Dami 8

4.9K 334 54
                                    

Zara mengerutkan dahinya bila air tak mengalir keluar walaupun sudah di tekan beberapa kali. Shower tetap tidak mengeluarkan air. Apa yang salah. Dia dah siap berkemban dengan tuala sahaja dan siap nak mandi tapi benda ni jadi pula. Kepalanya di garu tidak gatal.

Nasib baik bilik air nya ada di dalam bilik. Jadi tak ada bersusah payah harus ke bilik air yang berada di bawah. Nafas beratnya di hela. Dia keluar dari bilik air. Mengambil oversize hoodie miliknya berwarna hitam disarungkan pada badan.

Tuala dilepaskan dan menyarung skrit hitam yang tergantung di dalam almari. Dia nak minta tolong Mika sekejap.

Sebab hal hal macam ni selalunya Mika pandai. Zara mengetuk pintu Mika berharap adiknya itu akan membantu dia. Tuala di sematkan keliling lehernya menutupi dadanya dari pandangan yang tidak enak.

" Buka je pintu tak kunci! ". Jerit Mika dari dalam. Zara menolak pintu sedikit memunculkan kepalanya sahaja menjenguk ke dalam. Mika bermain game di atas katil tanpa memakai baju. Dia kerling Zara sekilas lalu fokus pada skrin telefonnya lagi.

" Mikaa tolong kakak sekejap boleh tak? ". Zara meminta dengan kepala sahaja yang menyimbul kelihatan. Mika senyap begitu fokus pada telefon tidak membalas Zara. Zara sudah mengemam bibirnya menunggu dengan sabar.

" Tolong apa? ". Akhirnya Mika bersuara dengan telefon diletakkan ke atas meja lampu tidur. Dia bangun bergerak ke arah pintu di mana Zara berada. Sampai di depan dia berhenti sambil memandang Zara.

" Tolong tengokkan shower dekat bilik air kakak tu. Kakak nak mandi tapi air tak boleh keluar pulak. Tak tahu tang mana yang salah. Tolong kakak boleh? ". Pinta Zara lembut. Mika mendengus perlahan mengalihkan pandangan ke tepi sebentar sebelum kembali pada Zara.

Mika menarik pintu sehingga terbuka luas. Akibat dari itu tubuh Zara terdorong ke depan mengikut arah gerakkan kerana tangan dia memegang pintu tadi. Segera dia stabilkan kakinya supaya berdiri. Mika meliarkan mata dari atas kepala sampai ke hujung kaki Zara.

Memandang dengan wajah pelik. Kerana di pandangan sebegitu rupa. Zara turut menunduk melihat pakaiannya. Nasib baik ada tuala sekali. Kalau tidak. Dah ke mana mana anak mata Mika berhenti.

" Mana biar aku try tengok. ". Mika melangkah melepasi Zara. Senyuman Zara hampir muncul bila Mika maju menolong dia. Jadi dia mengikut dari belakang. Jarak antara biliknya dengan Mika tidak terlalu jauh.

Mika masuk ke dalam bilik air mula menekan seperti yang Zara lakukan tadi nak tengok dulu macam mana. Zara hanya berdiri di depan dinding kaca lut sinar sambil memerhati Mika dari belakang.

Mika tak rasa terganggu kerana tak berbaju. Adiknya itu elok je mula memeriksa ke atas dan sebagainya. Zara tak tahu apa yang adiknya buat. Nampak tangan Mika mengetuk paip shower. Tapi air tetap tidak keluar.

" Kau nak mandi ke? Aku tak tahu kenapa dengan shower kau kali ni. Kalau kau nak mandi guna je bathroom dalam bilik aku tu. ". Ujar Mika sambil cuba mencari letak salahnya di mana. Zara terdiam dengan sendirinya. Dia memang nak mandi tapi—

Kalau tumpang mandi bilik air Mika rasanya tak kot. Lebih baik dia mandi dekat bawah je berbanding kena berdepan signal bahaya nanti. Mika ni ada angin dia. Kadang okay kadang tak okay. Yang okay pun kadang kadang menakutkan. Inikan pula yang tak okay.

" Erm, tak— boleh jugak ke Mika?". Sudah beberapa minit berlalu Mika masih berusaha mencari salah atau membetulkan tapi nampaknya macam kena baiki kot. Peluh membasahi leher dan sekitar bahu Mika kerana berasa panas.

" Aku rasa rosak ni. Kau pergi jelah mandi dekat bilik aku tu.". Mika menjauhkan tubuhnya dari shower setelah tidak berjaya membetulkan. Dulu elok je. Dia mendaratkan tangan pada pinggangnya lalu menghadap Zara.

DANGEROUS MIRACLE Where stories live. Discover now