°∘∘43∘∘°

Mulai dari awal
                                    

Pintu bilik dikuak perlahan oleh Khalaf. Sekilas saja dia memandang ke arah Aisy yang sedang duduk di atas katil.

Khalaf menapak ke arah sebuah sofa empuk yang berada di sudut bilik. Lelaki itu melabuhkan punggungnya serentak menghembuskan nafas berat.

Aisy yang melihat suaminya itu membisu sedikit hairan. Namun pandangannya tertumpu pada buku jari Khalaf yang berdarah. Baru lepas bergaduh ke?

Dia mengusap perutnya yang terasa sedikit senak itu. Time ni jugalah kan nak terasa senak. Aisy gagahkan juga bangun dari katil.

Apabila dia duduk bersebelahan Khalaf, terasa sedikit janggal pada ketika itu apabila raut wajah lelaki itu tampak beku semacam. Namun Aisy cuba memberanikan diri duduk bersebelahan suaminya.

"Boleh saya tengok tangan awak?—" Aisy memegang lembut lengan kiri Khalaf sebelum dia menariknya dan dibawa lebih dekat.

Lebih kekok rasanya apabila Khalaf tidak bersuara. Dia hanya merenung ke arah tangannya yang sedang diperhatikan oleh Aisy.

Aisy menarik laci almari kecil yang berada disebelah sofa. Sebotol ubat dan juga kapas dikeluarkan. Taktahu nak mulakan bercakap dengan apa bila mamat ni diam.

Selesai membersihkan darah, ubat tersebut disapu menggunakan kapas pada setiap lekuk buku jari Khalaf. Dengan penuh lembut Aisy mengubati luka itu sehingga selesai.

"Farrel taknak cerita apa-apa ke dekat Aisy? Aisy cuba memecahkan suasana yang sepi tadi. Wajah suaminya direnung lama dari tepi.

"Aku okey." Hanya itu yang dibalas.

"Err—"

"Ta-tadi tu siapa?"

"Tak penting untuk kau tahu." Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab oleh Khalaf.

Apabila keadaan sepi itu berterusan, senak diperutnya semakin terasa. Bila dah masuk 6 bulan ni, makin lasak la pula budak kecik yang dalam perut ni kan.

"Sssk.." Aisy mengusap perutnya perlahan. Dahinya berkerut beberapa saat.

"Come.." Melihat Aisy resah seperti itu, pantas Khalaf menarik pinggang Aisy lebih rapat dengannya.

Lengan kiri Khalaf melingkari kemas pada pinggang Aisy manakala tangan kanannya mula menyentuh babybump.

"Don't make mama hurt please little boo."

Tindakan Khalaf buatkan Aisy tersentak mengejut. Mood suaminya itu tampak jauh lebih beza dari tadi. Direnung lama tangan lelaki itu yang turut mengusap perutnya. Eh hilang pulak senak.

"Aku tak boleh tengok dia sakit. Aku tak boleh little boo." Tanpa sedar Khalaf seperti meluahkan perasaan yang dipendamnya. Pandangan lelaki itu langsung tidak beralih dari babybump.

"Farrel betul-betul okey ke ni? Tangan awak tak sa—"

"Tangan aku tak sakit, sayang." Khalaf membalas tenang.

"Aku tak tahu kenapa aku mudah benci diri aku sendiri."

"Ke-kenapa Farrel cakap macamtu?" Automatik Aisy menaikkan wajahnya memandang Khalaf.

Ternaik alis keningnya apabila Khalaf buat pernyataan itu. Tidak pernah dia mendengar suaminya berkata sebegitu pada diri sendiri. Khalaf Farrel yang dia kenal adalah seorang yang tegas dalam pendiriannya.

"How can I be strong like you? Alone without parents. Aku cuma hilang papa, tapi aku rasa gagal jaga keluarga sendiri. Tak semudah tu untuk aku terima kenyataan yang papa dah takda."

"And I don't want to lose anyone for second time. Especially losing you. Cukup sakit dah aku tengok kau disiksa depan mata, Aisy."

Mengambil masa beberapa minit, Aisy sedikit sayu mendengar luahan Khalaf. Tampak saja lelaki ini dingin, namun jauh didalam dirinya ada sifat penyayang dan bertanggungjawab pada keluarganya sendiri.

"Aisy redha dengan pemergian ibu dan ayah. Se-sebab semuanya hanya untuk dipinjam sementara."

"Macam mana Aisy terima Sumayyah pergi dari hidup Aisy, macam tu juga Farrel kena terima yang papa dah takda." Tangan Khalaf digenggam lembut. Aisy cuba mengukir senyuman nipis bagi menghilangkan rasa tekanan suaminya.

"The smile that makes me obsessed.."

Apa yang dibalas oleh Aisy buatkan Khalaf berasa kembali tenang. Hanya isterinya yang mampu menjadi penenang juga ubat bagi otaknya yang berserabut tadi.

"Aku sayang kau, Aisy. Be mine forever."  Khalaf meletakkan kepalanya diatas bahu Aisy. Namun wajahnya tertekup disebalik leher isterinya.

Tersentak Aisy apabila terasa lehernya dikucup beberapa kali oleh Khalaf. Pergerakannya terbatas kerana lelaki itu memeluknya walaupun dengan sebelah tangan.

"Geli la Farrel.." Aisy bergerak-gerak kegelian menahan kucupan yang dihadiahkan oleh Khalaf pada lehernya.

"Just stay, boo. Jangan buat aku gelikan kau sampai esok."

"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
FARREL'S BOO©️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang