Chapter 4

190 24 27
                                    


"K-kapten!?"

...

Ilen terus melepaskan Rais selepas melihat Kaizo di depan pintu bilik latihan.

Rais yang sudah terduduk cepat-cepat mengesat air mata yang sudah mengalir di pipi lalu dia terus tersenyum semula.

"Apa korang buat? Memang takde kerja lain ke?",dingin Kaizo bertanya.

"M-maaf...dia mulakan dulu...",jawab Ilen lalu menjeling kearah Rais yang baru bangun dari duduknya.

Kaizo membuka langkah mendekati Rais.

"Boboiboy cari kau."

Anggukan diberi sebelum sempat Rais pergi tangannya dipegang oleh Kaizo.

"Baik kau tutup lebam dekat pipi tuh..."

"B-baik."

Rais terus keluar dari bilik latihan.

Matanya memandang kearah Ilen yang cuba lari darinya.

"Macam nih ke perangai seorang putera dari planet Ness? Menghampakan.",kata Kaizo sinis.

Ilen hanya diam di tempatnya.

"Sambung latihan korang.",arah Kaizo lalu dia keluar dari bilik latihan.

....

Di bilik Rais...

Dia sempat ke kantin untuk mengambil sedikit tepung untuk menutup lebam di pipinya.

"Erm..guna nih kan....",bisik Rais lalu dia menyapu tepung pada lebam tersebut. Senang cite seluruh muka untuk nampak warna sama.

Rais tidak mempunyai mekap dan dia tak tahu apa itu mekap. Dia pernah nampak Ying pakai benda putih dekat muka jadi dia ingat itu adalah tepung.

Sebab tepung kan putih.

Selesai menutup lebam di mukanya dia terus bergegas ke bilik Boboiboy.

.....

Pintu dibuka perlahan dari luar dan Rais dapat melihat Boboiboy sedang membaca novel.

"Boi dah bangun? Dah sihat ke siap baca novel lagi.."

Dengar sahaja suara tersebut Boboiboy terus memandang kearah Rais yang sudah tersenyum di depan pintu bilik.

"Kakak pergi mana?"

"Baru selesai buat latihan..."

Kerusi ditarik dan diletakkan di sebelah katil Boboiboy lalu Rais duduk diatasnya.

Tangannya terus merasa dahi Boboiboy dan dia melepaskan rasa lega.

"Dah reda sikit panas...dah solat Zohor?",tanya Rais.

"Dah...Boi lapar..."

"Ok tunggu kejap kakak ambikkan bubur....bubur tadi ada lagi dekat dapur.."

Rais terus bangun dari duduknya lalu membuka langkah ke kantin.

*****

Kokoci melihat hologram yang menunjukkan Amato.

"Jadi komander cakap Boboiboy rapat dengan seorang gadis?",tanyanya dingin.

"Haah...nama dia Rais ahli baru Tapops...dah macam adik beradik... Boboiboy nampak makin gembira bila bersama Rais..",jawab Kokoci.

Amato memegang dagu gaya berfikir.

"Asal usul dia? Kita tak boleh percaya orang luar sangat...mana tahu dia rapat dengan Boboiboy hanya untuk merampas kuasa elemental...",kata Amato serius.

Kokoci mengeluh berat. Dia faham sangat Amato nih terlampau risaukan anaknya.

"Memang asal usul dia tidak diketahui tapi aku yakin dia baik orangnya...",balas Kokoci tapi pendapatnya tidak diterima Amato.

"Jangan percayakan orang luar sangat....kadang-kadang diorang pakai topeng untuk berlakon baik.",bidas Amato.

Dia tak boleh nak percayakan Rais. Entah dari mana asal usul gadis itu pun mereka tidak tahu.

"Aku akan siasat latar belakang dia...komander cuma perlu tunggu arahan dari aku.."

Kokoci hanya setuju dengan cadangan Amato.

Dia tidak boleh menolak kalau Amato bertegas untuk buat sesuatu.

Panggilan video ditamatkan.

.....

Dua hari kemudian...

Boboiboy dan kawan-kawannya sudah bersedia untuk ke misi.

Langkah dibuka kearah Rais yang berada tidak jauh dari situ.

"Nanti Boi balik Solar akan buatkan mekap untuk kakak...jadi kakak tak perlu pakai tepung dah...",kata Boboiboy lalu tergelak kecil.

Eh?

"M-macam mana Boi tahu?"

"Boleh nampak perbezaan dia...Boi taknak tegur takut kakak tak selesa waktu tuh jadi Boi diamkan diri sahaja."

Rais tersengih.

"Ok semua Ilen akan sertai kamu untuk misi nih lagipun misi berada dekat planet Ness...jadi aku harap semuanya berjalan lancar...dan Boboiboy akan mengetuai misi kali nih..",jelas Kokoci.

Lalu mereka memberi tabik Tapops.

Ilen mendekati Boboiboy dan Rais dengan bangga.

"Aku harap dapat bekerjasama dengan baik!"

"Jadi kaulah yang tampar kakak aku."

Dengar sahaja kata-kata Boboiboy membuatkan Ilen terdiam.

Rais agak terkejut,dia tidak tahu yang Boboiboy sudah tahu kejadian tersebut.

Boboiboy mendekati Ilen lalu berbisik.

"Kau jangan tunjuk hebat depan aku...lagi sekali kau sentuh kakak aku akan aku buat hidup kau hancur...tak kesahlah kau putera ke apa ke...pangkat takkan dapat selamatkan kau dari AKU....",dengan keras Boboiboy berbisik lalu dia masuk ke dalam kapal angkasa.

Ilen tergamam. Rais hanya mendiamkan diri.

Bersambung....
Vote dan coment 😘

Choice Of Regret[Complete]Where stories live. Discover now