°∘∘44∘∘°

Start from the beginning
                                    

Sempat Khalaf perhatikan keadaan sekelilingnya sebelum dia kembali memandang Aisy. Dia membawa Aisy ke markasnya atas hal tertentu yang terpaksa diselesaikan harini.

Dengan perlahan tubuh Aisy diangkat, sebelum dibawa keluar dari perut kereta tersebut. Usai itu, Khalaf menutup pintu kereta dengan menggunakan kakinya sahaja.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Warda, kau tak pergi RSE harini? Della mana?" Khalaf menyapa.

"Eh Tuan Muda Khalaf—"

"Cik Dell tak masuk RSE harini. Dia ada shooting practice sampai petang. Tu yang saya masuk markas." Pantas Warda bangun sebelum dia membantu Khalaf melebarkan bukaan pintu.

"Tuan Muda bawa Cik Aisy kedalam bilik kerja saya dengan Zerina ada apa tu?" Warda hanya merenung saja setiap pergerakan Khalaf. Lelaki itu tampak berhati-hati meletakkan isterinya keatas sebuah sofa baldu.

"Aku ada kerja kejap. Dia pening kepala."

"Kau tak bagi aku tumpangkan isteri aku ke?" Khalaf kembali menegakkan tubuhnya berpaling menghadap Warda.

"Eh-ehh.. takdalah. Boleh je." Warda tersengih takut tersalah jawab.

"Kau takda kerja kan? Tengokkan dia. Kalau dia cari aku, suruh je dia tunggu dan jangan pergi mana-mana."

"Clear?" Tegas nada suara Khalaf.

"Oo-okey Tuan Muda." Laju Warda mengangguk kepalanya. Niatnya hendak bergosip dengan Zerina telah terbantut. Kebetulan rakannya seorang itu sekarang sedang sibuk, jadi kewujudannya di markas hanya untuk buat-buat busy.

Sempat Khalaf mengusap perlahan kepala Aisy yang berlapikkan tudung itu sebelum dia beredar keluar dari bilik tersebut.

"Tunggu aku, boo." Itu perkataan terakhir yang didengar oleh Warda sebelum Tuan Mudanya itu melangkah keluar. Takpalah, sedar je diri sendiri single.

"Aku bukan simpan Emir untuk kerja bodoh Rykarl."

"I know you well, Khalaf. Aku tahu kau hanya bencikan Robert, dan bukan anak dia."

Khalaf dan Rykarl hanya merenung dari luar cermin transparent. Dan didalam bilik gelap itu ada beberapa anak buah Khalaf yang sedang menjalankan latihan lempar pisau bersama Emir.

"Jangan sesekali bagi dia tahu tentang The Russian R'."

"Its up to you. Sama ada kau nak serahkan Emir dekat aku, atau kau nak tebus dia semula." Khalaf meraup rambut keberlakang sebelum dia memandang Rykarl yang berdiri disebelah. Lelaki itu tampak fokus memerhatikan Emir dari luar bilik gelap tersebut.

"Nah. Aku join The Locos. Just bring this boy with your units."

"I'll prove it yang aku betul-betul nak bekerjasama dengan kau. Also Evren." Rykarl turut membalas renungan Khalaf.

"Terpulang dan jangan menyesal berada di tempat aku. Jangan buat kerja busuk berlakang aku atau Fredella." Khalaf mengetap rahangnya sebelum dia kembali berpaling menghadap cermin.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now