ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 11

8.4K 387 16
                                    

2 tahun kemudian,

"assalamualaikum, sahabat!"

cemberut habis muka si dia bila pintu pejabatnya dirempuh kasar.

"kenapa kau tak robohkan terus je bangunan ni?" Rayyan menjeling tajam kearah rakannya yang sedang berdiri di hadapan mejanya.

"wahhh, sorry sorry. tapi salah kau la, ajak aku lunch sekali lepastu tak tepati masa"

"yelah, sorry. dah la jom makan" Rayyan terus berjalan keluar.

Farhan hanya mengikut Rayyan dari belakang.

᪥᪥᪥

Farhan menjatuhkan pandangannya di pinggan sambil menguil nasi menggunakan sudu dan garpunya.

pandangan teralih pula pada Rayyan yang diam dan sedang khusyuk menikmati hidangannya.

sesuatu muncul difikirannya. dia senyum senget, gerenti lepas ni bercakap.

"dia ok semalam, nampak macam dah sihat dari demam"

nice try, Rayyan diam lagi.

"haih, Ray! kau ni... dah dua tahun tau aku jadi bodyguard dia untuk kau! aku tahu kau suka budak tu sebenarnya kan?kan?!"

melihat Rayyan yang berlagak tenang seperti tiada apa-apa membuatkan Farhan makin panas hati.

"ok, macam ni lah. Ray, daripada perhatikan dia macam ni kan, apa kata kau masuk meminang je"

dahi Rayyan sudah berlipat.

ok, sikit lagi Han,teruskan teruskan.

"tak pun macam ni, kalau kau tak nak takpe. bagi aku. budak Areena tu pun elok je aku tengok"

wah mati la kau,Farhan. dah nampak macam ada api yang bakal meletup.

"sebelum garpu ni terpacak dekat kepala kau, baik berhenti mengarut"

nice shot! good job Farhan!

"dah kau lama-lama sangat. aku ingat nak masuk jela" dia menjongket bahu sekali.

"aku tahu lah apa aku nak buat" Rayyan mengambung menyuap makanan ke dalam mulutnya.

᪥᪥᪥

loceng berbunyi,Areena mengangkat kepala memandang ke arah pintu masuk.

dia senyum ke arah seorang lelaki yang merupakan pelanggan tetap Far's Cafe.

lelaki itu membalas senyuman Areena.

"Macam biasa," pesan lelaki itu setelah sampai di kaunter.

"dan macam biasa. ni nombor encik, nanti saya panggil"

lelaki itu berlalu duduk di salah satu meja.

"akak rasa macam selalu tengok je dia tu kat sini"

Kak Fara entah dari mana muncul secara tiba-tiba.

"betul lah tu, boleh kata hari hari jugak dia datang sini, selalunya dia datang pagi tapi hari ni lewat sikit, baru ada masa kut.haih, risau juga Reen tengok dia minum coffee kerap-kerap sangat. dah la sekali beli terus dua" Areena menggeleng gelengkan kepalanya.

"untuk kawan dia juga kot" Kak Fara mengagak.

"mungkin juga, kan?" Areena ketawa kecil. tak kelakar pun, tapi biarlah.

"Kak Reen..."

Sarah muncul dari belakang dan menyerahkan satu dulang yang terdapat dua cawan kertas di atasnya.

Areena mengambil sehelai kertas yang terdapat pada dulang tersebut dan merujuk pesanan itu pada komputer di hadapannya. dia memandang ke arah Kak Fara.

"dia punya" Areena tersenyum kecil. haihh jangan macam-macam Humaira Areena.

" tiga puluh, tiga puluh"

lelaki yang diperhatikan oleh dia dan Kak Fara tadi bangun.

"here" lelaki itu meletakkan jumlah wang yang cukup dengan pesanan yang dipesannya tadi.

dah selalu beli, mestilah dia tahu harga coffee tu berapa.

"terima kasih" ucap Areena, matanya memandang kebawah,meja kaunternya.

begitulah dia dengan mana-mana orang sekali pun, tak kira sama ada lelaki, perempuan,tua,muda matanya tetap akan memandang ke arah lain ketika bercakap dalam jarak yang dekat. bukan tak sudi menatap mata orang, tapi dia takut.

"no, 'datang lagi' hari ni, sweetie? awak dah bosan tengok muka saya ke?"

kata-kata lelaki itu membuatkan Areena dan Kak Fara memandang tepat ke arah wajahnya, jelas air muka Areena sudah berubah pucat. manakala, Kak Fara memandangnya dengan pandangan biasa.

"eh! tak! bukan! bukan macam tu, encik!"

ala... janganlah... dia taknak jadi penganggur sebab comment pelanggan.

melihat Areena gelabah, lelaki itu ketawa kecil.

" jangan gelabah lah! saya bergurau je"

seronok betul dia mengusik, takpe lah sekali sekala dapat tengok muka Areena macam tu.

Areena menghela nafas lega.

" got to go, see you later" lelaki itu meninggalkan Areena dan Kak Fara begitu sahaja.

Areena memincing matanya ke arah lelaki itu, dia mendengus geram.

gurau apa macam tu! kalau aku hilang kerja macam mana!

"akak..."

Kak Fara memecahkan ketawanya.

"HAHAHAH Reen! tak payah takutlah! akak tahu dia nak bergurau! lagi pun, takdenya akak nak pecat Reen sebab benda kecil macam ni"

sekali lagi, Areena menghela nafas lega.

Kak Fara menggelengkan kepala sebelum meninggalkan Areena berseorangan di kaunter.

Areena mendecit geram. tengok lah esok kalau kau datang!

❀❀❀

Thank you for reading ❤️

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Thank you for reading ❤️

and korang kalau ada peluang atau masa jemput lah baca Please Remember by @/niksaera

jumpa di next chapter. ily and good night bunnies!

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Onde histórias criam vida. Descubra agora