Aku mengambil Khaled di dalam dukungan Husna. Kaki aku tidak berhenti bergerak. Sekejap ke hadapan pagar. Selepas itu bergerak ke hadapan pintu pula.

Ketika Khaled mula merengek, aku menepuk perlahan belakang badannya. Rengekan Khaled beransur senyap. Ayesha ni pergi cari kunci ke pergi buat kunci? Lama betul.

Telinga aku dapat menangkap bunyi bising. Bunyi itu datang dari homestay angah yang satu lagi. Dari segi bunyi suara seperti lebih dari 2 orang. Mungkin penyewa homestay itu sudah balik. Tapi, kereta ada. Takkanlah jalan kaki kut?

" Sekarang kita tengah cuti, kan? Cuba bayangkan kalau kita kena panggil kerja." Penyewa itu berbual sesama mereka.

"Mulut hang jangan hebiaq sangat. Aku ku-tey mulut hang satgi. Orang nak rehat. Dia nak pi kerja. Kalau tibai ni apa pun tak dapat. "bebel kawannya.

Aik? Macam kenal je loghat ni.

"Eih? Jiran sebelah. Hai! "

Aku dan Husna berpaling ke arah homestay sebelah. Kebetulan apa ni?! Lelaki -lelaki inilah yang bermain di taman permainan macam budak kecil tadi. Sudah tentu Muqris juga turut ada.

Sempat aku bertentang mata dengannya sesaat. Anak mata laju dilarikan ke arah lain.

"Dah lama sewa? "tanya lelaki yang pekat loghatnya itu.

"Sewa satu malam je. Nanti dah nak keluar. "jawab Husna teragak agak.

Aku tak tahu sama ada aku yang perasan seorang diri ke apa tapi apa yang aku nampak Muqris sedang memandang ke arah aku. Langsung tidak melihat ke arah lain.

Aku pun apa lagi. Terus berpura pura melihat siling rumah. Tengok pagar tunggu bila Ayesha nak balik. Sumpah lambat betul minah ni balik.

"Ooo. Kami pun baru je sewa. Agak lama la jugak sewa homestay. "kawannya di sebelah cuba beramah mesra.

Husna mengangguk kecil. "Kerja ke bercuti? "

Eih apa pasal Husna ni tiba -tiba ramah tamah ni?

"Dua -dua. "

"Ouh!" Kaki aku tidak duduk diam. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini. Lambat betul Ayesha ni. Geram pulak aku.

"Tunggu siapa? "Dia bertanya ramah. Muqris mendiamkan dirinya.

"Kawan. "

"Ooo. Nama dia Hajarul Aswad. "

"Juries Ajwad. "Ajwad membetulkan namanya. Muka Ajwad nampak sedikit bengang kerana dari tadi kawannya memanggilnya Hajarul Aswad.

"Nama aku Taufiq. Danish Taufiq. "

Taufiq inilah yang dari tadi duk sakat nama Ajwad. Nampak gaya seperti kuat sakat orang.

"Nama cheq, Yan. Sofean Irsyad. Panggil Yan boleh. Ichad pon boleh. " Sofean tersenyum manis. Tangan kanan diletakkan di dadanya.

Mak aih! Sofean senyum cair mat. Muka dia pun nampak soft je. Mesti single ni. Kalau tak, takkanlah dia membebel macam mak nenek.

Kalau Sofean ada girlfriend, siapa yang nak membebel? Dia ke girlfriend dia? Tapi loghat dia...Fuh! Kalau membebel sampai subuh pun tak apa. Best dengar wei!

"Saya Husna. "Tiba -tiba sahaja mulut Husna ringan memberitahu namanya.

Lengan Husna disiku. Aku memberi pandangan 'Kau ni dah kenapa? '. Kenapa ringan sangat mulut tu nak beritahu nama dekat orang yang kita baru kenal Husna oiiii!

Husna memberi riak innocent kepada aku.

Sabar jela.

"Muqris. "

Lantas aku dan Husna berpaling ke arah mereka. Apa benda yang dia cakap tadi? Siapa yang cakap? Siapa tu? Maznah ke tu?

"Sheikh Fahad Muqris. Nice to meet you. " Muqris tersenyum manis. Atau secara betulnya, tersenyum ke arah aku.

Dan pipi aku terasa panas. Ya Allah! Manis gila senyuman dia. Macam gula. Mesti dia suka senyum dekat orang. Jangan tanya kenapa kalau tiba -tiba ada semut buat sarang dekat muka dia.

Jantung pun seperti tahu tentang situasi ini. Apa lagi terus berdegup seperti aku sedang maraton.

"And you? "tanya Taufiq.

Mereka berempat memandang ke arah aku. Anak mata aku sempat bertentang mata dengan Muqris. Dia juga menanti jawapan aku.

"F-Fatima Ashal. Panggil Ashal je. "jawabku sedikit tergagap.

Gila tak gagap. Semua tengok aku. Lagi -lagi Muqris. Dia tengok macamlah aku ni cantik sangat. Risau.

"Ashal. Cute name. Sorry but we have to go. Sorry too... Husna. "Sofean menolak badan Taufiq.

Taufiq mengangkat keningnya sebagai tanda 'Apa? '.

Sofean tersenyum kekok. "Hahaha cepat. "

Ditolak badan Taufiq dengan kuat sehingga terlanggar badan Ajwad. Yang kelakarnya, sekali dengan Ajwad tertolak masuk sampai ke dalam homestay.

"Fatima Ashal. Until we meet again, Fatima. "kata Muqris sebelum masuk ke dalam.

Fatima. Suka hati mak nenek dia je panggil aku Fatima. Cancel balik. Huh! Aku suruh panggil Ashal, dipanggil Fatima.

Tapi kan, aku ada terfikir sesuatu. Kenapa aku macam pernah dengar nama dia? Sheikh Fahad Muqris. Tapi kat mana? Dan bila?

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now