ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 7

8.4K 401 5
                                    

sampai saja dirumah Rayyan terus meluru ke arah biliknya.

tuala yang disangkut dicapai sebelum meloloskan diri ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

selesai saja mandi dia terus memakai t-shirt berwarna hitam dan seluar track panjang lalu mencampakkan diri ke atas katil.

penat! penat melayan kerenah 3 beradik tu. umur saja masing-masing 20 lebih perangai mengalahkan budak sekolah rendah!

dia memandang ke arah syiling sambil merehatkan lengannya ke atas dahi.

tiba-tiba dia teringatkan tentang gadis yang menangis siang tadi.

ikutkan hati mahu saja dia peluk tubuh kecil itu bagi menyalurkan semangat kepada wanita itu, tapi dia sedar tentang batasnya dengan wanita itu.

dia melepaskan keluhan berat.

"what you have through, little girl?"

perlahan-lahan matanya mula kuyu sebelum dia diulit mimpi.

"i hope we will meet again"

᪥᪥᪥

Areena duduk di kerusi yang disediakan di luar bilik yang menempatkan atoknya.

"Areen betul yakin ke dengan keputusan Areen ni? tak menyesal ke?"

Areena berpaling ke arah suara itu yang menegurnya itu. dia tersenyum nipis.

"insyaallah, tak paksu. Areen dah betul-betul nekad kali ni. ayah pun dah setuju"

"adik-adik macam mana?"

Paksunya, Encik Azham mengambil tempat bersebelahan dengannya.

"nak tak nak kena lah juga diorang ikut. ikutkan Areen memang nak bawa duduk dengan Areen. tapi ayah tak bagi sebab takut Areen susah, lagi pun ayah kata dia memang nak jaga diorang 3 tu"

"habis tu Areen memang nak duduk rumah arwah ibu Areen tu sorang-sorang ke? paksu bukan apa, paksu risau. kalau jadi benda buruk macam mana?" Encik Azham cuba untuk mengubah keputusan Areena walaupun dia tahu bukan mudah.

"insyaallah paksu takde apa apa. rumah kosong sebelah rumah arwah ibu tu pun dah ada orang duduk. takde la sunyi sangat sebab kiri kanan depan belakang semua dah berpenghuni"

Encik Azham melepaskan keluhan sekali lagi. dia tahu bukan senang untuk ubah keputusan anak saudaranya ini apabila dia sudah nekad, dia akan menjadi tegas dan akan tetap dengan keputusannya walau apa pun.

deringan telefon Areena memutuskan perbualan dua beranak itu, Areena meminta diri untuk menjawab panggil.

selepas mendapat anggukan dari paksunya terus dia bergerak menjauhkan sikit jarak antara mereka.

"hello?"

"assalamualaikum, kakak."

"waalaikumsalam, kenapa ayah? ayah dah sampai ke?"

"haah, ayah dah sampai ni"

"oh, kalau macam tu tunggu sekejap. akak ada kat hospital ni"

selesai saja perbualan mereka Areena memberitahu Encik Azham tentang keberadaan ayahnya di rumah dan lelaki itu membenarkan dia untuk pulang.

᪥᪥᪥

sampai saja dirumah, Areena menuju ke arah ayahnya, Encik Hamzah yang sedang duduk di sofa ruang tamu, sejurus itu dia menyalami ayahnya yang sudah berapa bulan tidak berjumpa.

dia senyum kepada abang sepupunya,Azil atau digelar sebagai su oleh Areena dan adik-adiknya. lelaki itu turut senyum memandang adik sepupunya itu. rindu! sudah berapa lama tidak berjumpa.

"ayah sihat?"

"alhamdulillah, ayah sihat. kakak pula? sihat?" dahi anaknya dikucup sebelum tubuh anaknya itu ditarik ke dalam pelukan.

"alhamdulillah, sihat. budak-budak mana?siapa yang sambut ayah dengan su tadi?" Areena memerhati sekeliling rumah atoknya untuk mencari kelibat adik-adiknya.

"adik-adik lah. diorang kata ada barang lagi nak kena kemas. kejap lagi keluar lah tu"

Areena mengangguk.

"kakak. awak betul-betul pasti ke ni?" kalau tadi Encik Azham menanya kali ni Encik Hamzah pula.

Areena tersenyum nipis.

"iya, ayah. kakak betul pasti. lagi pun kakak dah tak tahan. akak pun tak nak jadi beban dalam rumah ni"

"tak nak ikut duduk dengan kami ke?"

sungguh dia risau nak biarkan anak sulungnya ini tinggal sendirian.

Azil yang dari tadi mendengar perbualan dua beranak itu senyap saja. dia juga tahu banyak tentang Areena.

"iya,ayah. lagi pun rumah ibu tu takde orang duduk. sayang rumah tak berpenghuni. jadi apalah salahnya kalau akak tinggal situ"

Encik Hamzah diam, dia tahu cakaplah apa pun pasti akan ada jawapan yang akan keluar dari mulut anaknya itu. lagi pun dia memang nampak, tak ada harapan langsung untuk keputusan anak sulungnya itu diubah.

"kakak..."

Areena dan Encik Hamzah berpaling kepada suara itu. 3 beradik itu sudah bersedia dengan beg-beg besar.

"dah siap dah?" Areena menyoal kepada adik-adiknya.

3 beradik itu hanya mengangguk kepala sambil memandang lantai. sejak semalam lagi mereka tidak bercakap dengan Areena. merajuk dengan si kakak.

"jomlah kita pergi rumah ibu"

❀❀❀

❀❀❀

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
C| Rayyan's Everything [OLD VER]Место, где живут истории. Откройте их для себя