puas hatinya.

Perangai Mika makin hari makin melampau pulak. Walaupun Zara dalam keadaan sedang marah. Suaranya tetap dikecilkan. Tidak mahu menarik perhatian orang lain yang lalu lalang. Terutamanya Sarah dan Qira yang menonton. Nanti apa pula yang kawan dia cakapkan.

Mika menatap nyalang ke arah Zara. Mencerlung tajam memberi amaran jangan cabar dia. Tapi Zara pun ada perasaan juga. Bukannya nak ikut keras kepala adiknya yang entah apa maksudnya entah. Lama lama orang boleh salah faham dengan sikap Mika ni.

DANGEROUS MIRACLE Место, где живут истории. Откройте их для себя