Laventarine - 18

257 32 1
                                    

"Fyn, aku nak jumpa cikgu jap" dia bangkit dari kerusi plastiknya seraya berkata-kata.

"Nak buat apa?" tercetus soalan dari mulut Safyna apabila gadis di hadapannya bangun secara tiba-tiba.

"Apa lagi? Aku nak minta izin cikgu lah. Masuk jadi peguam bela kau nanti" balas Hannah.

Mendengarkan ungkapan Hannah itu, lantas Safyna bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke Hannah. Dia menarik sahabatnya supaya duduk di kerusi semula.

"Eh kau ni dah kenap-"

"Kau tak payah nak buat hal pagi-pagi ni, perempuan" arah Safyna seraya meletakkan jari telunjuknya ke mulut Hannah.

"Haah memang aku tak buat pun. Aku nak pergi minta izin je. Apa lah kau ni" bantah Hannah.

"Tak. Pa. Yah. Bukannya cikgu bagi, aku taulah. Nanti entah apa-apa diorang cakap pasal kau" kata Safyna. Biar lah orang nak cakap buruk pasal dia, tapi jangan sesekali libatkan kawan baik dia.

Mata Hannah naik ke atas. Dia sendiri rimas dengan sikap Safyna.

"Yang kau kesah sangat dengan cakap-cakap orang dah kenapa? Biar lah diorang nak mengumpat apa pun, dosa dapat kat diorang bukan kita" sinis ayat Hannah berkata-kata.

Safyna mengecilkan mata ke arah Hannah, memang lah dosa tak dapat tapi musibatnya dia yang kena tanggung. Perempuan ni cakap memang senang, cuba kalau dia buka cerita apa yang dia kena hadap selama ni.

Safyna hela nafas panjang, geleng-geleng kepala.

"Hey, girls!" Baru saja dia mahu membuka mulut, kedengaran ada suara si diva class menyapanya.

Safyna tak jadi nak meneruskan percakapan. Badan dipusingkan ke belakang untuk melihat tuan empunya suara.

Pandangan disapa dengan figura seorang perempuan yang sedang berdiri sambil bertongkatkan meja. Senyum penuh gula ke arah mereka berdua. Apa lah minah sorang ni nak? Safyna toleh ke arah Hannah pula, jelas pada raut wajah gadis itu betapa bencinya dia dengan kedatangan si diva class. Mahu meletus ketawa Safyna.

"Ingatkan tak nak datang sekolah dah. Ew, kau ni tak malu ke hah? Dah buat masalah dengan cikgu sendiri ada berani nak tayang muka lagi. Jijik lah" sengaja dia mahu cetuskan perang di pagi hari. Pandang Safyna dengan penuh jijik dan polos.

"Asal diam? Terkejut? Terkedu? Betullah apa yang Cikgu Mikael cakap, kau ni memang setaraf perempuan lorong, murah!" Sambung lagi, mahu provokasi angin Safyna.

Mungkin dia fikir Safyna akan bangun dan bertegang leher dengannya tapi mungkin kesalahan teknikal, gadis itu sedikit pun tak tertarik mahu berbuat sedemikian. Redup pandangan Safyna menala ke arah Amira aka minah diva tersebut.

"Idih si najis. Idih idih.. idih najis banget" celah suara Hannah dari tepi bersama ekspresi muka jijiknya.

Kalau tak fikirkan ketegangan situasi, sudah tentu dia ketawa tak ingat dunia sekarang. Apabila mata jamah kembali manusia di hadapan, Safyna mula kumpul nafas siap-siap.

"Haah memang aku tak malu. Dan aku tak segan nak tayang muka cantik aku ni depan muka engkau dengan orang lain. Lagi-lagi Cikgu Hayyan. Haha, gerenti dia turn-on gila-gila dekat aku, yelah aku kan cantik. Bukan macam kau, hauk. Sampah. Masyarakat. Sebab tu aku boleh dapat cikgu and kau tak. Apa sangat lah bajet murah kau tu dengan cikgu? Poor you..." Buat-buat muka kesian dan tersentuh akan nasib diri Amira. Atas bawah atas bawah mata Safyna memandang ke arah gadis itu.

Bagaikan ada mentol berkelip, terus Safyna menepuk kuat tangannya.

"Oh gosh, second round is waiting for us. Can't wait! My.. I really miss my Hayyan baby. How about you, Puteri Amira?" Penuh sarkastik jawapan Safyna. Lantas kepala berpaling tepat ke wajah minah diva itu sambil tersenyum manis.

Bukannya dia tak tahu perangai dan tahap gatalitis minah sorang ni. Kalau boleh semua lelaki termasuk cikgu-cikgu dia nak balun. Murah sangat! Ayam goreng tepi jalan pun lagi mahal! Bila sebut nama Cikgu Hayyan Eskandar, tiba-tiba menggelupur macam kena azab. Wayar malu dah putus gamaknya.

Reaksi Amira jelas-jelas tergamam. Tak sangka yang dia akan menerima jawapan serta kejian seround. Itulah orang kata, sebelum cakap fikir dulu. Kemaruk sangat nak sindir orang, bila dapat balik tau pun terkejut.

"Haha, tolong lah! First of all, kau cantik? Celah mana? Buktikan dekat aku sekarang. Eh hello, Cikgu Hayyan terpaksa je lah. Dia tu tak hamak sikit pun dekat kau. Jangan nak perasan bagus! Such a whore! Hadam baik-baik ni, Cikgu Hayyan tu-"

"Shhhh diam diam please. Bising lah kau ni, tukar jadi unlucky je lah" semestinya kita ada Hannah yang berjawatan penyokong tegar. Dia menepuk-nepuk bibir merahnya lalu jari telunjuk di goyangkan ke kiri dan ke kanan.

Amira memberontak. Dia kemudian menghempaskan kedua belah tangan ke atas meja sebelum berlalu pergi. Nak mengadu dekat kawan sekepala dungu dia lah tu. Tahu-tahu saja, drama 1 kupang mereka telah disaksikan oleh pelajar-pelajar yang lain.

Safyna dan Hannah berpaling sesama sendiri. Sebaris senyuman perlahan-lahan muncul di bibir. Seronok pula kenakan orang lain.

"Safyna" hampir terjatuh tuan empunya badan apabila dirinya disapa secara mengejut.

Safyna pusing badan ke belakang. Mata disapa dengan wajah yang agak dia kenal, Cikgu Zaleha. Nampak cantik dan ayu dalam persalinan baju kurung modennya yang bertona biru gelap. Tapi apa yang akan keluar dari mulut Cikgu Zaleha selepas ini, sungguh ia jauh lebih jijik.

"Safyna, ikut saya. Cikgu Hayyan tengah tunggu kat atas. Cepat" seraya itu pergelangan tangan Safyna dipegang. Belum sempat dia nak buka mulut, terasa dirinya ditarik ke hadapan.

"Eh cikgu, kejap!" Kini suara itu datang dari anak tekak Hannah yang terpacak di sebelahnya tadi.

Pergerakan mereka terhenti. Cikgu Zaleha dan Safyna pandang ke belakang.

"Kenapa, Hannah?" Dia bertanya.

"Saya nak ikut Safyna, boleh tak?" Soalan dipulangkan. Dengar saja permintaan itu, Safyna menjegilkan mata ke arah Hannah.

"Lah, buat apa kamu nak ikut?"

"Saya nak jadi peguam bela dia. Mana acik bagi Safyna sorang-sorang je fight kes ni. Tak ada orang yang back-up dia dekat sana. Lain lah Cikgu Hayyan tu, satu sekolah ni dia sauk jadi penyokong tegar dia. Dan-dan lah cikgu boleh menang. It's not fair!" Sepenuh hati dia jujur.

Dahi Cikgu Zaleha berkerut memandang Hannah. Safyna di sisi pula bagaikan mahu mencekik orang di hadapannya. Nasib baik dia berada beberapa tapak jauh dari Hannah, kalau tak memang dapat makan siku perempuan tu.

"Apa pula kamu ni? Mana boleh. Benda ni antara Safyna dengan Cikgu Hayyan sahaja. Pelajar lain tidak dibenarkan masuk" kata Cikgu Zaleha.

"Kalau macam tu, cikgu-cikgu lain tak payahlah kasi masuk. Benda ni kan antara Safyna dengan Cikgu Hayyan sahaja. Guru lain tidak dibenarkan masuk" ajuk Hannah sinis bersama sebaris senyuman di bibir.

Cikgu Zaleha tarik nafas singkat. Mungkin tak jangka anak muridnya akan berkata sebegitu. Cuma itu lah, nama pelajar sorang ni ialah Hannah Adira.

"Kamu- Hannah kamu jangan nak biadap atau naik kepala eh" pesan Cikgu Zaleha bersulamkan amaran. Kedua belah keningnya hampir bercantum.

"Ya Allah cikgu saya tak biadap. Saya cuma nak mempertahankan hak dan maruah Safyna yang terang lagi bersuluh akan kalah. Masa Safyna bagitahu cikgu perkara sebenar, ada tak yang percaya dengan dia? Ada? Hm.. sekarang dah bertukar jadi bunian kah? Sebab tu saya sukarela nak jadi peguam bela dia" tak lekang senyuman di bibir Hannah setiap kali berkata-kata. Mengundang jelingan Safyna yang sedang ketap rahangnya, geram dengan Hannah.

"Cara awak bercakap tu nampak sangat biadap. Awak juga macam merendah-rendahkan orang lain. That is so disrespectful, Hannah!" Bantah Cikgu Zaleha seraya sepetkan matanya.

Hannah menjongketkan bahu. Langsung tak terkesan dengan arahan yang diberi.

"Kalau macam tu, cikgu bawa saya pergi jumpa pengetus dekat atas. Biar saya sendiri yang cakap. Saya hanya mahu bela nasib kawan saya je" sambung Hannah lagi.

Sekarang ni Safyna rasa nak hentak kepala dekat dinding. Geram betul dengan sikap kawan baiknya itu. Cakap tak berlapik langsung. Dia pula yang rasa serba salah pada Cikgu Zaleha.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now