Sementara Lea pula, belum sempat dia sampai ke tingkat dua, dia sudah bertembung dengan Diaz di tengah-tengah tangga.

Diaz yang baru sahaja hendak turun dengan wajah perengusnya langsung terkejut melihat wanita itu.

"D.. aunty ingat nak panggil D turun sarapan tadi." Kata Lea. Senyum serba salah.

"Tak perlu susah-susah. Saya tak suka bersarapan."

Mendatar nada Diaz membalas sebelum melangkah semula melintasi Lea.

"Sekurang-kurangnya kalau D taknak makan, D minumlah.. jangan biar perut kosong." Lea masih tidak berputus asa sambil mengikut langkah anak muda itu.

Dan tetap saja, cubaannya gagal apabila Diaz langsung tidak menunjukkan minat terhadap cadangannya.

"D jamahlah sikit, nanti kempunan pula." Lanjut Lea lagi apabila melihat Diaz sudah berura-ura mahu keluar dari rumah.

Terhenti langkah Diaz. Spontan tangan naik memegang perut yang tiba-tiba berkeroncong minta diisi. Lupa.. semalamam dia tak jamah sebutir nasi pun. Balik-balik terus masuk bilik.

"Makan ya, D?" Lea yang masih berdiri di belakang memujuk lagi.

Hendak tak hendak, Diaz memusing badan dan ruang makan dituju. Tersenyum Lea di tempatnya. Gembira kerana jejaka itu sudi untuk bersarapan.

Jejak saja langkah di ruang makan itu, benda pertama yang Diaz nampak adalah Delilah. Kebetulan, gadis itu turut menoleh kearahnya.

Apa lagi..

Masing-masing mula merenung tajam. Sakit hati semalam masih lagi tersisa!

"D, cepat sarapan." Tuan Amza menegur. "Lain kali turun awal sikit.. tak perlu tunggu kena panggil bagai. D bukannya anak raja."

"Seingat D, tak ada pula D minta kena panggil turun."

Cepat saja Diaz menyahut. Lagipula, sebelum ini dia dan babanya memang jarang sarapan bersama. Sudah menjadi kebiasannya turun ke kolej tanpa bersarapan.

"Pandai menjawab, eh!" Tuan Amza jegilkan mata. Sesaat selepas itu terasa lengannya ditampar halus oleh Lea.

"Apa cakap macam tu dekat D.. bukan susah pun panggilkan anak turun makan. Bukannya setiap hari. You ni pun, kenalah concern sikit kat anak."

Terkerdip-kerdip mata Diaz dan Delilah bila Lea membebel kepada Tuan Amza.

Laju lelaki itu berdehem sambil mengerling Lea dengan ekor mata. "You ni.. janganlah garang sangat. Depan anak-anak ni, malulah I kena tegur dengan you. I tak maksudkan macam tu pun." Ucapnya rendah. Turut dikerling sekilas dua orang anak muda yang sedang memandang mereka dengan ekspresi pelik. Bibir kedua-duanya terjuih.

Selesai bersarapan, Delilah bangun semula dan menyalami mamanya.

"Take care.." pesan Lea.

Malah Tuan Amza juga tidak ketinggalan memberi pesan. "Have a good day, D."

Diaz yang mendengar dah julingkan mata keatas. Menyampah.

Hilang saja kelibat Delilah, Tuan Amza langsung memandang anaknya.

"D, nanti D tengok-tengokkan jugak Delilah kat kolej tu."

"Why should I? Budak tu dah besar, pandailah dia jaga diri sendiri." Rengus Diaz geram lalu bangun dari duduknya.

Dah kenapa dia pula yang kena jaga budak Delilah tu? Tak hingin dia!

"D-"

"Am.."

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now