Chapter 8

184 22 12
                                    


Amato menatap lama gambar yang berada di atas meja kerjanya.

Terlihat dalam gambar tersebut Boboiboy tersenyum bahagia.

"Adakah pilihan aku selama nih salah?",soalnya sendirian.

Kepalanya sakit memikirkan semua tuh dia cuma nak keselamatan Boboiboy selamat sebagai anaknya.

Tapi tindakan dia sepertinya satu kesilapan.

"Kalau Rais tak muncul semuanya akan baik-baik sahaja..aku pasti.",bisik Amato.

Mechabot hanya diam membisu di sebelahnya.

Dia tidak mampu buat apa-apa untuk membantu tuannya.

....

Di stesen Tapops...

Kelihatan Boboiboy sedang berada di kawasan pendaratan kapal angkasa bersama beg baju di tangannya.

Hoi!!!

Pandangannya beralih kearah jeritan tersebut.

Huf..huf..huf...

Dia hanya melihat kawan-kawannya yang tercungap-cungap.

"Kenapa korang kesini?"

"Kau tuh nak pergi mana?"

Soalan dibalas soalan.

"Aku nak balik ke bumi untuk tenangkan diri dahulu..",jawab Boboiboy sedikit dingin.

"Berapa hari kau ambik cuti?",tanya Fang risau akan keadaan kawannya itu.

"Seminggu.",hanya sepatah yang dijawab.

Mood dia sekarang sangat tidak baik lepas apa yang jadi membuatkan fikirannya buntu.

Sapu tangan yang berada di tangannya digengam erat.

Masih susah untuk percaya yang Rais buat begitu kepadanya.

"Jom Ochobot....kami pergi dulu... hati-hati buat misi nanti..",pesanan diberi sebelum kapal yang dinaiki Boboiboy berlepas.

Mereka semua hanya memasang muka sayu melihat keadaan Boboiboy.

Dengan langkah lemah mereka pun pulang ke bilik masing-masing.

.



.


.



.

Di bumi....

Sampai sahaja di bumi Boboiboy terus mengurungkan diri di dalam bilik.

"Kenapa dengan Boboiboy tuh?",tanya Tok Aba yang risau akan cucunya itu.

"Sebenarnya...."

Ochobot mula menceritakan semuanya kepada Tok Aba.

"Rais...seperti pernah dengar nama tuh...",dengan wajah bingung Tok Aba berkata.

"Atok kenal ke?",soal Ochobot pelik.

Lepas beberapa minit akhirnya Tok Aba bersuara.

"Dia adalah anak dari experiment Amato...tapi lepas je kahwin kami semua larang dia pergi berjumpa Rais dan Nata sebab dia sudah mempunyai isteri dan anak yang perlu dijaganya..",jelas Tok Aba.

Rasa bersalah mula timbul dalam dirinya. Waktu tuh dia mengaku yang ahli keluarga Amato pentingkan diri kerana tidak benarkan Amato berjumpa dengan anak kandungnya sendiri.

"Kesian dia..."

Ochobot agak terkejut dengan penjelasan Tok Aba. Dia tidak sangka yang Rais adalah kakak tiri Boboiboy.

Hari berlalu dengan Boboiboy yang langsung tidak keluar dari biliknya.

Makanan malam dihantar ke biliknya.

"Weh..kau kena makan...nanti sakit pula...",kata Ochobot lalu meletakkan dulang makanan di meja belajar.

"Aku takde selera...maaf.",balas Boboiboy yang sedang baring di atas katil.

Dia tak rasa nak bersua muka atau bersembang dengan sesiapa pun.

****

Di planet Renus....

Kelihatan semua ahli keluarga sedang berkumpul di meja makan untuk bersarapan pagi.

"Macam mana keadaan budak sial tuh?",tanya Ril iaitu raja kerajaan Renus.

"Dia demam panas harini...",jawab Elis malas.

Hmm..

"Sebelum tuh korang hanya boleh dera dia minggu nih je...",kata Ril.

"Kenapa pula?",soal Ely bingung dengan kata-kata papanya.

"Minggu depan Amato akan datang untuk melawat dia...",jawab Ril.

"Amato? Untuk apa? Dia kenal Rais ke? Macam mana Rais boleh kenal dengan ahli Tapops pula nih?", bertubi-tubi soalan diberi oleh Ely.

Wajahnya terlihat dia sangat ingin tahu sebabnya.

"Entah...yang pasti kita kena pastikan budak sial tuh pakai baju yang cantik dan dia kena nampak gembira supaya tidak kantoi..",ujar Ril dan dia terus bangun dari duduknya.

"Baik papa."

Untuk pengetahuan setiap bulan Amato akan hantar duit kepada Til untuk diberikan kepada Rais tetapi Rais tak pernah terima duit tuh langsung.

Jadi kalau taknak kantoi mereka kena pastikan Rais pakai pakaian mahal dan nampak gembira supaya kes dera tersebut takkan diketahui oleh Amato.

....

Di penjara....

Rais baru sahaja didera teruk oleh keluarga angkatnya.

Dalam keadaan dia yang demam langsung tidak dihiraukan.

Deraan mereka semakin kejam sehingga darah tumpah dengan banyak.

Badannya terterap di atas lantai.

Badannya terterap di atas lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"S-sesiapa t-tolong...s-sakit s-sangat....",rintih Rais seorang diri di dalam penjara.

Akhirnya dia pengsan tak sedarkan diri.

Bersambung...
Vote dan coment 🥺

Choice Of Regret[Complete]Where stories live. Discover now