Laventarine - 31

179 23 2
                                    

Redup pandangan Safyna memandang gelas ditangan. Setelah pertengkaran yang berlaku secara tidak langsung itu bertukar reda, mulut terus tidak mengeluarkan satu patah perkataan. Bukannya dia lancar mogok atau mahu bermasam muka dengan Riza tetapi kepala sibuk memikirkan tentang sesuatu.

Memikirkan tentang baran dan sedih yang timbul secara mendadak. Kenapa dia perlu menjadi dramatisitis sangat? Bila ingat balik apa yang Riza cakap, ada betulnya juga. Lagipun, sifat asli dirinya sememangnya tak suka berdendam dan memaafkan orang.

"Can I take a sit here?" Satu suara garau menyapa lamunannya, lantas Safyna berpaling ke arah sang empunya suara. Sudah semestinya Riza, siapa lagi yang ada di sini selain mamat tu.

"Boleh" kepala dianggukkan.

Riza mengambil tempat di sebelah Safyna, jarak mereka tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Ala kadar sahaja. Safyna terus memalingkan mukanya agar tidak dilihat oleh Riza, masih malu dengan perangai yang tiba-tiba tercetus. Sudahlah si Riza kena ikut dia pergi keluar ke taman Lavender untuk memujuknya. Biar betul kau ni Safyna, ingat ni drama 7 Hari Mencintaimu ke? Oh penat betul nak tanggung malu!

"Kenapa ni? Mogok dengan aku lagi ke?" Riza berbunyi, soalannya membuatkan Safyna kemam bibir sendiri.

"T.. tak. Mana ada saya mogok dah."

"Ye ke? Kalau tak cuba pandang muka hensem aku ni" cabar Riza dari belakang.

Erk! Safyna terkedu seketika. Muka memancarkan riak menyampah. Mamat ni.. dah kenapa masuk bakul angkat sendiri? Lagi tak kuasa dia nak tengok.

"Safyna Nadda, look at me" sinis suara Riza mengarah.

Terpaksa akur, Safyna pusing kepala pandang Riza. Mata cantik Riza sudah bersedia menyambutnya. Terus kulit muka bertukar panas. Malu! Dia bukannya selesa kena pandang macam tu.

Pandangannya kembali menunduk ke bawah. Yelah takkan nak main kelip-kelip mata dengan si Riza ni? Oh lambat lagi. Lagipun dia jenis yang susah nak buat hubungan mata. Orang suruh pandang hadapan pun dia tetap juga mahu lihat ke bawah.

"Kenapa tunduk? Kau takut dengan aku ke?" Pertanyaan Riza membuatkan Safyna berasa serba salah pula. Segera dia menggelengkan kepala.

"Oh.. ni mesti ada masalah nak tatap muka orang, kan? Tak apa, aku faham. Asalkan kau boleh bercakap dengan aku, dahlah" ujar Riza.

Kesunyian mengisi masa mereka untuk beberapa detik. Kepala Safyna tidak berhenti memikirkan ayat apa yang sesuai untuk dikatakannya. Takkan mahu biar Riza berbual sorang-sorang? Ini lagi satu masalah dia, tak reti nak bersosial.

"Riza.." seru Safyna, mengundang perhatian tuan punya nama. Dia menoleh ke arah Safyna.

"Riza, awak cakap nak bincang pasal strategi untuk masalah saya tadi tu."

"Memang pun, tapi aku tunggu kau buka mulut dulu. Kalau aku cakap sorang-sorang nanti, masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah jadinya" jujur Riza, benda betul. Buang masa saja bercakap dengan orang yang emosi tengah tak stabil, silap-silap kaki menjadi makanannya.

"Tapi awak gerenti ke idea awak tu boleh diguna pakai?"

"Aik, dia persoalkan idea kita pula.That’s why it’s called discussion, my dear. Dua-dua kena bagi kerjasama, barulah dapat hasil yang boleh diguna pakai, betul tak?" Soalan dipulangkan. Saja dia tekan perkataan 'diguna pakai'.

Bibir Safyna menguntum sebaris senyuman. Tahu Riza tengah mengusik dia.

"Oh, mestilah hasil tu boleh diguna pakai. Lagi-lagi bila bincang dengan awak, yelah idea Mr. Riza kan 'chef kiss' mestilah terpaling baik punya. Betul tak?" Saja dia mahu menyakat balik. Ingat mamat tu je ke yang boleh tolak buah catur?

Riza tergelak kecil mendengarnya.

"Apa kau ingat aku ni jenis masuk bakul angkat sendiri?"

"Haah, memang pun."

"Haha apa-apa jelah kau. Tapi hasil yang boleh diguna pakai tak semestinya berjalan dengan lancar, jadi jangan terlalu bangga dan yakin dengannya. Tak salah nak rasa macam tu, tapi jangan over. Don't count your chickens before they hatch, just calm down, babe. Also don't worry about it too, good things come to those wait" diakhiri ucapannya dengan senyuman manis.

Safyna menatap Riza kembali, ayat-ayat lelaki itu disumbat masuk ke dalam peti simpanannya. Entah bagaimana, anak matanya tidak lepas daripada memandang iris mata Riza, sehingga membuatkan si pemilik mengerutkan dahi.

"Kenapa pandang aku macam tu? Tahu lah aku ni helok orangnya haha" masih tak berhenti memuji diri sendiri.

"Tak, awak salah. Mata awak yang cantik, Riza. You have a pair of gorgeous eyes. I really like it" luah Safyna lalu matanya terus dijatuhkan ke tempat lain.

"You better be joking. Mata aku biasa-biasa je, mata manusia." Riza kurang percaya, sifat rendah diri ditayangkan.

"Eleh, orang hensem je yang cakap dia tak hensem. Tak nak mengaku pula mamat ni. Rendah diri sangat!" Memang Safyna laju membuat bantahan apabila pendapatnya tidak dipersetujui.

Riza geleng kepala. Reda sajalah dengan perangai Safyna. Rasa nak bincang telah tenggelam dalam lautan Hindi. Balik-balik pergi topik lain. Tiba-tiba sesuatu melintas di kotak akalnya.

"Safyna, kau pandai menari tak?" Lagi keluar daripada topik soalan dia bagi.

Safyna memandangnya terpinga-pinga. Mungkin tak sangka soalan itu keluar dari mulut Riza sendiri.

"Menari? Menari macam mana? Pargoy?" Satu ketawa kecil terlepas dari bibirnya. Apabila kepala membayangkan bagaimana rupa mereka berdua ketika menari tarian sebegitu, terus Safyna tahan lucu.

"Terpesong betul kau ni. Menari lembut-lembut gitew, bukan balet semestinya. Entah apa nama, aku lupa."

"Menari tiang? Ahaha" akhirnya dapat juga dia melampiaskan keinginan mahu ketawa yang dipendam separuh nafas. Riza yang melihat hanya tergelak kecil.

"Apa yang kau fikir, Safyna? Tahpape jelah" dia geleng kepala sambil mata tak lepas melana pada Safyna versi hyper.

Safyna turut menggelengkan kepala. Sampai mati pun dia tak akan bagitahu pada Riza tentang imajinasinya. Sambung gelak tak ingat dunia, hanya dia seorang saja yang faham.

"Haih.. Riza oi. Hang (kau) ni limited ekshiden, tahu?" Ujar Safyna disela-sela sisa tawanya.

Kening Riza pula makin berkerut mendengarnya.

"Yelah, awak lelaki pertama yang berjaya buat saya rasa selesa. Kalau awak nak tahu kan, selama ni bila ada apa-apa yang berkaitan dengan lelaki saya akan automatik turn off. I hate boys and men actually, ye lah saya tahu yang sakitkan saya hanya orang sekeliling dan Pak Zail, selain daripada tu, tak ada kena-mengena. Tapi itulah.. I don't know how to describe! Lucky you, Riza" kata Safyna. Dia menepuk-nepuk tangannya bersama senyuman yang makin melebar.

Riza ketawa lagi, kata-kata Safyna berjaya menggeletek hatinya. Sebelah tangan dijadikan tongkat untuk menampung dirinya.

"That much, huh? If that so, you're no longer my customer.." sepantas palesit kepala Safyna berpaling ke arah Riza.

"You're my friend, do you?" Terus Safyna tarik nafas lega. Rasa nak luku kepala mamat sorang ni, bikin cik jantung terkejut saja. Lantas dia angguk kepala, mengiyakan persoalan Riza.

"Jom kita jalan-jalan, Fyn. Since I'm your first guy friend, tak salahkan kalau aku nak luangkan masa dengan kau, dengan status 'kawan'?" Sejurus itu Riza bangun daripada tempat duduknya lalu menghulurkan tangan kepada Safyna. Terpinga-pinga gadis itu mahu menyambut.

"Friend, not partner! So no touching touching!" Ditepisnya huluran Riza ke tepi lalu bangun daripada kerusi. Perbuatannya membuatkan Riza tersenyum lucu, dia menarik semula ajakan yang ditolak.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now