Laventarine - 62

99 17 1
                                    

"Kau serahkan semuanya dekat aku. Biar aku yang buat, kau nanti settle for the rest je, tahu?" - Fyaz

Safyna hela nafas. Kata-kata terakhir sebelum mamat tu lesap menghilang entah ke mana. Apron yang lekap di badan ditanggal lalu digantung. Kerja memasaknya sudah selesai, tinggal mahu panggil tuan rumah untuk jamah sahaja. Safyna menapak ke permulaan anak tangga, tangannya disandarkan pada pemegang.

"Makanan dah siap! Jemput makan wahai manusia laknatullah!" Jerit Safyna dari bawah, diiringi dengan jelingan anak mata. Perkataan 'laknatullah' saja ditekan. Dia mendengus perlahan lalu badan dipusingkan untuk menuju ke biliknya.

Daun pintu dikuak dari luar lalu Safyna menapak masuk ke dalam bilik. Dia menutup pintu kembali sebelum punggung dilabuhkan ke atas tikar getah. Sebuah buku nota yang tersemat sebatang pen di kulit buku diambil. Helaian demi helaian kertas diselak untuk mencari ruang yang kosong. Sesi melukis pun bermula.

Semua yang dilakar di atas helaian kertas buku bercorak kartun Zirafah itu adalah dari imaginasi tuan empunya. Imaginasi seorang Safyna Nadda yang hanya diketahui oleh dia dan Allah.

"Kiss me naguru yoni kuchibaru ni chi ga nijimu hodo
Hold me abara ga oto o tatete oreru hodo
Suki suki suki daisuki
suki suki daisuki.." lagu yang dinyanyikan oleh Jun Togawa bermain di bibir Safyna. Sebuah lagu yang tiba-tiba sesat di minda.

Badan mula menari mengikut rentak lagu sambil tangan ligat menggerakkan pen untuk membentuk sebuah lakaran. Tidak lekang senyum lebar di bibir Safyna ketika sedang melaksanakannya. Dakwat pen ditarik-tarik ke kiri dan ke bawah, beberapa minit kemudian terserlah lah sebuah sangkar burung.

TUK! TUK! TUK!

Pintu diketuk oleh buku lima seseorang. Kemudian pintu tersebut perlahan-lahan terbuka daripada luar. Pergerakan Safyna terhenti lalu dia segera menoleh ke muka pintu. Anak mata dijamah dengan figura seorang budak lelaki lingkungan 5-6 tahun. Dia sedang segak tersenyum sambil merenung Safyna.

"Airil.." seru bibir Safyna.

"Akak, ibu dengan ayah panggil" ujarnya bersama sebuah senyuman.

Safyna kedip mata, seram lah budak ni. Lalu apabila dia tersedar dengan ayat yang baru sahaja dikemukakan, terus iris mata naik ke atas.

"Pasangan neraka tu nak apa lagi?"

"Tak tahu. Ibu suruh Airil panggil je, itu arahan ibu" sambung Airil lagi, lalu tanpa sempat Safyna berkata apa-apa budak lelaki itu sudahpun berpaling ke belakang lalu jalan.

Dahi Safyna berkedut, dia menghempas kulit buku dengan kuat lalu dengan lambatnya dia bangun. Aduh, malasnya! Sampai sahaja di meja makan, kedua-dua pasang mata sudah merenung ke arahnya. Cik kerongkong terima liur gementar.

Wanita yang bernama Arla itu lantas bangun lalu menapak selangkah ke arah Safyna.

"Kau tak ada makanan lain ke nak masak? Sup daging dengan sambal apa entah yang.. ergh!! Kau ingat aku ni orang kampung ke nak makan benda-benda macam ni?!" Lantang suara Arla sambil dia menuding ke arah hidangan tersebut.

"Memang kepala otak kau tak boleh fikir makanan lain eh? Nak juga masak benda yang so jijik and not even my level?! Are you serious, stupid maid? Makanan ni.. orang miskin dan kampung je lah yang sanggup telan. Aku tahu kau murah, miskin, jijik, kampung, tapi sedar sikit siapa kutip kau! Jadi buatlah makanan yang setaraf dengan tuan kau! Aku yang nak makan bukan kau, dasar bibik bodoh!" Mangkuk yang berisi sup daging dibaling ke arah Safyna.

Kelopak mata Safyna tertutup apabila sup daging itu terkena pada mukanya. Bunyi pinggan berlaga dengan lantai keras membuatkan sebuah jeritan kecil bergema. Dia perlahan-lahan membuka mata kembali lalu badan mencangkung ke bawah. Hidangan yang baru sahaja menjadi rezeki lantai ditenung. Yasmin dan Airil yang sedang melihat dikerling dari hujung mata. Safyna hela nafas berat.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now