ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃|𝘀𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 II

7.9K 288 37
                                    

Rayyan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Haisya yang sedang tidur di seat belakang dipandang melalui cermin. Kemudian teralih pada Areena yang berada di seat sebelahnya. Hampir separuh redha dia dibuatnya apabila wanita muda diam dari tadi.

Apa punca pun dia tak tahu. Yang pasti, Areena jadi begini sebaik sahaja mereka pulang dari majlis Razif. Memang dia sendiri tak dapat hendak nafikan. Sejak mengandung anak kedua mereka, wanita muda itu berubah menjadi semakin manja dan cengeng.

Pantang ada benda tak puas hati sedikit, mesti menangis. Tak sama langsung seperti Areena yang mengandungkan Haisya dulu. Dia pun hanya layankan saja. Bukan susah sangat pujuk Areena ni. Peluk sikit, reda lah dia.

Sampai saja dirumah, Areena terlebih dahulu keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah mereka. Rayyan menggaru kepalanya, kejap lagi lah dia pujuk. Pintu kerusi penumpang belakang dibuka. Haisya yang lena diulit mimpi itu diangkat dengan berhati-hati.

Sebaik sahaja sampai di bilik Haisya, Rayyan meletakkan puterinya itu perlahan-lahan. Kedua-dua belah pipi serta dahi Haisya dikucup lembut.

"Selamat malam, puteri ayah. Tidur elok-elok, ayah nak pujuk umi kita sekejap." Ujar Rayyan sambil ketawa kecil.

Pintu bilik Haisya ditutup perlahan. Seorang dah settle, tinggal seorang lagi dalam bilik sana. Dengan penuh yakin Rayyan mengatur langkah, kacang je ni!

Masuk sahaja di dalam bilik, dia dapat mendengar pancuran air yang jatuh deras dengan jelas. Isterinya sedang mandi. Terpaksa lah dia tunggu dahulu. Sementara menunggu isterinya keluar, Rayyan menukar pakaian yang lebih selesa untuk dibuat tidur. Malas lah dia nak mandi.

Beberapa ketika pintu bilik mandi dibuka. Rayyan mendekati Areena yang terus menyangkut tualanya pada penyangkut tanpa menghiraukan dirinya. Rayyan mengeluh dalam diam. Entah di mana salahnya.

"Sayang..." pinggang Areena dirangkul. Kedua-dua belah lengannya melilit pinggang Areena. Areena menundukkan kepalanya, tak mahu menatap wajah suaminya.

"Kenapa ni, hmm?" tangan kanan Rayyan mengangkat dagu Areena agar isterinya itu memandang wajahnya. Belum sempat apa-apa lagi, ada cecair sudah mengalir keluar dari mata isterinya.

"Sayang abang, kenapa ni?" cepat-cepat Areena dipeluk erat. Jadi kalut dia dibuatnya. Belakang tubuh Areena diusap-usap untuk menangkan wanita itu dari tangisannya.

"Abang dah tak sayang Maira," dahi Rayyan berkerut mendengar kata-kata Areena. Tubuh mereka dijarakkan sedikit. Pipi Areena yang basah itu ditekup oleh kedua-dua belah tangannya lalu disapu dengan lembut.

"Hey... kenapa cakap macam tu, hmm?" soal Rayyan sambil mengurut lembut bawah mata Areena. Pening dia. Apa yang dia buat sampai isterinya menangis begini pun dia tak tahu.

"Abang bercakap dengan perempuan lain! Abang ketawa dengan dia!" balas Areena kuat sambil teresak-esak. Rayyan pula hanya menahan diri dari menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sayang... abang bukan sembang dengan dia seorang tadi, Han pun sembang sekali kan?" dengan lembut Rayyan menutur. Sedaya upaya dia menahan tawa, risau jika tangisan bidadarinya itu semakin menjadi-jadi.

Kata-kata Rayyan tidak dijawab dengan perkataan, namun dijawab dengan esakan yang lebih kuat. Akibat buntu, tubuh pendek isterinya ditarik merapat. Tetapi tidak terlalu rapat kerana perut yang sudah membuncit itu.

"Tahu lah orang dah gemuk," gumam Areema didadanya sambil tersedu-sedu. Makin bertambah kerutan di dahi Rayyan. Kepalanya digelengkan sedikit.

"Shh... dah... berapa kali lagi nak abang cakap? Abang tak kisah pasal gemuk ke apa. Kalau gemuk pun tak apa lah. Sekurang-kurangnya abang tak risau dah, lelaki lain tak pandang bidadari abang ni,"

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now