Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.

Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti.
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat di hati

Pokok pinang berbuah lebat,
Sedap dimakan buah berangan.
Kami kemari membawa hajat,
Susulan merisik, mengikat pertunangan.

Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata.

Syafiq Adam nama teruna,
Nur Kalida nama si dara.
Mata memandang hati terpesona,
Ingin bersama melayari bahtera.

"Sesunggunya jodoh pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan antara kita akan kekal dan utuh selamanya. Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. Semoga jodoh antara mereka kekal selamanya"

Kedua-dua tangan Kalida digenggam erat oleh Sofea. Gadis kecil itu cuba untuk menenangkan mummynya yang kelihtan agak berdebar dan resah. "Don't worry, mummy. Sofea teman mummy." Sofea tersengih lebar.

Kalida hanya tersenyum nipis. Sempat dia menyingah satu ciuman di atas kepala Sofea. "Mummy nervous."

"Don't worry, mummy. I'm here. And always here." Sofea cakap dengan pelatnya. Dia memeluk Kalida seerat yang boleh.

Kalida cuba untuk menahan air matanya dari jatuh ke pipi. Anak buahnya sangat cute! Macam mummynya sebijik. "I love you."

"I love you too!"

Selang beberapa minit, Datin Zarina masuk ke dalam bilik dan memberi isyarat dengan mengangguk kepala. Untuk seketika, Kalida memikirkan sebelum dia membetul-betulkan bajunya. Sofea berdiri dan menghampiri Datin Zarina.

"Assalamualaikum." Puan Zaliha, ibu kepada Syafiq Adam masuk ke dalam bilik bersama dengan beberapa orang yang lain. Salah seorangnya ialah adik Syafiq Adam.

"Waalaikummusalam..." Kalida membalas dengan senyuman manis.

Puan Zaliha duduk di birai katil, bersebelahan dengan Kalida. Kalida menghulurkan jari-jemarinya. Puan Zaliha turut menghulurkan tangannya dan memegang jari-jemari Kalida.

Cincin bertahta permata disarung ke jari manis Kalida. Kalida pantas menyalami Puan Zaliha. Puan Zaliha mencium kedua-dua belah pipi Kalida. "Tahniah, bakal menantu ibu."

Kalida tersenyum panjang. "Terima kasih ibu." Air matanya sudah berlinang di kolam mata. Cuba ditahan sebaik mungkin dari jatuh ke pipi. Akhirnya, dia sudah menjadi tunangan orang. Atau lebih tepat, tunang Syafiq Adam.

Perfect.

Selesai saja majlis pertunangan, Kalida turun ke tingkat bawah. Keadaan di tingkat bawah agak sunyi dan kosong. Tiada orang. Kemudian, dia membawa diri ke dapur.

"Mak Senah, mana yang lain? Kenapa sunyi je?" Mak Senah yang sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk menoleh ke belakang.

"Mama dan Sofea pergi ke airport. Katanya nak teman kawan. Iskandar dengan Fasha, mak Senah tak pasti pula pergi ke mana."

Kalida hanya mengangguk faham. "Baru habis majlis tunang, tapi semua dah sibuk."

Mak Senah tersenyum nipis mendengar kata-kata itu. "Sekejap lagi diaorang balik latu. Ida jangan sedih-sedih. Kan baru jadi tunang orang," pujuk mak Senah yang seakan sudah faham dengan sikap Kalida yang mahu dipujuk.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now