"Itu yang patut kau terang pada kami Qarin. Bukan benda tak berguna yang menghabiskan masa aku." Sinis.

Qarin mengepal penumbuk. Seminggu dia ke hulur ke hilir menyoal jawab dan mendapatkan jawapan. Ini yang dia dapat?

"Lagi ada sesiapa nak beri keterangan?" Farhad cuba kembalikan keadaan yang tampak keruh.

"Saya." Zeera mula berdiri.

"Red dalam perjalanan ke Malaysia untuk ikut serta kita dalam misi ini."

Wajah Qarin berubah seratus peratus.

"Good. Itu yang aku nak dengar."

"Lagi ada?"

Semua hanya diam. Qarin pula sudah menyumpah seranah dengan berita yang dia terima sebentar tadi. Hebat mana Red? Tahap apa kehebatan wanita itu sehingga General Hasan memujinya?

"Kalau macam itu perjumpaan bersurai. Buat persiapan. Kita jumpa pada hari Isnin sebelum bergerak ke Yaman."

"Roger Leftenan!" Beberapa orang mula berdiri menabik hormat sebelum keluar dari bilik mesyuarat.

Kini hanya tinggal mereka sahaja termasuk Sarjan Hassan yang sedang menatap Qarin tajam.

"Qarin." Panggil General Hasan.

"Ya Sarjan?" Terus Qarin berdiri tegak.

"Jangan kecewakan aku dengan maklumat tak berguna." Sejurus itu General Hasan berdiri dan terus berlalu pergi.

Nafas Qarin tarik dalam sebelum hembus. Wajah diraup kasar. Semua dia buat semua salah.

"Papa mungkin tak maksudkan macm tu kak..." Pujukan Darin sedikit pun tidak meredakan kemarahannya.

"Orang tua tu dari dulu memang selalu nampak salah aku Darin. Malang apa nasib aku dapat satu tempat kerja dengan bapa sendiri."

Mendengar itu Darin hanya diam todak membalas. Dibiarkan sahaja kakaknya melayan amarah. Sempat isyarat mata diberi kepada Salman.

"Darin keluar dulu."

Melihat Qarin yang masih meraup muka membuatkan Salman turut mengeluh. Bapa mertuanya memang begitu. Dia berkahwin dengan Qarin pun atas lamaran General Hasan.

"Balik nak? Abang tak suka tengok Qarin stress macam ni."

"Kalau tak suka, balik dulu."

Salman berdecit geram. "Qarin pilih balik guna kaki sendiri atau abang dukung sampai kereta?"

Terdengar rengusan marah Qarin sebelum berdiri sambil mengemas kertas-kertas juga laptop. Semuanya disumbat ke dalam beg dan dizip pantas.

"Bagusnya isteri abang."

"Diam."

***

AYDEN meregangkan badan sebaik sahaja turun dari helicopter peribadinya. Marwah disebelah santai memandang telefon sebelum membuat panggilan.

"Assalamualaikum hello? Akak! Marwah dah sampai ni. Apa? Oh akak dah tunggu kat dalam? Alright alright jap tau."

Punat merah ditekan. Wajah Ayden yang sedang meregangkan badan dilihat. Gaya macam tak biasa fly pula suami dia ni. Over aje lebih.

"Sayang, malam ni boleh urut ke?" Pinta Ayden. Sengaja dahi dikerut tanda badannya benar-benar sakit. Walhal lenguh biasa sahaja.

"Jangan nak mengarut Wais. Cepat, Zara dah tunggu."

Ayden mencebik. Tak berjaya pula. Melihat Marwah sudah melangkah masuk, dia turut mengejar langkah isterinya. Tak sabar sangat tu nak jalankan misi. Ayden meraba poket seluar. Mask bewarna putih dikeluar lalu dipakai. Tak semua tahu dia masih hidup jadi untuk langkah berjaga-jaga tak salah kan dia memakai mask.

Masuk sahaja ke dalam bangunan KLIA, mata melilau memandang gerangan yang Marwah katakan.

"Ayden! Woi bodoh!" Tiba-tiba kepalanya diketuk kuat dari belakang.

"Aku jerit jerit macam orang bodoh, kau boleh buat pekak kan? Oh mentang kau pakai mask, berlagak macam artis pula." Suara itu. Suara yang selalu dia dengar di corong telefon setiap minggu.

"Had!" Jerit Ayden kuat lalu menarik Farhad ke dalam pelukan.

"Cium sikit." Pipi Farhad dikucup berkali-kali. Padahal berlapik dengan mask.

"Hey hey! Kau sikit-sikit sudahlah!" Tup! Sekali lagi Farhad memukul kepala Ayden.

Terus berhenti perlakuan tidak senonoh Ayden sebelum menarik rambut Farhad kuat di tengah tengah KLIA.

"Ha! Kau ingat tak sakit ke pukul kepala?"

"Woi! Lepas! Lepaslah bodoh!"

Sekeliling mereka sudah dikelilingi orang awam yang menyaksikan aksi pergelutan mereka.

"Astagfirullah! Ayden!"

"Husband!"

Terus keduanya berhenti. Ayden berdehem membetulkan mask yang sudah senget benget manakala Farhad merapikan rambut semula. Spek mata hitam dipakai bagi menutup malu.

"Maaf semua. Tak ada apa pun." Ayden mengangkat tangan sebelum berlari anak ke arah Marwah dan terus pinggang Marwah dipeluk dan berjalan laju meninggalkan Farhad dan Zara di belakang.

Malu.

***

TBC | 24 OCT

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now