Nak cakap ke tak nak ni.. Nak cakap ke tak nak ni.. Argh, Safyna!

Posisinya diubah, badan melonjak sedikit ke hadapan. Cukup-cukup untuk kepala melihat pemandangan tempat duduk penumpang dan pemandu itu. Nampak Mr. Aizack khusyuk memberi perhatian terhadap pemanduannya.

"Err.. M-" tak sampai nak menyambung ayat. Dia rapatkan kedua bibir. Haih, tang ni pula kau boleh lag Safyna oi. Nak panggil abang ke encik ke sir ke mr?

Ah, tibai jelah.

"Err.. Mr. Aizack" panggil Safyna perlahan. Pemilik nama itu menoleh sedikit ke arah Safyna.

"Ye, kenapa?"

"Err.. Mr tau tak jalan ke rumah saya?" Dia perlu pastikan benda yang tak berapa nak pasti. Hati berbelah bahagi sama ada dia mahu orang lain tahu alamat dan jalan ke balung neraka itu atau tidak.

"Saya tak tahu.. tapi cik muda Hannah ada bagi alamat. Kalau cik muda Safyna nak tunjukkan jalan pun boleh juga" ujar Mr. Aizack. Safyna hanya angguk perlahan, mulut membentuk huruf 'O'.

Okay, rasanya boleh lah dia tepis benda tu. Sekarang ni ada satu benda yang lagi penting.

"Mr. Aizack tahu tak orang nama Ridzwan? Err.. sepupu Hannah" okay sekarang ni rasa nak balik semula ke tempat duduknya dan duduk diam-diam. Apalah nasib jadi introvert ni. Rasa macam tak tahu malu pula.

"Ridzwan Hafiy eh?" Angguk kepala.

"Oh saya tahu. Banyak kali dah saya hantar cik muda Hannah ke sana. Kenapa ye?"

Aduh.

"Er.. kalau boleh.. Mr. Aizack boleh tak bawa saya pergi rumah Ridzwan? Kalau bolehlah.. kalau boleh" Safyna ukir senyum nipis. Aduhai, Safyna kau janji ni last eh!

Terlihat pemandu kacak itu sedang berfikir sejenak.

"Saya.. boleh je hantarkan. Cuma saya kena tahulah asbab cik muda Safyna nak ke sana" gumamnya lagi.

Nafas dihela perlahan. Tak apalah.

"Arr.. saya ada benda nak discuss dengan Ridzwan. Pasal kerja sekolah, takut tak sempat nak cakap je.." sejurus itu terus dia ketap bibir. Suaranya sudah umpama dikawal oleh butang volume, makin lama makin perlahan.

"Ohh.. baik. Saya akan hantarkan" akhirnya jejaka itu setuju juga.

Safyna lantas berterima kasih sebelum tarik nafas lega. Dia kembali kepada tempat duduknya semula lalu lentok kepala pada tingkap kereta. Fuh..

---

Apabila kereta Range Rover Evoque itu tiba di halaman luar rumah Ridzwan, mereka disambut oleh seorang jejaka berpakaian segak. Safyna pastinya sudah kenal siapakah gerangan lelaki tersebut.

Mr. Aizack menurunkan cermin tingkap itu. Dia sua sedikit kepala ke luar. Mereka berdua ber-bro sapa.

"Hey, bro. Wassup, kenapa datang ni?" Sapa pengawal keselamatan itu dengan mesra.

"Cheer dude. Ni aku baru lepas hantar cik muda balik, kawan cik muda aku nak jumpa tuan muda kau. Ridzwan, cam biasa.." ujar Mr. Aizack. Bunyinya macam dia dah luak dengan nama Ridzwan, mesti sebab banyak kali jumpa.

Pengawal itu tunduk kepala melihat ke arah tempat duduk belakang. Nampak muka Safyna, terus dia senyum senget.

"Okay, pass. Kau boleh masuk" tangannya menepuk-nepuk bahu si kawan. Lelaki itu tegakkan semula badannya lalu Mr. Aizack terus menaikkan cermin tingkap kembali.

Pagar gerbang itu dibuka secara automatik. Kereta hitam Mr. Aizack bergerak seperti biasa, masuk ke dalam perkarangan rumah itu dan berhenti di bawah sebuah tempat yang beratap.

"Saya tunggu sini ye."

"Er.. okay. Terima kasih sir" ah bantai!

Safyna keluar daripada perut kereta. Pintu ditutup secara berhemah, dia menaiki beberapa anak tangga kecil itu. Kepala meninjau ke kiri dan kanan, buntu mahu buat apa sekarang ini. Mungkin kena tekan loceng kut? Ada ke? Ketuk mungkin?

"Assalamualaikum.." beri salam dulu.

Baru sahaja dia mahu pergi cek sama ada terdapat loceng atau tidak, tiba-tiba pintu kayu coklat itu dibuka dari dalam..

"Waalaikumussalam.. Oh, Safyna rupanya!" Sapa ibu kepada Ridzwan, Puan Sara. Manis saja wajahnya setiap kali mengukir senyuman. Pintu kayu itu dibuka dengan lebih lebar, memudahkan untuk si tetamu masuk.

"Masuklah. Buat macam rumah sendiri" pelawa Puan Sara. Safyna hanya menuntut, dia melangkah masuk ke dalam rumah besar itu sekali lagi.

"Nak jumpa Ridzwan, kan? Dia ada kat luar, nanti aunty panggil. Safyna duduk dulu ye. Biar aunty buat air jap" langsung Puan Sara berlalu ke dapur tetapi cepat-cepat Safyna menghalangnya.

"Eh, aunty! Tak perlu. Err.. Safyna datang ni sebab nak jumpa aunty.. bukan Ridzwan" kebenaran yang terungkap. Luah saja niatnya terus dia rasa mahu meresap ke dalam lantai marmar di bawah.

Bukan kaleng-kaleng hajat dia ke mari. Puan Sara yang baru sahaja angkat kaki terus terhenti. Badan berpusing ke belakang, menghadap Safyna bersama ekspresi pelik. Dia kelihatan terkedu sejenak. Memang patut pun!

"Oh? Nak jumpa.. aunty?" Angguk.

Puan Sara dengan lemah lembutnya menghampiri Safyna, dia dipinta untuk duduk. Makin kuat jemari kuku menguis kulit, dapat bau-bau plaster sedang menanti.

"Kenapa.. Safyna nak jumpa aunty pula?" Mereka labuh punggung ke atas sofa empuk tersebut. Dengan penuh beradabnya dia mengambil tempat, kedua belah peha bertemu sesama sendiri.

Safyna angguk kepala. Dia lantas seluk sesuatu di dalam kocek seluar, digenggamnya erat lalu dibawa keluar. Lipatan kertas tersebut diperbetulkan. Safyna hulur gambar foto itu kepada Puan Sara.

"Maaf kalau saya nampak biadab sepanjang apa yang saya dan aunty Sara cakap nanti."

"Saya just nak tanya.. aunty mesti kenal perempuan dalam gambar ni kan?" Puan Sara perlahan-lahan mengambil kertas yang bercetakkan gambar seorang perempuan berhijab.

Matanya menala pada imej tersebut, dahi juga berkerut. Di balik anak mata tersembunyi sesuatu benda. Mungkin imbasan sesebuah memori.

"Mana kamu dapat gambar ni?"

"Dekat rumah, dalam box. Perempuan dalam tu.. arwah ibu Safyna" seraya itu sepantas kilat Puan Sara dongak melihat Safyna.

Sebelah keningnya jongket ke atas, bagai tak percaya dengan apa yang baru sahaja didengari tadi.

"Apa? Arwah ibu?"

"Haah.." penuh berhemah Safyna mengiyakan.

"Safyna.. anak arwah Safiyyah?" Sekali lagi Puan Sara meminta kepastian dan sekali lagi dia angguk.

"Aunty kenal arwah ibu saya ke?" Soal Safyna.

Puan Sara perlahan-lahan menempatkan gambar tersebut pada pehanya. Buku lima menggenggam erat bagai tak mahu lepas. Dia berpaling menghadap Safyna.

"Aunty.. kenal arwah ibu kamu. Dia kawan baik aunty dulu."

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now