ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 32

8.2K 363 15
                                    

"Masak apa hari ni?" Rayyan mencicip hot latte yang dibeli oleh permaisurinya tadi.

"Rendang daging dengan telur dadar je. Abang makan kan?" soal Areena ragu-ragu sambil membuka bekas makanan. Risau kalau tidak kena dengan selera Rayyan hari ni. Tapi sebelum ni apa dia masak Rayyan makan je?

Rayyan ketawa halus. Tangannya memegang tangan kanan dan kiri Areena.

"Bagi lah apa pun. Abang makan. Asalkan it's come from this hand. This woman. Kertas dengan pasir pun abang makan," kedua-dua tangan Areena dicantum dan dicium lama telapak tangan itu.

"Melebih betul kertas dengan pasir pun nak makan!" perut berketak Rayyan yang dilapis baju ditepuk lembut selepas Rayyan membebaskan tangannya.

Rayyan ketawa senang. Malu lah tu, orang puji dia!

"Humaira, suap abang eh? Abang malas nak cuci tangan," pinta Rayyan, mengada! Malas konon, padan hal nak menggedik dengan isteri sendiri!

"Kejap, Maira nak basuh tangan." Areena bangun menuju ke dalam bilik air peribadi Rayyan. Layankan saja, teringatkan bagaimana kusutnya Rayyan tadi membuatkan dia rasa serba salah jika hendak menolak permintaan Rayyan tadi.

Selepas membasuh tangan dia kembali duduk di sisi Rayyan. Lauk yang diasing dalam bekas lain dicedokkan ke bekas nasi. Perlahan-lahan tangannya menggaul dan mencubit lauk sebelum disua ke mulut Rayyan.

"Bismillah," Rayyan mengangakan mulutnya. Rayyan mengigit bibir sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya, menahan senyum. Suka betul dia bermanja dengan Areena. Dengan mama pun dia tak macam mengada ni!

Wajah Areena ditatap. Tahu isterinya sedang menahan malu. Buktinya? Areena sedang mengeman bibir dan menatap bekas makanan di tangan kirinya. Wajah wanita itu turut berubah warna.

Satu dua suap kemudian. Rayyan memegang pergelangan Areena yang sedang menyua nasi ke mulutnya. Terus Areena naik memandang muka Rayyan dengan wajah yang keliru.

"Kenapa? Abang dah kenyang ke?" nasi di dalam bekas pula dipandang sekilas. Rasanya baru tiga suap? Takkan dah kenyang. Nasi dalam bekas pun banyak lagi.

Rayyan menggeleng.

"Sayang tak makan ke? Takkan abang je yang makan?"

"Tak apa. Maira boleh makan kat rumah nanti," tangangnya yang masih digenggam oleh Rayyan itu bergerak untuk menyambung suap Rayyan.

Rayyan menahan tangan itu bergerak. Boleh tumpah juga nasi ni atas baju dia nanti.

"Tak! Sayang kena makan juga. Abang lapar lagi ni dan abang nak awaknsuap. Tapi abang nak awak makan sekali, kalau tak abang tak nak makan. Tak nak abang berlapar kan?" tangan kanan Areena yang dipegangnya disuakan pada mulut Areena.

Wanita itu mengeluh sebelum menerima suapan Rayyan setengah dia setengah. sebab apa? Sebab tangan tu tangan dia bukan tangan Rayyan. Rayyan mengawal je!

Selepas itu dia terus menyambung suap Rayyan. Rayyan menerima. Kali kedua dia ingin menyuap, Rayyan mengemam bibir. Tak mahu buka mulutnya.

"Abang... Maira bawa nasi ni untuk abang bukan untuk Maira," ujarnya memujuk.

Rayyan diam. dia hanya memerhati Areena dengan wajah yang tidak beriak.

Akhirnya Areena mengeluh dan menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bukan boleh menang macam ni!

Rayyan tersenyum senget. Tahu pun.

Habis saja nasi di dalam bekas, Areena bangkit dari kedudukannya. Bekas sabun pencuci pinggan bersaiz kecil dikeluarkan dari begnya.

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now