Di taman permainan itu ada 3 orang lelaki sedang bermain taman permainan. Patutlah Ayesha membebel pun. 3 orang lelaki itu seperti umur 25 lebih. Badan pun agak sasa dan tinggi. Tapi main taman permainan macam budak kecik. Siap bergaduh berebut nak main gelongsor.

Suara mereka bertiga riuh rendah sehinggakan aku, Husna dan Ayesha turut berpaling ke arah mereka.

"Tepilah Hajarul Aswad,"kata lelaki pertama.

"Nama aku Juries Ajwad lah! " marah lelaki kedua. Mungkin geram disebabkan kawannya memanggilnya dengan nama lain. Lelaki kedua itu menghalang lorong untuk masuk laluan gelongsor.

Manakala lelaki yang ketiga itu berada di belakang lelaki pertama sambil bercekak pinggang. "Yang hang ni pasaipa halang laluan orang ni? Kat taman permainan pun ada jammed ka? "

Aku, Ayesha dan Husna menggelengkan kepala perlahan.
Biarkanlah mereka bertiga dalam dunia mereka. Asalkan tak kacau orang.

"Muqris mai sat! Hang tengok kawan hang ni. Aku cemuih dari tadi duk gomoi. Tension aku. Hang ni pun Ajwad, hang ni kahaq sangat apa pasai? Aku luku hang satgi apa pun tak dapat. Hang ni Ajwad, tang celah mana mai Hajarul Aswad ni? "bebel lelaki ketiga panjang.

Pekat loghat Kedah dia. Aku faham sikit -sikit je. Yang dimaksudkan kahak tu kahak tekak ke apa?

Wait a minute...

Did he just said, Muqris?!

Muqris mana ni? Jangan cakap Muqris yang aku terjumpa semalam? Aku harap bukan Muqris yang tu.

Tiba -tiba ada seorang lelaki lalu di hadapan kami bertiga dan menuju ke arah taman permainan. Di tangannya dipegang sebuah buku.

Ketika dia memalingkan badannya, aku dapat melihat separuh wajahnya. Aku cam wajah ni. Entah kenapa wajah orang lain aku susah nak cam tapi wajah dia, aku senang nak cam.

Dan, apa yang aku fikirkan betul. Dia Muqris semalam!

Muqris melihat kawannya dari bawah. Dari gaya dia bersama kawannya, boleh tahan garang. Muka yang langsung tiada senyuman. Tersangatlah berbeza dengan Muqris yang semalam.

Walaupun aku tak dengar apa yang dia katakan, aku dapat mengagak Muqris sedang marahkan kawannya. Atau mungkin dia hanya menegur tetapi dalam ketegasan.

Aura dia lain dari yang lain. Seperti aura seorang ketua yang sedang memarahi anak buah.

Lamunan aku terhenti apabila Ayesha menepuk pahaku. "Jomlah balik. "

Husna sudah pun bergerak meninggalkan kami berdua. Aku blur. Lengan aku ditarik Ayesha untuk meninggalkan taman permainan.

Sampai sahaja di hadapan homestay, aku sedang membelek telefon sementara menunggu Ayesha membuka pintu. Hampir 10 minit aku menunggu, pintu masih tidak dibuka.

"Kau ni dah kenapa? "Aku bertanya kepada Ayesha. Dari tadi meraba poket seluarnya.

"Aku rasa... Rasa jela. Kunci homestay terjatuh kat mana -mana la. "Ayesha berkata perlahan.

"WHAT?! Jatuh kat mana? Macam mana nak masuk? Cuai la kau ni." bebel Husna. Tangannya mengibas muka Khaled. Cuaca sudah bertukar sedikit panas.

Ayesha menggaru kepalanya. "Aku nak pergi check dekat buai tadi. Aku rasa mungkin kunci tu terjatuh masa aku ambil handphone dalam poket seluar. "

Tangan aku juga turut mengibas Khaled. Kesian dia mesti panas. "Pergi la. Hati -hati. "

Ayesha mengangguk kecil sebelum beredar.

Mr Vader (OG)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα