ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 41

7.7K 316 6
                                    

"Abang kerja hari ni. Sayang duduk dengan Sya, boleh? Kejap lagi ayah dengan Hamizan sampai,"

Areena mengangguk laju.

"Bolehhh... tapi nak peluk dulu," wanita muda itu mendepakan tangannya.

"Come here," tubuh kecil Areena selamat berada dalam pelukan Rayyan.

"Hmm... abang, Maira nak balik," bibirnya dimuncungkan sedikit. Rayyan mencuit hidung isterinya.

"Sehari je lagi kat sini. Lepas tu kita balik ya sayang,"

Raisya yang menjadi pemerhatian mengemam bibir. Kenapa comel sangat ni?!

"Abang pergi dulu ye. Jaga diri elok-elok. Jangan buas-buas. Jangan nakal-nakal," Areena memincing mata sambil mengucup tangan Rayyan. bila masa dia buas? bila masa dia nakal?

Rayyan keluar dari wad selepas mencium dahi isterinya. Raisya juga turut mengikutnya dibelakang. Sebaik sahaja pintu wad itu ditutup, Rayyan mengeluh lemah.

"Along... sampai bila kita nak tipu kak long ni? esok dia dah nak balik," Raisya menyoal abangnya lembut. Terdetik rasa kesian melihat abangnya ketika ini.

"Along tak tahu Sya... along buntu,"

᪥᪥᪥

"Kak long, Sya nak turun pergi kat kereta kejap boleh? Sya tertinggal stoking untuk kak long tukar," ujar Raisya setelah menilik isi beg tangannya.

"Boleh, Sya. Hati-hati tau,"

"Ok, kak long. Sya turun kejap eh,"

Areena mengangguk.

Selepas saja Raisya keluar, tidak sampai 3 minit pintu wad itu dibuka semula.

"Sya kenap-" belum sempat Areena menghabiskan kata-katanya dia terdiam.

"Mau buat apa kat sini, Batrisya?" riak kosong ditunjuk.

"Saja nak lawat kakak aku. Tak boleh ke?" Batrisya menjoget kening. Kemudian duduk di sofa yang terdapat tidak jauh dari katil Areena. Pahanya yang terdedah ditepuk perlahan.

"Bila masa aku jadi kakak kau?"

"Jangan berlagak sangat Kak Reen sayang. Aku ada berita nak bagitahu kau ni. Kau mesti terkejut nanti," Batrisya bangun dari sofa tersebut dan mengorak langkah ke Areena.

Tanggannya bermain dibahu Areena. Pantas Areena menepis kasar tangannya.

"Relax. kau nak tahu tak apa benda yang aku nak cakap tu?" tangannya kini meliar ke perut Areena.

"You loss your first child, Areena. Kau gugur. Kesian kau kena tipu dengan diorang semua," bisiknya perlahan betul-betul ditepi telinga Areena.

Areena berkerut dahi.

"Kau jangan nak tipu aku, Batrisya. Aku tak mengandung,"

"Are you sure?" soal Batrisya dengan nada seperti mengejek. Sengaja memanaskan lagi keadaan.

Melihat Areena yang sudah berubah riak, cukup membuatkan Batrisya rasa kemenangan milik dia.

"Kau tak pelik ke bila diorang hanya benarkan kau makan makanan yang dia orang bawa? Kau tak pelik ke-"

"Kau cakap apa ni?" sampuk Raisya yang baru sahaja masuk ke dalam wad tersebut.

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora