Dami 1

10.7K 330 10
                                    


Zara berdiri dalam keadaan penuh terkejutnya selepas papanya sendiri iaitu encik Razak membaling sebuah fail hitam tebal ke arah dirinya. Tangannya yang menggeletar secara perlahan bergerak ke atas menyentuh dahinya sendiri lalu dilihat. Ada darah melekat pada jari, tepat itu air matanya turun.

Dia merenung papanya dengan pandangan sayu yang berlinang air mata. Dia tak sangka papa sanggup balik file tebal tu sampai buat dirinya terluka.

"Apa yang abang buat ni hah!". Jeritan mama Zara kedengaran kuat berlari kecil ke arah anak perempuannya lalu tangan anaknya di belek sebelum matanya menangkap darah pada dahi Zara. Matanya mencerlung tajam kepada suaminya sambil memeluk bahu Zara.

"Aku dah cakap jangan buat aku marah. Kenapa kau selalu tak dengar cakap aku hah?!! Aku dah cakap jangan dekat dengan aku!! Jangan pernah dekat dengan aku!! Kau tak faham bahasa ke?! Kau fikir dengan cara kau dekat dengan aku, aku boleh maafkan kau ke hah!! Aku tak akan pernah suka kau sebab kau pembunuh!!".

Ujar papanya panjang berserta suara keras yang penuh kemarahan. Puan Maisarah menatap suaminya dengan hati yang hancur selepas suaminya mengutarakan ayat tersebut.

"Apa yang abang cakapkan ni!! Saya dah cakap Zara bukan pembunuh!! Dia bukan pembunuh!! Abang ni dah kenapa?!! Tak habis habis bencikan Zara. Abang sedar tak Zara ni anak kita. Satu satunya anak perempuan kita!! Abang  sedar ke tak!". Puan Maisarah turut mengeluarkan kekesalan yang dia rasakan terhadap suaminya. 

Bukan niat puan Maisarah meninggikan suara kepada suaminya tapi dia terlalu emosi selepas mendengar kata pembunuh keluar daripada mulut suaminya sendiri. Zara mengemam bibirnya menahan tangisan dan rasa sakit pada hatinya.

"Aku tak pernah ada anak perempuan macam dia ni!! Aku tak pernah anggap dia anak aku lepas dia biarkan adik lelaki dia sendiri mati depan mata dia!! Kalau bukan pembunuh habistu apa?! Kakak apa yang sanggup biarkan adik dia mati lemas tanpa minta bantuan hahh!!".

Sambung encik Razak lagi dengan nada begitu tinggi bersama kedua mata bertakung air mata. Dia menendang meja di depannya sebelum berlalu pergi dengan amarah penuh di dada. Puan Maisarah memeluk tubuh Zara kuat sambil memberikan kata kata pujukan.

Kaki Zara menjadi lemas dan menyebabkan dia jatuh ke lantai dengan tangisan pecah di bilik kerja papanya. Hal ini membuatkan puan Maisarah turut mengalirkan air mata sedih kembali memeluk Zara kuat.

"Zara sabar sayang.... Jangan dengar cakap papa tu. Mama ada dekat sini Zara.. ". Puan Maisarah memberikan pelukan dengan penuh kasih sayang seraya menggosok belakang badan Zara. Zara masih lagi menangis dengan wajah tersembam pada dada mamanya.





Zara termenung sepanjang mamanya membantu membersihkan luka pada dahinya. Setelah selesai puan Maisarah menepuk bahu Zara perlahan menyedarkan anaknya daripada melamun panjang. Zara menoleh ke arah mamanya dengan tatapan sayu.

Mamanya membetulkan rambut Zara agar kelihatan lurus bersama bibir yang mengukirkan senyuman manis hanya untuk Zara. Zara pula hampir menjatuhkan air matanya lagi selepas menatap kedua mata mamanya. Dia faham maksud tatapan mamanya itu.

"Terima kasih sebab tolong Zara mama". Zara menelan air liurnya sebelum membuka bicara. Puan Maisarah mengangguk perlahan dengan tangan masih mengusap kepala Zara lembut.

"Zara ingat ni walaupun papa tak sayangkan Zara, ingat mama sentiasa ada untuk Zara. Mama sentiasa sayang Zara, tak pernah berkurang sikit pun. Zara ingat nenek pun sayangkan Zara. Nenek bagitahu mama dia nak datang malam ni. Jadi Zara jangan sedih sedih okay. Princess mama kena selalu senyum".

Zara wanita berumur dua puluh empat tahun mengangguk kepala laju lalu memeluk mamanya dengan erat. Zara ingat semuanya terjadi ketika dia berumur enam tahun dahulu. Zara mempunyai seorang adik lelaki yang muda dua tahun daripada dirinya.

DANGEROUS MIRACLE Where stories live. Discover now