ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 10

10.6K 457 19
                                    

selepas saja adik-adiknya pergi, Areena terus masuk ke dalam kereta.

kepalanya direhatkan pada stereng kereta. tanpa sengaja,cecair jernih yang panas terjatuh atas pehanya.

dia menangis.

dia terfikir tentang hidup yang bakal ditempuhi tanpa tiga orang yang disayanginya itu.

iyalah dari kecil tak pernah berpisah, tiba-tiba berjauhan. mesti sunyi.

dia meraup muka kasar sebelum memulakan perjalanan untuk balik ke cafe.

᪥᪥᪥

tak dapat dinafikan, sudah seminggu berlalu tanpa gurauan dengan adik-adiknya membuatkan Areena berasa sungguh sunyi.

dia juga semakin kurang bercakap sekarang.

terasa bahunya dicuit, Areena terus memusing seratus lapan puluh darjah.

"Reen cuba tengok akak bawa siapa ni" Kak Fara menarik tubuh budak kecil yang berdiri dibelakangnya, siapa lagi kalau bukan Hani.

sebenarnya Kak Fara sengaja bawa Hani ke cafe hari ni untuk menceriakan Areena. dia sendiri perasan keadaan Areena dalam seminggu ni yang nampak sedih.

akhirnya dia buat keputusan untuk gunakan Hani.Hani sajalah merupakan satu-satunya senjata yang dia boleh gunakan ketika ini.

"hai umi!" Hani melambai lambai tangannya.

Areena ketawa kecil sebelum mendukung si kecil itu.

"kenapa comel sangat ni?!" pipi Hani dicium sepuas-puasnya.

"terima kasih,akak" Areena berterima kasih kepada Kak Fara.

Dia dapat agak kenapa Hani berada di sini hari ni.

Kak Fara mengangguk kecil sebelum meninggalkan Hani bersama Areena.

᪥᪥᪥

Areena memandu untuk pulang kerumah memandangkan semua kerjanya sudah selesai.

tak dapat dinafikan, Areena berasa kehidupannya yang kini berasa lebih tenang berbanding biasa, cumanya perasaan rindu terhadap Hamizan,Hafiz dan Haris saja yang buat dia rasa sedikit terganggu.

otaknya kini teringatkan kembali perbualan antara dia bersama Encik Hamzah semalam.

Encik Hamzah mengatakan bahawa 3 beradik itu baik-baik saja. cuma 3 hari pertama ketiga-tiga itu mendiamkan diri, tidak ada selera makan dan berjauh dari orang sekeliling. selepas 3 hari itu, 3 orang anaknya itu sudah seperti biasa. bak kata ayahnya, biasalah sementara nak biasa.

kata ayahnya lagi, yang paling teruk sekali Haris lah, adiknya yang bongsu. macam mana si bongsu itu tak terkesan, Areenalah yang menjaganya dari lahir hingga umurnya kini 13 tahun.

dia juga merupakan yang paling manja dengan Areena memandangkan dia bongsu. dia jugalah kadang-kadang yang mendapat perhatian lebih daripada Areena nak dibandingkan Hamizan dengan Hafiz.

᪥᪥᪥

Rayyan berjalan keluar dari bangunan gah itu dengan lengan baju dilipatkan hingga ke siku, kot disangkutkan pada lengan dan tali leher juga dilorotkan sedikit, selekeh betul.

dia terus menuju ke arah Farhan yang sedang berdiri di tepi kereta sambil menguis batu-batu kecil menggunakan kakinya.

"ha keluar pun, ingatkan nak suruh aku escort tadi"

tanpa mengendahkan kata-kata Farhan, Rayyan terus masuk ke dalam kereta di kerusi penumpang bahagian hadapan.

"ni nak aku hantar balik rumah kau ke rumah parents kau?"

"rumah aku" jawabnya ringkas.

"oh ya! ni ha" Farhan menarik dashboard yang berada di hadapan Rayyan, cemberut muka Rayyan.

"nah maklumat yang kau minta tu. susah sikit aku nak cari pasal budak ni sebab dia private sangat"

sebuah fail diserahkan kepada Rayyan.

Rayyan mengambil dengan sebelah keningnya terangkat.

"mak ayah dia bercerai masa umur dia darjah 2 . lepas tu,dia tinggal dengan mak dia tapi beberapa tahun lepas mak dia dah meninggal. jadi sekarang tinggal dia dengan 3 orang adik dia,lelaki. and recently, adik-adik dia pindah duduk dengan ayah dia. ni, hari yang kita nampak dia keluar dari Far's Cafe tu"

Rayyan khusyuk mendengar sambil membelek-belek helaian kertas.

"haaa lagi satu, dia salah seorang pekerja cafe yang kita selalu beli coffee tu, senang kata pekerja Far's Cafe la"

Rayyan mengangguk kepala, matanya masih melihat isi kandungan kertas yang dibeleknya.

"aku nak kau tolong tengokkan budak ni. make sure nothing bad happen to her"

"kau..."

yaallah perangai pelik apa pulak ni. sumpah Farhan berasa lain dengan Rayyan sejak beberapa hari ni. tak pernah-pernah lagi dia macam ni.

"ikut jelah"

"iyalah..."

Farhan mengalah...

handbrake diturunkan bagi memulakan perjalanan.

Rayyan memandang ke arah luar tingkap.

'Humaira Areena binti Hamzah' getus hati Rayyan sambil mengukir senyuman dibibir.

❀❀❀

❀❀❀

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
C| Rayyan's Everything [OLD VER]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin