Laventarine - 14

290 39 1
                                    

Sebaik saja tali pinggang dilepaskan, tubuh Safyna ditarik kasar ke belakang. Dia jatuh terlentang di atas lantai sebelum separuh tubuhnya ditindih oleh Pak Zail. Kedua belah tangan Safyna segera naik untuk menahan tubuh lelaki itu. Sedaya upaya dia cuba menolak. Tetapi tindakannya hanya mengundang tawa sinis Pak Zail.

"Lemah betul kau ni" gumam Pak Zail sambil ketawa. Anak matanya menjalar ke bawah, ibarat sedang mengupas tubuh Safyna di balik pakaian.

Safyna juga tidak mengalah, dengan kekuatan yang masih tersisa, dia menggunakannya untuk menghalang perbuatan keji Pak Zail. Sungguh apa yang dilakukan sama sekali jauh dari sangkaannya.

"Lepaslah!"

Buku lima Safyna tidak berhenti dari menumbuk-numbuk dada lelaki yang mahu memperkosa dirinya. Meskipun tenaga dalaman dan luaran semakin merosot hilang. Panik dan ketakutan menyelubungi diri sepenuhnya.

"Pak Zail.. tolong lah lepaskan Fyn.."

"Pak Zail jangan buat macam ni.. Fyn merayu sangat-sangat. Pak Zail pukul je lah Fyn! Tolonglah jangan buat macam ni.. tolonglah" mendayu-dayu rayuan Safyna bersama air hangat yang mengalir dari tubir mata.

Namun lelaki itu hanya memekakkan telinga. Kedua belah tangan Safyna ditangkap lalu ditekup pada kiri dan kanan kepala anak gadis itu. Bibir mula melekap di rahang kanan Safyna lalu turun menjalar ke batang leher si mangsa. Makin ditolak, makin ditekap.

Kelopak mata Safyna dipejam erat dan dia palingkan muka ke tepi. Bibir masih tidak berhenti membuat rayuan. Tak sanggup dia diperlakukan sebegini oleh mana-mana orang. Maruahnya tergadai begitu sahaja!

Pergelutan diantara mereka berdua menjadi semakin kasar apabila kegiatan Pak Zail kian meliar di segenap tubuhnya. Safyna lantas berpaling ke depan lalu menjerit.

"Lepaslah!"

"Kau diam!"

Pap!

Sebuah penampar hinggap di pipi Safyna sebelum tangan gadis itu ditekup semula. Dia terus membenamkan kepala di dada si mangsa. Safyna hanya mampu menjerit, dia benar-benar tidak tahan dengan kelakuan ayah sendiri.

Buat sesuatu Safyna!

Muncul suara halus dari dalam kepala. Bagaikan mengarah Safyna supaya terus berlawan. Demi maruah dan hidupnya. Safyna hela nafas kecil, dia sudah terlalu lali dan mula pasrah.

"Pak Zail.. tolong" pinta Safyna perlahan.

Memikirkan soal maruah dan hidup, Safyna pejamkan mata. Tapak tangannya menggenggam kuat meskipun dia sudah kehabisan tenaga. Bibir merayu sekali lagi, tapi seperti biasa lelaki di depannya tidak akan dengar. Habis tumpas dalam nafsu.

"Lepaslah!"

Sejurus itu sebelah lutut Safyna naik menghentam bahagian bawah Pak Zail. Lelaki itu terus meraung kuat lalu rebah di atas lantai. Dengan peluang yang ada, Safyna bangkit untuk selamatkan diri. Dia bergegas berlari ke pintu rumah.

Dedaun pintu diselak, tangan laju menarik pemegang grill ke bawah. Dia mahu keluar dari balung neraka ini secepatnya! Tolak sahaja pintu grill, sepantas kilat kaki melangkah ke luar.

"Kau nak lari mana setan?"

Rambut Safyna dicekup kembali. Malah kali ini lebih kuat sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan. Tangan besar Pak Zail langsung naik ke bibir Safyna. Ditekupnya mulut si gadis dengan sebelah tangan, takut didengari oleh jiran tetangga. Safyna kemudian ditarik masuk ke dalam rumah.

"Kau memang suka cabar aku kan?!"

Pintu bilik air dihempas kuat, tangan Pak Zail membawa Safyna ke hadapan baldi besar yang terletak di bawah pili air. Terus kepala gadis itu ditenggelamkan ke dalam baldi. Apabila kepala naik ke atas, tercungap-cungap Safyna mahu mengambil nafas. Sekali lagi kepalanya ditenggelamkan. Berkali-kali.

"Siapa suruh kau lawan?" Terus kaki Pak Zail menyepak tubuh Safyna.

Safyna rebah semula di atas lantai sejuk tersebut. Dada berombak kencang akibat kawalan pernafasan yang tidak teratur. Dan sekali lagi wajahnya diterajang kuat. Telinga dapat menangkap segala makian dan kata-kata kesat, namun semuanya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Tompok-tompok hitam mula menguasai pandangan Safyna. Dia terasa amat lali sekarang. Lalu kedua-dua belah matanya tertutup perlahan.

Safyna terjaga dari pengsan. Mata disapa oleh kabus putih serta hidungnya menghirup bau wangian harum. Posisi badan diubah kepada duduk separuh. Kepala dongak ke atas, anak mata melilau ke sekeliling tempat.

Taman bunga Lavender. Dahi Safyna berkerut seribu. Macam mana dia boleh sampai tempat sebegini? Indah bak syurga. Lihatlah, penuh dengan bunga Lavender, kabus putih menebal di udara, ditemani pula dengan cuaca sejuk serta wangian harum bunga tersebut.

Safyna bangun dari tempatnya. Kaki perlahan-lahan melangkah ke setiap bunga Lavender yang mekar lagi wangi. Hidung dilabuhkan pada bunga-bunga di situ. Dia senyum manis.

Masha Allah wanginya!

Setapak demi setapak dia ke kanan, ligat menikmati keindahan bunga ungu tersebut. Kalau hidup kapal karam macam dia ni, bila saja dia dapat melewati tempat sebegini. Boleh dikatakan ini kali pertama selama 15 tahun dia hidup.

Terima kasih kepada Hannah Adira sebab pernah berkongsi info tentang bunga Lavender. Kalau tak, rupa dengan nama pun dia tak akan kenal.

"Eiii.. geramnya! Rasa nak kutip je semua ni!" Ujar Safyna geram.

Benda free kan, tak salah rasanya kalau dia nak kutip buat koleksi. Tempat macam ni, siapa saja ada selain dia? Dari tadi tak pernah nampak batang hidung seorang manusia pun.

Diam-diam tangan mula berbuat jahat.

"Jangan berangan nak kutip."

Tersentak Safyna apabila dia mendengar ada suara lain mencelah. Berbaur amaran keras. Bahananya, dia tersadung pada kayu papan yang menjadi penghadang bunga Lavender tersebut. Bibir mendesis kesakitan.

"Tulah, curi lagi bunga orang lain. Tengok Allah dah bayar cash" dia bersuara lagi.

Safyna yang sedang tertunduk-tunduk memegang pehanya automatik angkat kepala. Dia nak tahu siapa empunya suara itu. Entah kenapa geram semacam pula.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now