°∘∘48∘∘°

Start bij het begin
                                    

Tengku Rossa menggeleng kepala melihat Fredella. Tapi baginya ada betul juga Fredella basuh otak Khalaf. Dia sendiri pun tak sanggup bergaduh mulut bersama anak lelakinya seorang itu.

"Tok Ma nak masak apa ni?" Aisy duduk bersebelahan dengan Hajah Rossila

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"Tok Ma nak masak apa ni?" Aisy duduk bersebelahan dengan Hajah Rossila. Dari tadi dia melihat wanita ini sibuk di dapur entah mengerjakan apa.

"Tok nak buat kari ikan. Hampa suka kan—" Ralit Hajah Rossila menyediakan bahan-bahan masakan. Ikan merah yang dibeli oleh Rezza petang semalam disiang dengan penuh teliti.

"Aisy tolong Tok Ma lahh.."

"Toksah-toksah. Satgi Ros risau. Tok dah biasa buat sorang-sorang." Terlebih dahulu wanita itu menghalang Aisy dari membantu. Dia tidak mahu Aisy kedapur sepatutnya, kalau tak jadi macam ni lah. Sarat-sarat pun nak tolong juga.

"Hang bosan ka? Pi jenguk si Harizz dekat luaq. Paklong bukan ada dah tuh nak tengokkan dia."

"Paklong pergi mana Tok Ma?" Terangkat kening Aisy menyoal.

"Dia pi pekan sat bawa Maklong pi klinik."

Memang Rezza ada beritahu Aisy kelmarin yang isterinya tidak berapa sihat. Jadi mungkin Puteri tidak ikut sekali ayahnya ke pekan.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Akibat sudah buntu tidak tahu hendak buat apa, Harizz menyusun satu persatu selipar-selipar yang berselerak diluar rumah.

Semua selipar mahupun kasut diambilnya sebelum disusun di suatu sudut. Puteri yang baru saja melangkah keluar dari pintu rumah tercari-cari dimana kasutnya berada.

"Mana kau letak kasut aku budak?" Puteri mula menyoal apabila dia melihat Harizz dari tadi ralit menyusun.

"Ka-kasut kakak yang mana? Biar Rizz ambilkan—" Terangkat wajah Harizz menjawab soalan Puteri. Wajah tidak senang gadis itu direnung takut.

"Tak payah."

"Tepi-tepi." Puteri menyuruh Harizz ketepi agar lebih mudah dia hendak mencari dimana kasutnya berada.

Harizz hanya menyepi sambil memerhati Puteri.

"Kakak nak pergi mana? Rizz nak ikut jalan-jalan boleh?" Bersungguh-sungguh Harizz meminta izin sama ada dibenarkan ikut sekali atau tidak.

"Duduk rumah dah lah. Sibuk nak ikut buat apa."

"Betul lah kan, kau ni suka menyusahkan orang. Macam kakak kau tu ha—" Selamba Puteri membidas sambil mula menyarungkan kasutnya. Wajah Harizz dijeling tajam.

FARREL'S BOO©️Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu