Dami 5

5.5K 268 34
                                    

Zara yang sedang membaca sebuah buku dengan badan bersandar di penghadang katil mendongak ke arah pintu biliknya yang terbuka. Kelihatan satu susuk tubuh lelaki tinggi berjalan masuk selepas menutup pintu rapat. Zara hanya memerhatikan sahaja.

Belum sempat Zara ingin bersuara. Lelaki yang merupakan adiknya itu terus memeluk tubuhnya erat. Awalnya Zara terkaku sedikit tapi dengan sikap Mika yang mengejut.

" Kenapa ni Mika ". Tanya Zara sambil membiarkan Mika menyebamkan wajah pada bahunya. Mika tak menjawab. Dia cuma bergerak mencari keselesaan di balik bahu kecil Zara. Zara seakan mengelak ke tepi apabila hidung adiknya bertemu dengan kulit lehernya.

" Mi-Mika— ". Zara mahu menolak badan adiknya di sebabkan rasa tak selesa mula hadir. Dia tahu sejak dulu adiknya selalu bermanja dengan dirinya. Jadi mungkin ini kebiasaan yang sudah terbawa bawa.

" Bagi aku rest dekat bahu kau Zara.". Mika berbisik perlahan seraya menghirup wangian Zara. Hidung berada tepat di atas tulang bahu Zara. Mencari keselesaan yang di inginkan.

Zara memilih untuk berdiam diri membiarkan adiknya terus memeluknya tanpa putus. Seketika Zara teringat. Adiknya ini ada masa akan berkelakuan mengerikan serta sungguh menakutkan jika kehendaknya di tolak. Tapi bila datang manjanya begini lah jadinya.

Tubuh Zara terdorong merapat pada badan Mika apabila adik lelakinya itu menarik badannya erat sambil bergerak gerak di bahu Zara. Entah apa yang Mika cari. Zara teringat beberapa hari lepas, Mika menjerkah dirinya hanya kerana sehelai baju dan menarik rambutnya apabila kerana Zara menolak untuk mengikutinya keluar.

Perlakuan tersebut amat menakutkan Zara tapi kalau situasi dah macam ni. Apa yang Zara boleh buat selain duduk diam saja menunggu adiknya puas memeluk tubuhnya. Pandangan Zara mengikuti gerakkan Mika yang berbaring di atas katilnya dengan sebelah tangan melipat di bawah kepala.

" Aku nak tidur sekejap. Nanti kejutkan aku Zara ". Tanpa isyarat tangan Mika menyentuh tangan Zara lalu di genggam kemas. Zara sendiri tak tahu kenapa kadang kala sikap atau perangai Mika berubah berubah. Sampai sekarang juga Zara tak pernah dengar Mika memanggil kakak.

Selalu hanya menyebutkan namanya saja. Zara tak kisah sangat. Mungkin Mika lagi selesa memanggil namanya. Walaupun mereka kerap bertengkar tapi akhirnya semua hilang jika sifat manja Mika keluar. Sesaat, Zara menatap tangan besar Mika yang menyatu dengan tangannya.

Lalu kepala Zara tergeleng perlahan sebelum menarik tangannya agar terlepas tapi Mika menguatkan pegangan. Zara menghela nafasnya. Macam mana dia nak baca buku kalau sebelah tangan dia kena pegang dengan Mika? Apa yang Zara nak buat sekarang ni.

" Mika, Mika nak air ke biar kakak ambilkan ". Sebenarnya itu hanya alasan Zara untuk meleraikan tautan tangan mereka. Tapi Mika hanya menutup mulut tanpa membalas. Tangan Zara juga di pegang erat. Dadanya naik turun menandakan jiwanya tenang.

Zara menatap adiknya geram. Kalau dia makin menolak kemungkinan besar Mika akan mengamuk kerana terganggu. Jadi mahu mengelak hal tersebut berlaku Zara hanya menyandarkan belakang badannya pada katil sambil melirik dinding biliknya.

Keadaan berubah senyap sunyi. Mika membuka sedikit matanya melirik Zara yang ada di sebelahnya sebelum memejamkan mata rapat untuk tidur. Jangan harap dia nak lepaskan tangan Zara. Tangan kakaknya itu muat dalam genggaman tangannya.






Entah bosan atau tiada benda yang boleh di buat. Fikiran Zara mengimbas pada kejadian lapan belas tahun dulu. Di mana adiknya mati dan keajaiban berlaku. Zara pernah terfikir mungkin itu semua hanya khayapan dia saja tapi perkara itu benar benar terjadi.

Adiknya kekal hidup walaupun perangai yang tak tentu arah. Ada masa anginnya naik habis semua orang Mika amukkan. Kalau anginnya baik—sebenarnya Zara lebih memilih sikap Mika yang sering memarahi dirinya berbanding sikap baik atau manja Mika.

Kerana angin baik Mika di rasakan lebih berbahaya kerana Zara tak tahu apa yang ada dalam fikiran adiknya itu. Zara masih ingat. Masa mereka berada di sekolah menengah. Mika suka membuat masalah tapi kalau bab belajar semuanya kelaut.

Sehingga Zara sebagai seorang kakak sentiasa di salahkan oleh papanya kerana tak mengajar Mika dan akhirnya Zara akan selalu masuk ke dalam bilik adiknya untuk membantunya belajar. Tapi Zara ingat selama dia masuk ke bilik Mika pada setiap malam hari khamis sehingga sabtu.

Mika bukannya mahu belajar selain bermain. Apa yang di ajarkan oleh dirinya bagaikan kata kosong yang terbang mengikuti angin. Mika bila di ajar, fokusnya ke tempat lain bukannya buku. Entah ke mana Zara tak tahu. Yang dia tahu apa yang dia ajar tak masuk dalam otak Mika.

Susahkan jadi seorang kakak. Lagi susah bila adik yang buat masalah kakak yang kena tanggung. Zara pernah menangis sebab setiap masalah yang Mika buat papanya selalu menyerangnya. Alasan papanya kerana Zara kakak tak akan jaga satu adik pun tak boleh.

Ya, sampai sekarang. Zara nampak papanya memang baik tapi papanya selalu melebihkan Mika sehingga Mika naik lemak dan hasilnya berperangai tak tentu arah macam ni. Zara dah fikir masak masak. Selepas dia habis belajar nanti, dia mahu pindah ke rumah lain lalu mencari kerja.

Ada satu perasaan tak nyaman jika berdekatan dengan Mika. Mungkin kerana sikap kasar Mika yang tak habis habis mencari pasal dengan dirinya.








Dami
————
hye author up chap ni sbb mmg dah lame ade dekat draft . Btw thanks 💜💜💜 kalau ade typo mention author 👌

 Btw thanks 💜💜💜 kalau ade typo mention author 👌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DANGEROUS MIRACLE Where stories live. Discover now