Apa yang dikenakan ialah inspirasi dari seseorang. Cuma bezanya tambah kelabu sahaja. Selesai jari memberi sentuhan terakhir kepada cik awning, Safyna ukir senyum manis. Suka dia melihat penampilan diri yang sekarang.

Hujung lengan jaket diselak ke atas sedikit, jam tangan Daniel Wellington pemberian Hannah itu dipakai semula.

"Fyn, kau suka perfume tak?" Suara Hannah itu menyedarkannya kembali. Safyna toleh kepala ke bahagian kanannya.

"Suka, kenapa?"

"Nah. Bagi wangi sikit. Cubalah pakai yang mana-mana. Kau bau dulu, lepastu kalau padan haa sembur je" ujar Hannah seraya mengesyorkan Safyna sesuatu. Dua botol minyak wangi Lilith and Eve diseret ke arah Safyna.

"Aku paling gemar dua ni. Daisy dengan Dream Of Heaven, ada lagi satu tu nama Garden Of Eden, yang lain tak pernah cuba lagi" sambungnya lagi, tangan galak calit lip matte Wardah pada bibir. Mesti kena berhati-hati, kalau terbabas dari landasan mahu buat malu tujuh keturunan.

Safyna tidak berkata apa lagi, malah dia melanjutkan sesi pemilihan minyak wangi. Sembur sana sembur sini.

"Wangilah yang ni. Aku pakai, boleh?" Hannah angguk kepala bersetuju. Lantas jari telunjuk menekan kepala botol Dream Of Heaven itu. Disemburnya pada pergelangan tangan lalu salat sekitar badan.

"Yang ni lah kau selalu pakai tu?"

"Hm? Oh, tak. Ni untuk spare je. Aku selalu guna tu W.Dressroom. Yang tu aku tinggal kat rumah" balas Hannah. Safyna angguk kepala sambil tilik badan.

"Dahlah, jom."

Safyna memandang ke kiri dan kanan. Mereka kini berada di tasik yang dia pengsan semalam. Tak tahulah kenapa tapi jejak saja kaki kat sini, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Alah, perasaan je tu.

Hannah sekarang entah ke mana-mana budak tu. Dapatlah selfie sekeping dua dengan dia tadi. Toleh kepala balik, dia melihat kolam air pancut yang berdiri megah itu. Safyna perlahan-lahan menapak ke arahnya, dia tunduk kepala mahu melihat keadaan kolam berikut.

Bereh, tak ada duit syiling. Dia merenung ke dalam air jernih itu, bagai ada sesuatu yang menarik minatnya.

"Cantik" sibuk mata mengusya air kolam tersebut, tiba-tiba pantulan jernih itu melihatkan dia kepada sebuah figura di belakang. Persis seorang lelaki yang sedang mara ke arahnya sambil memegang sehelai tuala kecil pada telapak tangan.

Safyna yang kaget akan perbuatan tersebut terus pusing badan ke belakang lalu mengecilkan diri. Serentak kedua-dua belah tangan diangkat menghalang wajah. Takut jika terjadi sebarang perkara buruk ke atas dirinya.

Apabila terasa bagaikan tiada apa-apa yang berlaku, Safyna perlahan-lahan menurunkan tangannya. Apa yang dipersembahkan sekarang ini lagi menambahkan kejutan. Dia disapa dengan pemandangan dua orang lelaki sedang terlentang. Seorang berkepala helmet dan serba hitam, seorang lagi mengenakan t-shirt hitam lengan pendek. Haa yang kedua tulah yang nak culik dia tadi!

Tapi, siapakah lelaki berkepala helmet hitam tersebut? Seorang hero? Wah, ini bukan dalam drama! Baru saja dia mahu mara setapak, tiba-tiba si penyelamat itu bangun. Meluru ke arah si penculik tersebut lalu tangan mencekup rambutnya dengan kuat dan didongakkan sedikit ke atas.

Bibir dibawa ke telinga penculik itu lalu membisik sesuatu.

Safyna dari jauh hanya mampu melihat, nak dekat rasa macam bahaya aje. Dia mahu ucap terima kasih kepada si dia sebab telah menyelamatkan nyawanya. Mungkin perlu tunggu sampai urusan mereka selesai.

Dush! Sebelah kaki naik memijak belakang si penculik, tangan yang mencekup rambut itu masih tidak lekang. Telan liur Safyna melihat aksi tersebut. Eh bang, udah ler tu!

Nampak dia berinteraksi dengan lelaki t-shirt hitam itu sebelum dilepaskan pergi. Tergopoh-gapah lelaki itu buka langkah besar. Takut sangat gamaknya.

Bila rasa line clear, Safyna lantas buka langkah menapak ke si penyelamat nyawanya.

"Encik, encik!" Laung Safyna kuat. Namun semuanya punah apabila lelaki itu terus berlari tanpa pandang kiri kanan. Hayunan kaki Safyna makin laju mengikut jejak langkah si dia. Ketika itu jugalah..

"Fyn! Safyna!" Sapa satu suara familiar di gegendang telinga.

Dia toleh kepala ke belakang. Nampak Hannah sedang berjalan merapatinya.

"Kau nak pergi mana?"

"Ha? Er.. tadi ada orang selamatkan aku lepastu terus lari. Aku nak kejar dia, nak cakap terima kasih" jelas Safyna sambil menuding jari ke suatu arah.

"Hah? Orang selamatkan kau?" Ekspresi muka Hannah bagaikan tak percaya.

"Ye.. betul!"

"Erh.. whatever, ni hah! Kau tengok ni, pakcik aku masuk berita!" Sedikit tinggi oktaf suara Hannah ketika memaklumkan berita tersebut. Dia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Safyna.

Terbias sebuah artikel pada skrin telefon itu. Safyna pandang Hannah sebelum beralih perhatian. Terkedu, matanya terbuntang luas.

"Pakcik aku kena bunuh! Nazrin Faisal ni pakcik aku lah! Teruk gila weh sapa bunuh dia, sumpah kejam gila do!"

Telan liur.

"P-pakcik kau?" Jadi mak gagap sudah. Jari telunjuknya terketar-ketar sambil menuding ke arah skrin telefon milik Hannah.

"Haah. Nazim Faisal, pakcik aku! Kita orang panggil dia Paan!"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now