"How dare you pergi macam itu je? Kau tak hargai eh penat lelah kita orang ni? Ergh, I hate ungrateful people!" Bangkang Farhana lalu sudu kecil itu disumbat keras ke dalam mulut Safyna. Kedua orang kawannya pula menahan kepala dan tangan Safyna daripada cuba melawan. Dia terkapai-kapai dalam tindakan gadis-gadis.

"Lain kali belajar cara bersyukur, budak!" - Syasya
"Damn it! I think we should bring our phone and take a video every time we're together! Hahaha!" - Puteri

Safyna cuba melawan. Berulang kali dia disumbat dan terpaksa menelan setiap isi yang masuk ke dalam mulut. Kakinya menghentak-hentak permukaan lantai, dia terasa lemas dengan perbuatan keji itu.

Seronok gelak sakan mengelilingi gegendang telinga, tepat pada waktunya seseorang menepis kasar Farhana dari belakang dan gadis itu jatuh terjelepok ke atas lantai. Syasya dan Puteri pula tergamam apabila melihat Si Dia datang jenguk mereka, lantas tangan turun ke sisi. Ridzwan.

"Apa kau orang buat ni hah?! Bosan sangat hidup sampai tak ada kerja nak buli anak orang?!" Jerkah Ridzwan kuat, pandang ketiga-tiga manusia bertanduk syaitan itu dengan tajam.

"Ridzwan..?" Terbuntang mata Farhana setelah mata dihadiri dengan kedatangan lelaki itu. Naik pangkat lagi, crush.

Jejaka itu geleng kepala, dia mara ke Safyna dan bongkok sedikit badan, tuala kecil di dalam kocek seluar menjadi mangsa pembersih mulut Safyna. Terbeliak gadis itu bersama mata-mata saksi. Tuala kecil itu diletakkan ke atas meja Safyna dan badan kembali ditegakkan.

Ridzwan berpaling menghadap gadis bertiga itu dengan renungan tajam, buku lima dikepal. Menampakkan urat-urat yang timbul di tangan. Sedia mahu gunakan kuasa veto sebagai seorang pengawas sekolah. Kain lengan yang mahu jatuh disentengkan ke atas semula sebelum kotak suara mula berbunyi.

"Kau perempuan memang suka buat masalah eh? Berkali-kali tau jenayah sama je kau orang buat. Nak kena gantung ke buang sekolah ke, tetap juga tak jadi jadi. Aku tahu mak bapak kau semuanya poket tebal tapi meh sini aku ingatkan balik. SMK SF tak perlukan penjenayah yang boleh naik taraf sebagai banduan!" Bergema kuat suara garau Ridzwan di seluruh kelas 3rk1 itu.

"Patutnya, muka-muka ni yang jadi mangsa bohsia pedo tu. Bukan Safyna. Sedar diri umur tu berapa tahun" sedas jelingan tajamnya menusuk mata-mata tiga orang gadis itu.

Ridzwan kembali menapak ke Safyna dan bertanya khabar. Jelas kerisauan di mukanya. Farhana yang menjadi saksi Encik Crush bermesra dengan perempuan lain naik geram. Dia ketap bibir, panas jiwa dan raga melihat Ridzwan dan Safyna. Tak boleh jadi ni! Farhana lekas bangun.

"Aku bagi kau orang amaran. Jangan sentuh atau buat apa-apa benda buruk dekat Safyna lagi lepas ni. Ingat, lebih baik kau orang ikut cakap aku sebelum aku hilang hormat dekat perempuan macam kau. Terutamanya kau, Farhana Safa. Nak pengetua bagi hukuman yang setimpal macam Hariz, Rayyan dan Fawaz?" Ridzwan beri kata-kata amaran. Sebulat suara dia maksudkan. Membuatkan langkah Farhana terpaku.

Tepat pada masanya, Hannah tiba di tempat kejadian. Mata disapa dengan pelbagai karenah, persetankan semuanya dia terus mara ke tempat Safyna dan Ridzwan.

"Fyn, Wan, apahal ni?" Berdesup soalan diajukan, sempat tangan menolak bahu Ridzwan ke tepi.

"Aku malas nak cakap. Kau pergi lah tanya budak-budak tu" acuh tak acuh Ridzwan menjawab. Dia geleng kepala, penutup bekas Bibimbap ditutup.

"Hoi setan, apa kau buat kat kawan aku?" Percuma nama samaran dia beri. Rasa bodoh pula pergi tanya soalan pada orang yang sememangnya tak akan beri jawapan munasabah.

Ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu hanya geleng kepala, buat-buat tak bersalah. Gatal mata nak terjeling-jeling anak orang. Berasap mata telinga Hannah melihatnya, ada aku cungkil biji mata karang!

Dia toleh kepala untuk melihat keadaan Safyna kembali, terus bekas hijau pada tangan Ridzwan dirampas kasar.

"Eh sundal!" Bahu kiri Farhana ditarik menghadapnya dan sejurus itu laju tangan membuat hentaman kuat pada kepalanya. Berbunyi bekas itu apabila berlaga dengan permukaan keras simen. Jeritan kecil daripada mata-mata saksi kedengaran nyaring di segenap kelas.

Syasya segera naik kepala melihat Hannah dengan wajah pucat. Terserlah ketakutan dalam diri. Kakinya pula teragak-agak menapak ke belakang, takut dengan sisi bisa Hannah. Maklumlah member pernah ada pengalaman kena tampar dulu.

"Kau jangan nak pergi mana-mana perempuan!" Terus Hannah cekup kuat pergelangan tangan Syasya lalu jarak mereka dirapatkan. Dengan ketinggian mereka yang berbeza, tepat pada mukanya Hannah berkata.

"Kau ni biul ke terencat akal? Still tak puas lagi nak buli anak orang? Lepas ni, kalau aku dapat tahu lagi kau dengan geng-geng keparat kau sentuh kawan aku memang nahas hidup kau aku buat!" Serentak itu lengan Syasya dipusing kilas. Menjerit budak pendek itu akibat kesakitan. Hannah kemudian hanya menolak gadis dia sehingga jatuh ke atas lantai.

Perhatian kini beralih pada Puteri Amira, minah acah cantik perangai gedik nak mati. Nampak kaki kawan itu sudah ketar ketir, Hannah malas mahu bazir tenaga lagi. Dia membiarkan sahaja minah itu berdiri tercangak di situ. Takut-takut mahu menolong Farhana.

"W..weh.. beb, j-" belum sempat mahu habiskan ayat tiba-tiba jeritan kecil yang disambungnya. Manakan tidak apabila dia disepuk oleh tapak tangan Hannah dari belakang.

"Ridzwan, kau pergi settlekan budak-budak ni. Kau tak payah nak acah gentle dengan bestie aku, ikhtil

———

Pada waktu terakhir mata pelajaran, para pelajar kelas tersebut diminta turun ke dewan untuk aktiviti jasmani. Jangan dibuat gila bersukan tengah-tengah matahari tercangak naik. Strok haba budak-budak tu nanti.

"Safyna, Hannah, awak berdua pergi ambil barang yang saya dah siap-siap letak kat satu tempat. Ada kat bilik stor tu, pi amik sat" pinta Cikgu Ezzat selaku guru bagi bahagian jasmani.

Mereka berdua hanya akur. Laju saja melaksanakan arahan dari si guru. Bukan perempuan kalau mulut tak rancak bersembang, dalam perjalanan menuju ke bilik stor ada saja topik perbualan di antara mereka.

"Fyn, hari cuti penggal ni mak aku ada nak lawat satu sekolah ni. Prince Hamberdhgton Private School. Kau nak ikut tak? Bukan senang nak jejak langkah kat sekolah anak-anak Megah Holding" ujar Hannah.

"Entahlah, Hannah. Aku tak tahu lagi macam mana. Ada benda lagi aku nak kena settlekan cuti nanti."

Hannah angguk sahaja kepala. Baru saja mahu buka mulut tiba-tiba perut terasa dicucuk-cucuk. Aduh, musibat!

"Erk- Fyn! Aku nak pergi tandas, jap! Sakit perut nak berak!" Jujur dia berkata-kata.

"Ya Allah, Hannah. Hah tak apalah, pergi cepat. Nanti berterabur kat sini jadinya. Aku pergi ambil barang kat stor, tau" nak tergelak Safyna di sela-sela ayatnya. Hannah bersetuju lalu terus kaki mencari jamban.

Safyna geleng kepala, haih Hannah.. Hannah.. Beberapa detik kemudian daun pintu stor dibuka. Baru selak sedikit laju sahaja satu bau aneh menerpa masuk ke dalam hidung. Safyna tayang muka tengik. Pelik betul bau ni. Bercampur.

Dia perlahan-lahan menapak masuk, mencari barangan yang dimaksudkan oleh Cikgu Ezzat tadi. Cari punya cari akhirnya jumpa juga.

"Hah! Jumpa pun kamu!" Badan turun lalu dia duduk mencangkung. Tangan mahu angkat alatan tersebut meskipun dia tahu bahawa kerja itu tidak cukup tangan.

Rasa sesuatu aneh, Safyna terpaku seketika. Bau itu semakin kuat menusuk dan entah kenapa anak mata gatal mahu melihat benda di hadapannya. Iris coklat gelapnya disapa dengan kaki seseorang yang sedang terbaring di balik sebuah rak besar. Nampak macam lapuk sangat dari segi kasut kulit dan seluar jean itu, siapa pula layan lena dalam bilik stor ni?

Dia bangun dan bergerak dari tempatnya. Apabila mata tepat bersabung dengan pemandangan di balik rak besar itu, terus Safyna tutup mulut guna kedua belah tangan. Terbuntang besar matanya. Seluruh badan menggigil. Refleks badan apabila melihat sekujur tubuh mayat seorang lelaki dalam keadaan yang sangat tragis. Tambahan pula dia amat mengenali mayat lelaki itu.

Cikgu Hayyan Eskandar.

Berlumuran darah dan dihurungi lalat.

Apa yang dah terjadi?

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now