Chapter 5

195 23 17
                                    


Rais hanya termenung melihat dinding biliknya.

Boboiboy ada misi jadi sangat bosan bila kena tinggal seorang diri.

Tok...Tok...Tok..

Pandangannya terus beralih kearah pintu yang dibuka perlahan dari luar.

"Komander nak jumpa kau.."

Kata seorang pengawal lalu Rais bangun dari duduknya dan terus ke bilik mesyuarat.

...

Di bilik mesyuarat...

Keadaan bilik agak sunyi. Rais dapat melihat Kokoci sedang bercakap dengan satu hologram yang menunjukkan Amato.

"Ada apa komander nak jumpa saya?",tanya Rais agak risau.

Dia rasa tidak sedap hati sejak menjejak kaki ke dalam bilik tersebut.

"Aku dah buat keputusan untuk keluarkan kau dari Tapops.",jawab Kokoci dingin.

Amato hanya diam melihat apa yang terjadi.

"T-tapi kenapa? Saya tak pernah dapat buat misi walaupun sekali... apa sebab komander nak buang saya?",soal Rais tidak berpuas hati.

Kokoci terus menayangkan satu video di depan Rais.

Di dalam video tersebut kelihatan Rais sedang cuba mencuri jam kuasa elemental semasa Boboiboy sedang tidur tapi perbuatannya terhenti kerana Boboiboy terjaga.

"Sumpah!! Saya tak pernah buat macam tuh!"

Rais terus melutut di depan Kokoci. Tangannya mula menggigil.

"Bukti dah ada...kami akan hantar kau balik ke tempat asal kau.",dengan tegas Kokoci berkata.

"T-tak...saya taknak balik kesana...t-tolong jangan hantar saya balik!!!!",rayu Rais dengan air matanya yang mula mengalir dengan laju.

Pandangan beralih kearah Amato.

"Sepatutnya kau jangan dekati anak aku. Aku langsung taknak Boboiboy tahu kewujudan kau...jadi keluarga angkat kau akan datang ambik nanti.",kata Amato.

"S-sampai hati ayah buat Rais macam nih...Rais anak ayah ju-

Kata-kata Rais dipotong laju oleh Amato.

"Kau bukan anak aku!!!",tengkingnya.

"K-kenapa..."

25 tahun yang lalu...

Amato yang berumur 16 tahun diberikan misi untuk ke planet Ridan.

"Misi kamu adalah bawa pulang power sphera Poibot...Poibot adalah power sphera yang boleh menghasilkan racun yang sangat berbahaya. Jadi berhati-hati..",jelas Kokoci.

"Baik!"

Dalam perjalan ke planet Ridan Amato sudah tidak sedap hati.

Terasa seperti benda buruk boleh terjadi.

Di planet Ridan...

Dalam proses mencari Poibot Amato berjumpa seorang gadis bernama Nata.

Nata seorang saintis yang tinggal disitu. Dia adalah alien seperti Kaizo.

Umur dia baru 18 tahun dua tahun lebih tua dari Amato.

"Jadi kau kesini untuk mencari Poibot?"

"Haah...kau tahu dekat mana dia berada?"

Anggukan diberi lalu Nata memberitahu dimana Amato boleh berjumpa dengan Poibot.

*




*

Skip time

*



*

Disebabkan kecuaian Amato dia telah terkena racun dari Poibot.

"Amato kalau kau tak ubati sekarang kau boleh mati!",kata Mechabot gelisah.

"Berapa masa aku boleh bertahan?"

"Tak sampai setengah jam!"

Dengan cepat Amato berlari ke rumah Nata semula.

Sesampainya disana dia meminta pertolongan Nata untuk memberinya penawar.

"Aku boleh bagi kau penawar tapi dengan satu syarat..."

"Syarat?"

Pandangan mata Nata berubah sayu lalu dia mengusap perutnya.

"Aku.....teringinkan seorang anak yang boleh teman aku di planet nih...",katanya sayu. Sudah 10 tahun dia tinggal seorang diri.

Agak terkejut Amato dengan syarat Nata.

"Jangan risau...aku hanya perlukan dna kau...",sambung Nata lalu mengeluarkan penawar dari laci mejanya.

Mechabot melihat Amato menunggu keputusan dia.

"Baiklah...dan jangan risau aku akan bertanggungjawab untuk anak tuh...lagipun dia dah macam anak aku juga kan hahahaha...",tawa Amato.

Nata tidak sangka yang Amato akan bertanggungjawab juga.

Dia hanya perlukan bayi. Itu sahaja yang dia mahukan.

Selesai sahaja memberi penawar,Nata terus mengambil sampel darah Amato.

"Terima kasih atas bantuan kau...",ucap Nata lalu menunduk hormat.

"Ahh..sama-sama...aku akan datang semula..."

Nata hanya melihat kapal angkasa Amato berlalu pergi.

Dengan perasaan teruja dia terus mencipta satu benih dengan dna Amato dan terus disuntik ke perutnya.

"Aku harap berjaya..."

....

9 bulan telah berlalu dan sekali sebulan Amato akan datang untuk bertemu Nata.

Mereka berdua dah macam kawan baik.

Amato akan membantu Nata dengan kerja rumah dan sebagainya.

Tetapi pada kelahiran anak tersebut Amato terpaksa menjalani misi penting jadi dia tidak dapat bersama Nata.

Nata terpaksa bersalin seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun.

Sakit ditanggung seorang diri.

Argh!!!

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Choice Of Regret[Complete]Where stories live. Discover now