ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 53

9.2K 304 18
                                    

Mata dikecilkan menahan silau cahaya cerah yang betul-betul terletak di atas kepalanya. Mata dikedipkan beberapa kali sebelum dia membuka mata seperti biasa. Bila bangun dan memerhati keadaan sekeliling, dia sudah dapat mengagak keberadaannya sekarang. Hospital. Cermin jendela dipandang.

Areena hanya duduk dan termenung. Perutnya yang masih memboyot seperti biasa diusap. Kejadian yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri terlintas di fikirannya. Air liur ditelan berkali-kali bersama nafas yang sedikit sesak. Kepalanya menunduk.

"Mana ayah, sayang? Ayah tinggal umi ke?" kata Areena bersembang dengan anak yang ada di dalam perutnya. Cuba untuk kembali bertenang. Senyuman diukir ceria bila dapat rasa pergerakan dari dalam sana.

"Anak umi tak tidur lagi ke?"

"Sayang?" Areena mengangkat wajahnya apabila ada suara yang menegurnya.

"Abang..." Rayyan yang membuka langkah besar kearahnya di panggil lembut. Tak semena-mena kepala Areena ditekup kiri dan kanan lalu dicium lama pada dahi.

"Sayang ok? Ada sakit mana-mana tak?" tangan Rayyan turun ke lengan Areena. Areena mengangguk sambil tersenyum. Tangan Rayyan yang mengurut lengannya lembut digenggam.

Rayyan menghela nafas lega. Hilang runsingnya dari tadi. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana luluh jantungnya ketika melihat isteri sendiri ditindih oleh lelaki lain. Makin luluh ketika mendapati isterinya sedang mengenggam rantai pemberiannya yang sudah terputus sewaktu dalam perjalanan ke hospital tadi.

"I'm sorry, sayang. Abang... abang lambat. Maafkan, abang," bisik Rayyan ketika menarik isterinya ke dalam pelukan. Areena melingkarkan tangannya kembali ke tubuh sasa suaminya.

"Tak... abang tak lambat. Abang datang tepat pada masa," belakang tubuh Rayyan Areena gosok perlahan bagi meyakinkan bahawa dirinya tiada apa-apa.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Macam mana dia boleh masuk dalam bilik?" Rayyan menyoal setelah menjarakkan tubuh mereka. Areena mengetap bibir. Kukunya dikutil sesama sendiri.

"Maira... tunggu abang balik. Maira tak kunci pintu sebab Maira takut Maira tak sedar abang balik. Masa tu Maira baru keluar tandas, Maira ingat tu abang tapi bukan. Maira nak lari sebab Maira takut tapi dia-,"

Cerita yang hendak dicerita itu terhenti saat nafasnya mula tercungap-cungap. Areena memukul dada sendiri, menahan sakit akibat sukar bernafas.

"Sayang? Humaira kenapa ni?" soal Rayyan cemas. Bahu isterinya dicengkam kuat.

"Ab- Abang- " sebelah tangan Areena naik menepuk kuat tangan Rayyan yang mencengkam bahunya seperti meminta bantuan.

Rayyan yang sudah tidak senang duduk segera menekan butang kecemasan beberapa kali.

᪥᪥᪥

"Bro," Rayyan mengangkat kepala bila ditegur seseorang setelah daun pintu wad isterinya dibuka.

"Bini aku macam mana?" soal Rayyan menggesa ke arah seorang lelaki berkot doktor. Pemergian dua orang jururawat dan seorang doktor perempuan yang ada bersama doktor yang merawat Areena tidak diendahkan. Fokusnya hanya pada doktor lelaki yang bertanda nama Syed Noah ini saja.

"She's fine. Tak perlu risau, cuma kami minta dia berehat dulu," ujar Syed Noah setelah mengangguk kepala. Bahu Rayyan ditepuk oleh Syed Noah sekali.

"Bini kau ada panic attack ke?" soalan yang ditanya oleh Syed Noah membuatkan Rayyan menunduk kepala. Malu kerana tak tahu sejarah kesihatan isteri sendiri.

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now