Laventarine - 32

173 23 2
                                    

Safyna duduk berpeluk tubuh, pandangan matanya hanya melana pada permukaan lantai marmar. Senyuman lebar yang diukir sebentar tadi kini berubah menjadi suram dan mogok. Bahagia untuknya terlalu sekejap dan itu lah salah satu sebab kenapa dia bencikan realiti. Namun begitu, dia tidak akan lupa betapa indahnya hidup ketika berada dengan si dia.. Riza.

Riza Hans, lelaki misteri yang tiba-tiba muncul di dalam mimpinya. Bagaikan tahu dia memerlukan sesuatu, pasti dia akan datang menghulurkan bantuan. Lelaki yang berjaya menambat sisi kepercayaan, juga kawan yang prihatin dari segi fizikal mahupun mentalnya. Mengingatkan tentang Riza, sedikit sebanyak membuatkan dia teringat kepada Hannah. Dua-dua ketul tu boleh tahan sama naik.

Kali terakhir sebelum dia pulang ke realiti ialah ketika Safyna terjatuh semasa menari di taman bunga tersebut. Entah bagaimana dia boleh tersilap langkah dan terjelepok ke atas  tanah. Ini semua mamat tu punya akal, kalau Riza tak cabar dia pergi menari tarian Waltz mesti dia tak akan jatuh. Saja mahu tuding jari dekat orang tak bersalah, maklumlah terlampau syok.

"Ulang soalan, kau tahu menari?" Soal Riza yang sedang ligat menyenteng lengan baju ke atas sehingga menampakkan tangannya yang berurat.

Safyna geleng kepala. Sudah semestinya dia tak tahu.

"Ballroom dance, Waltz. Need a demo?" Bibir naik menyinis. Langsung dahi Safyna berkerut lalu dia membuang pandang ke tempat lain.

"Saya tak tahu Waltz tu apa. Jadi saya rasa tak payah kut. Waltz? Sounds like nuts."

"Tak ada citarasa langsung. It's okay, tunggu lah kau nanti" jelingan penuh bermakna diberikan kepada Safyna. Terus gadis itu mencerlungkan matanya.

"Saya tak ada citarasa? Funny, I am Chase Atlantic and The Neighborhood stan okay. Tau lah saya ni nampak biasa-biasa orangnya but please don't judge a book by it's cover" penuh yakin Safyna menafikannya. Padahal realiti dia rembat band kesukaan Hannah, tak tahu lah apa yang indah sangat dengan diorang tu. Citarasa setiap orang kan berbeza.

Riza buat muka menyampah lalu geleng kepala, mengundang sisi tanda soal Safyna yang melihat. Otak mamat ni memang dah siap setting mod geleng kepala je eh?

"Come again? Haha whatever.. my 'nuts' are even better than yours" sindir Riza.

"Ohh.. rendah-rendah kan minat orang eh. Kalau awak punya Walnut tu bagos sangat, hah tunjuk lah. Biar saya nilai sendiri, mana tahu boleh dapat gold button, kan?" Cabar Safyna. Tangan sudah mula mencekak pinggang serta dagu didongakkan sedikit ke atas.

Riza angguk kepala, dia bersetuju lalu menapak ke sebuah tempat. Safyna memberi ruang untuk lelaki itu menunjukkan bakatnya yang konon 'hebat sangat', tak apa kita tengok bakul dia boleh angkat ke tak? Mana tahu nanti kaki Safyna yang angkat dulu.

Sebuah lagu dimainkan oleh alat Gramofon yang berada di sisinya dan Riza mula membuka langkah untuk menari. Safyna pula melabuhkan punggung di atas rangka kerusi, kaki disilangkan dan tangannya memeluk tubuh. Dah ala-ala Masterjudge.

Sebagai permulaan, Riza meletakkan tangan kanannya ke atas tubuh figura ghaib di hadapan. Dengan lagak profesional, dia memulakan tarian tersebut dengan mengikuti irama muzik yang perlahan. Gaya menarinya seperti seorang pemimpin, mengagumkan dan penuh berbakat. Ada kalanya dia berjalan dan berpusing.

Sekali-sekala hujung mata gatal menjeling Safyna yang pekun melihat. Senyuman masih tak lekang daripada bibir Riza, dia menahan lucu.

Tamat sahaja persembahan, Riza menundukkan sedikit tubuhnya lalu menapak ke arah Safyna. Kaki berhenti betul-betul di sebelah si penonton, tubuhnya dikedepankan dan Riza melaraskan ketinggian mereka.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now