"Ye, muka kamu memang ada nampak wajah seseorang ni. Tapi sayangnya, orang itu dah arwah" nada kesian didengari pada hujung ayat.

Nak tercekik air liur Safyna sebaik saja bait kata pakcik itu melintasi telinga. Allah ada pula pakcik ni nak samakan muka dia dengan orang yang dah arwah. Seram sejuk aih!

Senyum kelat diorak. Tak mahu nampak kekok sangat. Sekarang ni dia rasa mahu angkat kaki sahaja, lama-lama kat sini boleh buatkan dia tak bangun dari sejadah terus. Sudahlah dengan tak bertudungnya, malu tu dah pergi sorok mana?

"Nama arwah.. Safiyyah Mawaddah."

Berdesup kepala Safyna menghadap pakcik itu. Dia tak salah dengarkan? Riak terkebil ditayangkan.

"Apa tadi pakcik?" Soalnya sekadar mahukan kepastian.

"Arwah Safiyyah Mawaddah" Sah!

Rahang Safyna jatuh mendengar nama itu.

"Sa.. Safiyyah Mawaddah? Arwah?" Kaki mara setapak.

"Haah. Dia anak kepada arwah Haji Salleh. Kenapa anak tanya? Anak kenal arwah ke?" Pakcik itu pula buka sesi soal siasat. Sekali lagi Safyna terkedu seribu bahasa. Haji Salleh? Itu memang nama arwah ibunya.

Safiyyah Mawaddah binti Haji Salleh. Otaknya bagai diputar belit berkali-kali. Silap putar mahu ikat mati.

"Er.. arwah meninggal sebab apa ye?"

"Hm? Oh.. katanya sebab lahirkan anak. Mati syahid Masha Allah. Pakcik pun tak hairan kalau arwah meninggal dalam keadaan macam tu. Arwah dulu baik sangat orangnya. Ramai kagum dengan arwah. Pakcik ingat lagi masa kami dapat tahu yang arwah dah meninggal, isteri pakcik fuhh.. menangis tak berhenti" pakcik itu mula bercerita lalu menggeleng kepala.

Safyna lantas menyeluk kocek seluar lalu mengeluarkan sesuatu. Dia menghulurkan gambar itu kepada pakcik tersebut.

"Ini.. arwah ke?" Penuh berhati-hati Safyna bertanya. Kerutan di dahi masih tak hilang-hilang.

Pakcik itu menyambutnya lalu mata dikecilkan. Tengah scan mungkin.

"Hah! Ni lah arwah. Bila pakcik tengok lelaki sebelah dia tu, pakcik baru ingat. Dia ni suami arwah Safiyyah. Macam mana anak boleh dapat gambar ni?" Dia memandang ke arah Safyna. Mata mereka berdua bertembung.

"Saya anak arwah Safiyyah. Nama saya Safyna." Sejurus itu, terus membuntang besar mata pakcik itu. Ekspresinya bagaikan betul-betul terkejut setelah mendengar status Safyna.

"Oh! Kamu ler! Kamu anak arwah! Ya Allah, dah besar ye kamu nak. Cantik, ikut betul muka arwah ibunya ye" pujinya. Safyna senyum, tersipu malu. Tetapi walau bagaimanapun, dia masih gusar akan apa yang sedang berlaku.

"Er.. pakcik ada pernah nampak tak orang yang muka sama dengan arwah ibu saya?" Tanya Safyna pula. Haraplah pakcik itu ada jawapan, hatinya sekarang ini memang betul-betul mahu meletop.

Dia bagaikan sedang memikir sesuatu lalu jari dipetik.

"Ada. Cuma, pakcik ingat-ingat lupa nama dia orang. Macam ni, arwah ibu anak ada ramai adik beradik sebenarnya. Tapi yang pakcik kenal ada beberapa orang je. Jap eh, tak silap pakcik.. Sabrina, Sadirah, Arman, Aizil dengan.. hah! Sahara!" Nama mereka disebut sambil jemari naik satu persatu.

Sabrina. Kak Sab!

"Arwah Safiyyah ada kembar nama Sadirah. Mereka berdua kalau letak sebelah sebelah memang tak dapat cam mana satu Safiyyah mana satu Sadirah. Iras betul!"

Tika itu hati Safyna jatuh berderai. Nafasnya menjadi pendek. Sistem otak seakan-akan mahu pencen dari bekerja. Penat nak layan plot jalan ceritanya yang entah apa-apa.

Dia cuba mengatur semula cerita. Sungguh boleh strok otak macam ni!

"Pakcik boleh tak bawa saya pergi kubur arwah ibu?" Pinta Safyna yang sudah sekerat nafas.

Pada mulanya pakcik itu kelihatan terkebil-kebil dengan permintaannya, tetapi setelah itu dia hanya menurut. Dia bersetuju. Mereka berdua pergi ke sebuah tempat. Safyna hanya menjadi pelanggan yang dibawa oleh tour guide di belakang.

Sampai saja di sebuah tempat, mereka berdua berhenti di hadapan sebuah kubur.

"Ni lah kubur Safiyyah. Ramai juga yang datang ziarah kubur arwah. Berkat jadi orang baik. Sentiasa diingati dan disayangi" pakcik itu mengukir senyum manis.

Dahi Safyna berkerut. Badan ditundukkan separuh sambil ucap ribuan terima kasih. Pakcik itu hanya mengangguk dan berkata 'tak ada apa-apa hal.'

Usai kelibatnya makin menghilang dari pandangan, Safyna toleh ke arah kubur di hadapan. Dia perlahan-lahan duduk mencangkung. Mata menjalar ke segenap inci kubur itu. Batu nisan kubur berwarna kelabu diusap lembut. Safyna melihat tulisan jawi yang tertulis di batu nisan tersebut.

إنّا لله وإنا إليه راجعون
Safiyyah Mawaddah
binti Haji Salleh
Lahir : Pahang, 16-3-1983
Wafat : Pahang, 17-3-2007

Tarikh lahirnya dia di bumi Allah ini ialah tarikh di mana ibunya menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba hati terasa sebak, pilu. Melihat tarikh di mana arwah ibunya lahir dan tarikh dia dilahirkan, ianya tidak jauh beza. Hanya 1 hari sahaja.

Safyna mendekati batu nisan itu lalu dikucupnya bersama linangan air mata. Terketar-ketar tangannya ketika memegang kubur arwah.

"Ibu.. Safyna jumpa ibu.. Safyna dah datang ni ibu.." bergetar nadanya ketika berkata.

"Safyna minta maaf sebab lambat jumpa ibu.. Safyna minta maaf sangat-sangat ibu. Ya Allah.. Safyna rindu ibu. Safyna nak ibu.." jatuh bak paip bocor air matanya mengalir. Persoalan tentang cerita tadi dipersetankan, otak dah malas fikir. Tunggu nanti je lah.

"Ibu.. kenapa ibu tinggalkan Safyna sorang-sorang? Kenapa ibu pergi dulu? Ibu tak nak tengok Safyna dulu ke? Ibu tak nak Safyna tatap wajah ibu puas-puas dulu ke? Ibu.." bermula dari situ 1001 masalahnya diluahkan.

Segala benda yang telah berlaku dan mana yang diingati dihamburkan pada kubur itu. Hanya meluah pada batu nisan sahaja dapat merawat dirinya yang telah rapuh bersepai.

"Ibu, baliklah ibu.. Fyn teringin nak ibu suapkan Fyn macam mak orang lain buat.. Fyn nak peluk ibu puas-puas.. Fyn nak tengok muka ibu tiap-tiap hari.. Fyn nak ada dengan ibu je.. Ibu, tolonglah.. Semua orang boleh pergi, Fyn izinkan.. lantak dia orang lah tapi ibu tak boleh pergi! Semua orang boleh tapi jangan ibu..! Fyn nak makan gummy bear dengan ibu.." teresak-esak Safyna ketika meluahkan hajatnya.

Tapi, apa dia boleh buat. Hanya berharap pada batu nisan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now