Laventarine - 47

116 19 0
                                    

Kaki menapak ke pintu bilik, perlahan-lahan tangan naik memegang tombol pintu. Terketar-ketar tangannya mahu memulas tombol, tetapi secara tiba-tiba Safyna berhenti. Anak mata menala ke bawah, dia menghela nafas pendek.

DUM!

DUM!

DUM!

Bunyi kepala dihentak ke pintu, kuat. Pak Zail yang melihat tidak mampu berkata apa-apa. Sebaliknya, orang tua itu hanya mengerutkan kedua belah kening sambil menyumpah seranah kelakuan Safyna di dalam hati. Gila, gila, gila.

"Gila.."

Sejurus itu Pak Zail meluru ke arah Safyna lalu sebuah penumbuk dilayangkan pada bahagian belakang dada. Terhentak terus gadis itu ke pintu, tangan kuat berpaut pada tombol kalau tidak rebah sudah dia. Kaki dikuatkan agar dapat menampung diri lalu Safyna batuk dengan kuat buat beberapa kali.

"Aku tak ada anak mental macam kau! Gila!" Laung Pak Zail dengan kuat, dia langsung menolak Safyna masuk ke dalam bilik dan gadis itu jatuh terjelepuk ke atas lantai bersama Pak Zail.

Lelaki itu bangun secara perlahan dan lantas mencekik Safyna. Walaupun kudrat perempuannya kian habis, tetapi Safyna tetap melawan, mereka bergelut sesama sendiri. Tangan Safyna naik mencapai baju kemeja hitamnya di bahagian bahu lalu mencarik-carik kain baju tersebut, erti kata lain, gores kulit.

Makin dia cuba melemahkan semangat Pak Zail, makin lelaki itu mendalamkan cengkamannya. Saluran oksigen bagaikan mahu putus. Safyna ketap bibir lalu pejam mata, terus tangan kiri dinaikkan lurus ke bahagian sisi kanan leher Pak Zail lalu kaki kanannya pergi ke bawah ketiak kanan lelaki itu. Dia mengulangi perbuatan yang sama pada kaki kirinya juga. Dengan sekuat hati dia menolak Pak Zail sehingga terbalik di atas lantai.

Safyna lekas bangun meskipun kaki sudah lemah longlai, dia menuju ke arah Pak Zail semula dan sebuah penumbuk dilepaskan ke muka orang di hadapannya. Berulang kali. Lagi dan lagi. Pak Zail melawan balik untuk menghalang perbuatan Safyna yang agresif, apabila buku lima mahu dilayangkan, terasa perutnya dipijak kuat oleh sebelah kaki perempuan itu. Teriakan garau bergema di segenap bilik tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Safyna dengan selamba menaikkan kakinya tinggi-tinggi lalu menghentak perut serta dada Pak Zail. Terbatuk-batuk lelaki itu, tangan langsung menangkap kaki Safyna yang sedang memijak dada bidangnya. Dia mencengkam sekali seluar si gadis, mahu menjatuhkan Safyna.

Kelopak mata dipejam lembut sebelum dibuka kembali, Safyna menarik-narik kakinya agar bebas daripada cengkaman lelaki tak guna itu. Terasa diri mahu jatuh, Safyna lantas tunduk sedikit ke bawah dan merenung iris mata Pak Zail. Wajah makhluk tinggi testosteron itu dijilat darah dan ia membuatkan Safyna menghempaskan buku limanya lagi.

Lengan Pak Zail dicengkam kuat dengan kukunya, teriakan kembali berulang apabila kulit lengan sendiri digores sehingga berdarah akibat kuku yang ditekan dalam lalu ditarik. Pak Zail melepaskan kaki Safyna. Gadis itu perlahan-lahan menjauh daripadanya dan menapak keluar daripada bilik. Ketika itulah Pak Zail menarik nafas lega, si gila yang digelar itu sudah berlalu pergi.

Namun, api kemarahan makin membara apabila mengenangkan tindakan si Safyna tadi. Tangan memegang dada, sakit. Dia bingkas bangun untuk mendapatkan budak itu tetapi perbuatannya terhenti, mata terbuntang luas.

"Kau.. kau dah kenapa?!" Lantang Pak Zail bertanya. Dia terduduk kembali apabila dia melihat Safyna sedang menuju ke arah dirinya sambil memegang sebilah pisau berlumuran darah.

Pak Zail ketawa bebas.

"Kau nak bunuh aku? Bunuh aku?! Kau nak jadi pembunuh?! Lupa, kau kan memang spesis tu." Gelak hambar diletuskan. "Budak.. kau dah bunuh mak sendiri dan sekarang.. kau nak bunuh aku pula?! Dasar pembunuh, memang patut pun orang label kau 'pembunuh'."

Herdik Pak Zail. Nak tunjuk macho, dia berdiri dan menapak ke arah Safyna. Kaki berhenti betul-betul di hadapan anak sendiri, badan dibongkokkan bersama tangan yang menjadi tongkat. Safyna juga berhenti, pandangannya hanya menala ke bawah.

"Silakan. Bunuh jelah aku."

"Sebab benda tu dah jadi makanan kau dari kecik, Safyna Nadda. Ingat, dari kecik! Ergh, nak sebut nama pun aku rasa jijik!" Mata merenung tepat ke dalam anak mata Safyna. Wajah Safyna diratah dalam-dalam sebelum dahi si gadis ditunjal.

"Bunuh.. aku. Kau kan dah biasa bunuh orang, even mak sendiri kau sanggup. Kan? Kan? Kan?" Sebelah keningnya diangkat, dia menarik tangan Safyna yang sedang memegang pisau naik ke pipi kanan.

"Ini memang kerja kau. Tarik dan ratah nyawa orang. Kau sakit budak, sakit mental! Kau gila! Dan aku tak ada anak yang gila macam kau! Kau memang tak layak bahagia, tak layak. Kau layak kena seksa. Aku nak kau rasa betapa seksanya perasaan aku ni! Aku terseksa sebab kau! Sebab tu kau tak layak bernafas dengan tenang.. kalau aku masuk neraka sekalipun, kau, aku heret sekali!"

ZRAP!

Darah mengalir deras, jatuh ke atas lantai setitis demi setitis. Pipi kanannya ditoreh sekilas, menyebabkan seluruh wajah menjadi kebas. Pak Zail terkaku, mata perlahan-lahan memandang Safyna yang sedang melihatnya tanpa sebarang ekspresi. Tangan kanan naik mahu memegang tempat yang ditoreh, pedih tak terkata. Bibir Pak Zail menarik sebaris senyuman ke atas.

"Kau buat.. bagus" ujar Pak Zail perlahan.

"Lihatlah mata tu. Mata yang penuh dengan dendam dan kejahatan. Aku dah kata.. aku dah cakap. Ini baru je sikit, lepas ni mestilah kau dah mula bunuh membunuh orang, kan? Oh oh, mata tu."

"Kau bukan manusia, kau raksasa. Kau syaitan!"

Safyna yang melihat dan mendengar dengan muka tiada perasaannya hanya mengangkat pisau di tangan tinggi-tinggi. Mata mereka bersabung tepat dan ketika itulah pisau diselaputi darah itu dibaling.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now