Laventarine - 64

86 15 1
                                    

"Fyn.. Safyna! Kau kenapa ni?!" Lantang suara Hannah menyoal siasat Safyna yang kelihatan hiba dan kosong. Dia memegang pipi Safyna lalu menilik satu persatu kecelakaan yang menimpa diri gadis itu. Liur ditelan.

"Bab— ergh! Kimak! Sampah masyarakat betullah! Apa lagi yang dia tak puas hati dekat kau sampai kena hentam teruk ni?!" Marah Hannah bersama kerutan di dahi. Punah hatinya setiap kali mendapat info tentang kedukaan si kawan baik. Siapa lagi yang berani buat dia sebegini rupa kalau bukan setan tu?

Safyna tidak memberi respon. Sebaliknya dia perlahan-lahan berpaling ke arah Hannah lalu tangan menyerahkan pisau yang berada di tangan. Dia membuka mulut mahu mengatakan sesuatu tetapi peti suara tidak mengizinkan.

Hannah menyambut pisau berlumuran darah tersebut, teragak-agak dia mahu mengambil. Pandang anak gadis di hadapan dengan kening yang semakin bertaut.

"Apa ni, Fyn?" Tiada respon.

Kepala digelengkan. Tanpa berkata apa-apa, terus dia menarik sekilas lengan Safyna untuk masuk ke dalam rumah.

Pintu besar kayu yang menjadi  dihentam kuat ke dalam sehingga mengundang perhatian beberapa kepala. Tidak endah akan mata-mata yang memerhati, terus sahaja kaki menapak naik ke permukaan keras tangga lalu menuju ke tingkat atas.

"Kakak!" Jerit satu suara lunak.

Ianya hanya dibalas dengan jelingan tajam Hannah. Menyampah dengan suara tersebut, terlalu banyak isu kalau mahu dikemukakan.

Tombol besi dipusingkan lalu daun pintu ditolak kuat sehingga bunyi kayu berlaga dengan dinding batu bergema ke satu rumah. Safyna yang hanya menurut langkah sedari tadi berdiam diri. Anak mata tidak putus memandang bawah. Mungkin otak sedang memproses sesuatu.

"Kau duduk atas katil tu. Aku ambil ubat jap" arah Hannah. Dia melepaskan tangan Safyna dan serta merta menyusun langkah untuk pergi mengambil kit perubatan.

Safyna perlahan-lahan melabuhkan punggung ke atas katil empuk yang dilitupi dengan cadar hitam. Hujung lengan jaket kelabu yang terkena sisa darah dicarik-carik kasar oleh jari-jemari. Ekspresi muka hanya mempamerkan riak bingung dan takut.

Sesekali hujung mata jeling Hannah, sahabat akrab susah senangnya. Bibir menghela nafas berat. Mahu saja dia arah kawannya supaya berhenti dan duduk sahaja. Entah mengapa dia berasa bagai diri tidak perlu dirawat. Sudah terbiasa mungkin.

"Hannah.."

"Hannah.." sayu suara dia memanggil. Sudah tentu tidak didengari oleh Hannah. Gadis itu sudahpun bergegas menuju ke arahnya.

Bibir tidak mengungkap sepatah perkataan, hanya tangan sahaja yang bergerak. Kit perubatan diletakkan lalu dibuka. Berbekalkan ilmu yang ada, dengan lincahnya Hannah menguruskan kerja. Safyna pula tidak boleh berbuat apa melainkan menjadi tunggul yang hanya tahu berdesis tatkala rasa sakit menaik.

"Hannah.." diseru lagi.

"Hannah.." tiada respon

"Hannah.." anak matanya tajam melihat Hannah yang hanya memekakkan telinga serta butakan mata.

Geram.

"Hannah!" Sejurus itu tangan naik mencengkam lengan Hannah. Pergerakan gadis itu terhenti lalu nafas pendek dihela.

"Kau dah kenapa?" Soal Safyna bersama nada sedikit tinggi.

Bebola mata Hannah jeling, dia cuba meloloskan tangannya tetapi genggaman erat Safyna sama sekali tidak membenarkan.

"Lepas Fyn.. aku nak rawat kau. Jangan kacau kerja aku" mendatar lembut Hannah memesan. Sekali lagi dia cuba melepaskan lengan tetapi tidak dibenarkan juga.

"Lepas. Safyna Nadda."

"Kau tak payah nak rawat aku sangat.. aku tak perlukan belas kasihan orang lain. Aku dah cukup makan dengan semua ni."

"Apa yang kau merepek ni Fyn?"

"Aku just.. tak nak kau buat macam ni dah." Teleng sedikit kepala Hannah mendengarnya. Minah ni nak reka akasia TV3 ke apa tengah-tengah emergency ni?

"Jadi tolong.. tolong jangan bagi muka sangat dekat aku. Aku tak nak orang anggap aku lemah dah." Safyna membuang pandang ke tempat lain.

"Tak- apa yang kau merepek ni, Fyn? Aku bagi muka, aku bagi rawat dekat kau sebab aku kesian dengan nasib kau. Aku tak pernah anggap kau lemah, Fyn. Tak pernah sekalipun" ucap Hannah jujur. Dia geleng kepala, dengan kudrat yang ada Hannah menarik lengannya sekali lagi.

Tak dijangka dek akal fikiran tiba-tiba terasa bagaikan dirinya ditarik sehingga jatuh ke atas karpet. Mata berkedip lalu pandangan dihiasi dengan wajah Safyna yang redup memandangnya.

"Aku cakap tak payah! Tak payahlah! Apa bengap sangat kau ni?!" Tangan yang mencekik batang leher Hannah dikejapkan. Sebelah lagi tangan yang mengepal buku lima dinaikkan tinggi-tinggi, tunggu masa mahu dihayunkan saja.

Terbeliak anak mata Hannah melihat aksi tersebut, liat otak mahu mencerna dengan apa yang telah dipaparkan. Kelopak mata terkatup buat beberapa detik sebelum dia merenung tajam ke dalam mata Safyna.

"Kau.." Hannah menolak badan Safyna dengan kasar, sekaligus dia menindih tubuh kawan itu bersama kedua belah tangan yang dicekup ke tepi.

"Aku nak lindung kau sampai akhir nafas aku kalau diizinkan Allah, Safyna! Aku sanggup tadah air mata kau, rawat semua luka kau, layan seberapa keji pun perangai kau sebab aku dah sebut nama kau dalam doa yang aku akan sentiasa ada di sisi kau. Sejak kali pertama kau buka mulut pasal diri kau aku dah angkat janji, Safyna. Kau ingat aku hamak sangat nak tengok luka duka kau ni?"

"Kau ingat aku tak sakit tengok diri kau jadi macam ni? Biar orang anggap kau lemah, biar orang nak kata apa, sebab semua benda tu dusta semata-mata je! Kau ingat otak aku ni tak pernah terfikir nak bunuh seko-seko malaun yang dah rosakkan hidup kau? Apa kau ingat benda tu tak pernah terlintas? Tapi disebabkan aku percaya dengan kifarah yang ada je aku tak buat, Fyn!"

"Sebab itu apa yang seorang sahabat patut buat. Fikir pasal arwah ibu kau juga, tolonglah.." berombak laju dada Hannah. Kesan apabila dia cuba menahan sebak dalam diri.

Perlahan-lahan dia bangun lalu mengambil tempat di sisi Safyna. Gadis itu sudah terkedu dengan bait kata yang melintas di cuping telinga. Liur ditelan, pahit terasa.

"Tipulah kalau aku tak ada simpan dendam dekat orang tua durjana itu. Aku sanggup kena seksa dengan dia asalkan kau selamat" Hannah menyambung lagi.

Safyna pejam mata lalu sedut nafas dalam-dalam, perasaan dan jiwanya bergetar. Tika kelopak dibuka kembali, air mata mengalir di sisi.

"Kenapa kau beria sangat nak jaga aku, Hannah? Aku bukannya suci dan setaraf macam kau. Aku bawa bala je, Hannah."

"Pala bapak kau lah. Lantak lah kau macam mana orangnya, kalau aku kata aku nak jaga, aku jaga. Biar kena buang keluarga sekalipun. Aku bukannya batak sangat nak duduk sebumbung dengan musibat kat rumah ni" mata jeling sekilas apabila mengingatkan tentang masalah peribadinya.

Dengan tenaga yang tidak seberapa, Safyna bangun. Belakang badan disandarkan pada bingkai katil.

"Aku nak buka cerita, tapi aku tak tahu nak mula dari mana."

Kepala manusia di hadapan mendongak naik ke arahnya.

"Cakap je apa yang kau nak cakap. Tak payah mula dari A."

Sekali lagi Safyna mengeluh. Pandangan dibawa turun ke jari-jemari yang sedang ligat menguis-nguis kulit tangan.

"Masalahnya.. aku pun tak ingat."

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now