⋆⑅˚₊ bab 20 ♡

Start from the beginning
                                    

"Happy anniversary sayang, thank you sebab sudi terima abang dalam hidup sayang. Sanggup melahirkan our little boy, Khaysar. Selalu jaga makan minum abang. I'll keep loving you until the day I die and even after that, if possible."

Tubir matanya mengalirkan titisan jernih. Macam mana dia boleh lupa ni? Dia sungguh terharu dengan kata-kata Daziel itu.

"Sayang" Panggil satu suara.

Dhea menoleh kebelakang. Muncullah Daziel yang kacak mengayakan tuxedo hitam di depan matanya. Dia terus berlari memeluk erat susuk tubuh itu.

"Abang..." Kata Dhea sambil teresak-esak menangis dalam pelukan.

"Shh...don't cry sayang. I hate seeing you crying. Sorry abang keluar tak bagi tau sayang tadi" Pujuk Daziel sambil menggosok belakang isterinya perlahan dan mencium kepala Dhea yang berlapik tudung itu.

Dhea meleraikan pelukan dan menatap mata milik jejaka itu.

"Sepatutnya Dhea yang berterima kasih dekat abang. Thank you sebab selalu layan karenah Dhea. Sabar dengan Dhea selama kita kenal. I love you more than you can imagine" luah Dhea. Daziel membalas dengan ciuman dipipi gadis itu.

Daziel memegang lembut tangan cinta hatinya. Dia menarik tangan Dhea menuju ke arah meja yang dihiasi cantik dengan lilin.

"Have a seat m'lady " katanya sambil menarik kerusi untuk Dhea. Perlahan saja suara Dhea mengucapkan terima kasih. Air mata dilap mengunakan tangan berhati-hati takut rosak makeup. Daziel mengambil tempat di hadapannya.

Suasana di dalam bilik itu sungguh romantis dengan cahaya lampu yang tidak terlalu cerah sambil dihiasi dengan suasana bandar pada waktu malam yang sangat tenang dilihat.

"Have a taste sayang. Penat tau abang masak" Kata Daziel sambil mengangkat cutlery yang terletak di meja.

"Abang masak? Awww so sweet. Sejak bila pandai bersweet ni?" Tanya Dhea. Setahunya Daziel ni tak minat dengan benda-benda macam ni. Jarang sekali suaminya bergini.

"It's because of you sayang. Here abang dah potong steak for you" pinggan ditukar. Steak yang telah cantik dipotong itu diberi kepada Dhea.

Dhea tersenyum manis. Daziel walaupun dia beku, emotionless tapi dia sangat-sangat gentleman. Sejak berkahwin ni, memang udang selalu dikopek oleh Daziel. He is the standard!

"Thank you for all of this abang. Sorry Dhea tak sempat nak bagi apa-apa lagi kat abang..." Sedih saja suara berkata. Rasa bersalah membuak-buak.

"No need to say sorry sayang. Sayang ada depan mata abang pun dah cukup bahagia dah tau?" Berbahang wajah Dhea menahan malu.

"Merahnya mukaaaa, nak cendol?" Usik Daziel. Dhea hanya menjeling manja ke arahnya.

Bahagia? Yes. Terlalu bahagia hingga tidak dapat terucap dengan kata-kata. Hanya hati yang mampu menujukkan betapa sayangnya dia kepada isterinya itu.

Kehadiran Dhea membawa cahaya yang menerangi hidupnya. Dia bersyukur dengan takdir Allah kerana memberi dia peluang untuk bahagia dengan cinta hatinya.

—🎀

"AHMAD IHSAN AIDEN ,KAU SINI!" Kuat Adham menjerit. Boleh dia cuah air dekat kepala Adham. Dah la air oren ais pulak tu!

TENGKU AFHAM DAZIEL'SWhere stories live. Discover now