ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 12

8.2K 379 13
                                    

Rayyan memerhati dari dalam kereta Farhan dengan wajah pelik.

"kau kenapa?" soalan terbuku di kepala dilontarkan sebaik sahaja Farhan duduk di kerusi pemandu.

"mrs. kau la!" jawab Farhan dengan ketawa yang masih tersisa.

"kau buat apa?" bertaut kening Rayyan.

"HAHAHAH aku mengusik dia depan bos dia tadi! lepas tu, habis pucat muka dia sebab gelabah" jarinya mengacah-acah kononnya lap air mata yang bakal turun di hujung mata.

kelakar sangat ye, Farhan?

"comel juga eh mrs. to be kauaDUH! SAKIT SAKIT!!! WEH LEPAS!! ARGHH!!!" Farhan menjerit kesakitan bila belakang lehernya dicengkam kuat oleh Rayyan.

"mulut kau ni memang tak reti nak diam ke?" dia menguatkan sedikit lagi cengkamannya.

"RAY!! LEPASLAH!!! aduhhh" Farhan menggosok-gosok belakang lehernya setelah dilepaskan.

"dah! hantar aku balik office!" Rayyan menghirup long

Farhan menjuih bibir sebelum mula memandu.

sakit...

᪥᪥᪥

Rayyan mengetuk meja kerjanya menggunakan jari telunjuk kanan. kuat tak kuat berbunyi jugak la.tangan kirinya pula mengurut belakang leher.

dia memikirkan tentang perkara yang dikatakan oleh Farhan tadi.

sudah bersedia kah dia?

badannya disandarkan pada kerusi.

dia mengeluh, jantungnya kini berdegup laju. boleh lawan ahli balapan yang lari 400 meter!

dia memejamkan mata, cuba menenangkan diri.

᪥᪥᪥

"Reen, tak datang ke tukang mengusik tu?" Kak Fara mengjogetkan kening beberapa kali, mengusik!

"entahlah, rasanya memang dah berapa hari tak datang sini. entah-entah memang betul-betul terasa dengan Reen" dia memandang Kak Fara yang berdiri bertentang dengannya. wajahnya sedikit berubah, kecut perut dibuatnya bila difikirkan dia penyebab cafe ni kurang pelanggan.

bukan niatnya untuk tak sebut 'datang lagi' masa tu. lelaki tu pun, benda kecil pun nak terasa!

"dahhh takde lah tu dia busy tu" bahu Areena ditepuk bagi menyedapkan hati Areena. seharusnya lah dia tahu Areena sedang berfikiran negatif ketika ini. lain kali tak boleh cakap pasal ni dah! zip mulut!

᪥᪥᪥

"haa along, kenapa tiba-tiba nak jumpa ni" Tengku Rozaimi mengambil tempat disebelah isterinya.

sofa ruang tamu dipenuhi oleh keluarga Tengku Rozaimi.

lima pasang mata sedang merenung ke arah Rayyan yang sedang menarik nafas dalam dalam, seolah olah sedang cuba menenangkan dirinya yang gemuruh.

"mama, papa. along..."

wah! kali ni pakat pakat lima beranak tu berkerut dahi secara jemaah.

dah kenapa pula ni?

"along nak kahwin"

uhuk!

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now