°∘∘44∘∘°

Magsimula sa umpisa
                                    

"Denn sobald Sie diese Dinge tun, legen Sie sich mit der falschen Person an. (Cause once you do that things, you're messing with the wrong person) Sempat amaran itu diberikan sebelum dia mengatur langkah menjauhi ruangan tersebut.

Rykarl membisu sehinggalah bayang Khalaf hilang dari pandangannya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Aisy membuka kelopak matanya perlahan apabila terasa yang kepalanya semakin berdenyut kuat. Berkerut dahinya beberapa saat sebelum setiap sudut di ruangan itu diperhati.

Apabila Aisy sedar yang dia berada di tempat asing selepas kali terakhirnya dia berada didalam kereta, pantas dia bangun menyandarkan tubuh.

Macam office orang pun ada sebab ada dua meja pekerja. Tetapi baginya dia belum pernah dibawa masuk kedalam bilik ini.

Pantas Aisy bangun menerpa ke arah sebuah meja yang tertera dengan nama anak buah Khalaf iaitu Warda.

Macam pernah didengar sebelum ini nama anak buah suaminya seorang itu namun mengapa didalam bilik ini tiada seorangpun melainkan dia yang nyenyak tidur di atas sofa? Semuanya terjawab apabila Aisy terbaca satu nota yang melekat pada berlakang fail hitam diatas meja tersebut.

'Cik Aisy jangan keluar ya selagi saya belum masuk, saya ke tandas sekejap.'

Nota itu dibaca tapi bagaikan bertebangan dek angin peringatan itu. Aisy kembali mengatur langkahnya sebelum tombol pintu dipulas.

Sedang leka Aisy berjalan didalam bangunan yang luas dan mewah itu, akibat kepalanya yang sedang berdenyut buatkan dia lupa hendak berpatah balik.

Sehinggalah perjalan Aisy berhenti dihadapan sebuah bilik yang kali terakhir Khalaf melawat tadi. Ya, jelas dimatanya melihat orang-orang didalam sana tanpa henti melempar pisau sesama sendiri.

Membesar mata Aisy apabila salah seorang dari mereka melempar pisau dan hampir beberapa inci sahaja boleh tertusuk dikepala yang lain.

Automatik bulu roma Aisy naik melihat adegan dihadapan matanya itu. Dia menekan sedikit tepi kepalanya bagi mengurangkan denyutan tanpa henti itu.

"Erghh.." Aisy cuba berjalan keluar dari ruangan tersebut namun terlebih dahulu tubuhnya tersandar pada dinding.

Tidak sampai beberapa saat Aisy terduduk ke atas lantai. Pandangan yang sedikit kabur itu buatkan dahinya berkerut.

"Aisy!"

"Haih kenapa kau dekat sini sayang?" Mujur Khalaf turut lalu di kawasan tersebut. Nada suara kuatnya terdengar sehingga dalam bilik gelap tadi.

"Farrel.. Saya tak na-nampak ni—" Aisy mengeluh panjang seperti nafasnya terasa sesak sedikit.

" I'm here honey." Terus Khalaf mengangkat tubuh Aisy sebelum dicempung menjauhi bilik tersebut. Cemas riak wajah Khalaf melihat bibir isterinya memucat.

Bergegas Khalaf membawa kereta menuju pulang ke rumah agamnya

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Bergegas Khalaf membawa kereta menuju pulang ke rumah agamnya. Tidak lepas dia menggenggam tangan Aisy sewaktu memandu.

Diletakkan dengan penuh berhati-hati tubuh isterinya itu ke atas katil. Selendang yang tersarung pada kepala Aisy telah ditanggalkan lalu dia meletakannya ke atas sofa. Bilik mandi dituju bagi mengambil sesuatu.

Satu bekas kecil berisikan air suam dibawa ke arah katil. Sempat Khalaf mencapai sehelai tuala kecil. Lelaki itu merendamkan beberapa saat tuala tersebut kedalam bekas air itu.

Usai itu Khalaf menuam tuala yang sudah dibasahi dengan air suam itu pada dahi Aisy. Diulangnya beberapa kali merendam tuala tersebut. Bahagian leher isterinya turut dituam.

Melihat tubuh Aisy bergerak kegelisahan buatkan Khalaf sedikit risau jika kepeningan itu berterusan.

"Farrel letak air apa ni.. "

"Aku tuam sikit dengan air suam. Hilang sikit berdenyut tu." Setelah itu Khalaf mula naik ke atas katil berbaring disebelah Aisy.

"Kau dah memang pening, yang pergi melulu jalan sorang-sorang tadi kenapa.."

"Don't do this again please." Khalaf merapatkan jaraknya bersama Aisy. Lelaki itu mengiring menghadap isterinya.

"Aisy cari Farrel tt-tapii taktahu arah mana—" Aisy memandang Khalaf walaupun matanya semakin layu hendak tutup.

"Aku tak marah. Shhh.." Khalaf menyentuh lembut dahi Aisy bagi melelapkannya.

"Kau penat sangat ni. Sleep sayang." Ubun-ubun rambut Aisy dikucup beberapa kali. Minyak angin yang sedia ada di atas bedside table itu diambil.

Khalaf menyapukan sedikit beberapa titisan ditepi kepala Aisy bagi menambah keselesaan.

FARREL'S BOO©️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon