°∘∘54∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Tapi Airis tengah tidur. Takkan abang nak suap saya sambil pegang baby."

Bibir Khalaf mengukir senyuman nipis mendengar ayat tersebut. Kebetulan anak buahnya si Aida lalu diruangan itu.

"Kak Aida." Jelas Khalaf memanggil. Tangannya melambai.

"Ya Tuan Muda Khalaf? Maaf Kak Aida mengganggu." Aida menjawab tenang. Dia hanya mahu mencari kelibat Aisy untuk menyuruh makan, tetapi wanita itu sekarang sedang bersama suaminya. Mujur emosi Tuan Mudanya itu mudah kembali reda.

"Takpun. Bawa Airis ke atas, in her baby cot." Ringkas arahan Khalaf itu jelas difahami oleh Aida.

"Boleh, meh—" Aida mengangguk perlahan. Dia menyambut huluran anak kecil yang sedang lena itu.

Aisy sempat menghadiahkan senyumannya buat Aida. Dia memerhati langkah wanita itu sehingga selesai menaiki anak tangga membawa Airis.

"Makan, sayang—"

Kelihatan Khalaf sedang ralit menyenduk kuah sup ikan itu kedalam pinggan nasi. Mulut Aisy bersedia hendak menerima sesudu suapan itu.

  Mulut Aisy bersedia hendak menerima sesudu suapan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh Aisy memerhati Khalaf. Lelaki itu sedang mengambil angin malam di kolam renang. Kedua-duanya kaki jejaka itu berendam dalam kolam tersebut. Hanya berseorangan disitu tanpa sedar isterinya dari tadi memerhati.

Aisy menerpa ke arah Khalaf. Hoodie suaminya yang dipakai itu sungguh kena dengan suasana malam yang sejuk sekarang. Aisy menyeluk tangannya kedalam poket hoodie. Dia sudah berdiri membelakangi kedudukan Khalaf.

"Abang buat apa sorang-sorang dekat sini?" Ceria nada suara Aisy menyapa.

Lamunan Khalaf berhenti sebaik sahaja dia memandang keberlakang. Wajah diangkat melihat isterinya yang sudah tercegat. Bibirnya naik mengukir senyuman nipis, hoodie miliknya yang dipakai oleh Aisy itu tampak sangat sesuai dengannya.

"Tak sejuk ke? Aisy rasa sejuk sangat dekat luar ni. Jum lah masuk—" Aisy mengajak lembut. Suhu pada malam itu buatkan dia mengetap bibir. Dia masih menunggu suaminya membalas.

"Sejuk?"

"Duduk sini biar abang tak bagi sejuk." Khalaf menepuk ruangan disebelah. Duduknya yang beralaskan kusyen khas itu di alih kesebelah. Agar Aisy selesa duduk disebelahnya.

Aisy akur sebelum melabuhkan punggung diatas kusyen tersebut. Dia menyelesakan kedudukan secara bersimpuh.

Khalaf menarik pinggang Aisy mendekat ke tubuhnya. Kepala wanita itu turut ditarik lembut menyuruh agar berbaring di atas bahunya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now