"Hi welcome to Ashness Cafe. May I take your order please? "Aku bertanya kepada pelanggan seterusnya.

     "Uish! Kuat betoi jodoh na? Sampai terjumpa kat sini? Bak kata orang mat saleh 'unexpected'. "

    Aku sedikit terkejut.

     Sofean mengukir senyuman. Di sebelahnya, Taufiq sedang melihat menu yang disediakan. Dan tidak lupa juga Ajwad dan... Muqris?!

     "Eih? Apa pasal kan? "tegur Taufiq setelah menyedari aku yang menjaga kaunter.

     Apa pasal kau panggil aku?!

     "Ashal. "Aku membetulkan nama aku. Complicated sangat ke nama aku sampai orang tersalah sebut?

     "Hmph! Sama la tu. Ashal. Apa pasal. Lebih kurang je, kan? "balas Taufiq.

     Aku mengukir senyuman. Sabar jela. Nasib kau ni customer je. Kalau tak, dah lama aku hempuk guna mesin buat kopi nanti.

    "Buat apa kat sini? "Sofean bertanya ramah.

     Ajwad pula hanya mendiamkan dirinya. Cuma mata helangnya memandang ke arah aku. Menegak bulu roma aku bila Ajwad melihat ke arah aku. Ni kalau dia buka mulut, aku lebih rela lari. Seram!

     Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Nak beramah tapi soalan tu nak jawab ke tak nak jawab.

    "Buat bodoh. Dah kita kat kafe sekarang ni. Dia ambil pesanan kita. Maksudnya, dia kerja dekat sini. "Taufiq menjawab bagi pihak aku.

     Sofean tersengih. Malu. Mungkin baru tersedar dengan soalan 'Bijak' itu.

    Mereka berempat bercakap sesama mereka. Tengah berfikir untuk memilih makanan mungkin. Tak lama selepas itu, mereka bertiga meninggalkan Muqris seorang diri.

   Muqris masih melihat menu. Mungkin dia tak tahu nak memesan apa.

    "Kalau awak coffee lovers, saya sarankan awak ambil Hazelnut Latte. Tapi kalau awak tak sukakan kacang boleh ambil Vanila Latte. "Aku mencadangkan menu yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan di sini.

    "Which one is your favorite? "Muqris bertanya.

   "All. "jawabku jujur.

    Sememangnya aku jenis rembat je mana -mana coffee. Kalau orang tak mana satu kesukaan aku, jawapan aku hanya coffee. Semua kafein aku minum termasuklah kopi halia.

     "1 Hazelnut Latte,1 Vanila Latte, 1 Honey Lemon and 1 Sunkist Apple. "Muqris memesan setelah sekian lama mendiamkan diri.

    Jari aku lincah menekan Ipad mengambil pesanannya. "For coffee, which one do you want? Hot, iced or frappe?"

    "Iced. "

    "Makanan? "

    "Mi Kari Sambal Kerang,4. "

    "Dessert? "

    Muqris menggeleng perlahan.

    Aku mula mengira total harga kesemua pesanannya tadi. " Kesemua sekali RM 61.60,"

    Muqris menghulurkan kad kreditnya. Selesai sahaja membuat pembayaran, aku memberikan kembali kad kreditnya bersama dengan wireless calling system.
   
    "Thank you. Enjoy your meal, Muqris. "Ketika itu barulah aku bertentang mata dengannya.

    Mata dia berwarna coklat cair. Damn! Orang pun boleh tercair sekali bila tengok warna mata dia.

    "Most welcome Fatima. "balasnya. Bibirnya mengukir senyuman manis.

Mr Vader (OG)Där berättelser lever. Upptäck nu