Laventarine - 71

Depuis le début
                                    

———

"Safyna.. kau pernah cakap yang kau suka nyanyi, kan?" Soal Fyaz tiba-tiba.

Dia yang sedang membuaikan badannya hanya mengiyakan kata-kata Fyaz. Tenggelam dalam dunia fiksi.

"Cuba nyanyi sikit, aku nak dengar.."

"Ada-ada jelah kau. Nanti balik pekak dua belah telinga" bangkang Safyna serta merta apabila mendengarkan kehendak Fyaz.

Jejaka itu diam seketika. Tak lekang matanya memandang gerak-geri Safyna di hadapan.

"Summertime.. and the livin's easy
Bradley's on the microphone with Ras MG" Secara tiba-tiba bibir Fyaz memainkan sebuah lagu yang cukup biasa di gegendang telinga. Tubuhnya tunduk sedikit ke bawah untuk memetik sekuntum bunga yang ditanam berdekatan.

"All the people in the dance will agree
That we're well-qualified to represent the L.B.C" perlahan-lahan kaki meneruskan langkah.

"Me, me and Louie, we gonna run to the party
And dance to the rhythm, it gets harder" dia berhenti beberapa inci di belakang Safyna. Kain pakaian gadis itu ditarik sedikit lalu Safyna pusing ke belakang dan menghadapnya. Tanpa buka mukadimah, terus Fyaz selit bunga itu di balik tudung Safyna.

Terbuntang mata dia dibuatnya, tiba-tiba saja.

"Looking great.."

———

Tangan Safyna membelek-belek bunga pemberian Fyaz, dia pun masih terkejut dengan kelakuan jejaka itu sebenarnya. Tiba-tiba saja, apabila ditanya mulut mamat tu sudah bisu pula. Mampu jongket bahu je.

Safyna dongak kepala melihat bulan kembali, dia berasa tenang setiap kali merenung ia.

"Fyaz, aku harap kau pun tengah tengok bulan ni sekarang.." - Safyna Nadda

Hari persekolahan berlangsung seperti biasa, sumpah berat betul badan ini mahu bangun. Nak tak nak, kena juga pergi. Safyna mengeluh berat.

Setibanya di sekolah, beg galas hitam diletakkan ke atas sebuah kerusi plastik. Safyna melabuhkan punggung di tempatnya lalu lentok kepala atas meja, cover guna tangan. Mengantuk sumpah. Tambah pula dengan sakit di bahagian kepala, belah kiri. Sudah hampir berbulan-bulan benda ini terjadi.

Dia betul-betul rasa tak ada tenaga mahupun motivasi hari ini. Entah kenapa moodnya bagaikan tak mahu akan kedamaian, asyik nak berperang sahaja. Sejujurnya, dia tidak dapat berhenti menangis dan fokus sesuatu sejak semalam.

Hati berasa amat gusar. Kepala asyik tak berhenti menjangka bahawa akan berlakunya sesuatu benda tidak elok. Dia tahan sebak di dada sejak mulanya live asmr. Tekan sahaja butang end, terus dihamburkan kesemuanya keluar. Selagi tak dapat teka, selagi itu dia menangis dan duduk merenung lantai.

Bangun pagi, kepala rasa sakit. Benda biasa sebenarnya. Ketika Safyna sedang menahan sesuatu dalam diri, datang pula dua orang lelaki menghampirinya.

"Tidur ke?"

"Tidur kut."

"Ohh.." salah seorang daripada mereka ukir senyuman sinis. Air kotak susu coklat yang sudah siap ditebuk itu diangkat tinggi-tinggi. Bersama tawa perlahan, dia menuangkan ia ke atas Safyna secara drastik.

Terbangun gadis itu apabila merasakan ada sesuatu membasahi tudungnya. Kepala lantas paling ke kiri dan ke kanan. Terpacak susuk tubuh Hariz Edan dan Rayyan Alif. Bibir masing-masing sakan bergelak ketawa.

Pendengaran dan penglihatan Safyna dihiasi dengan bunyi gelak tawa dan cemuhan oleh seisi kelas. Masuk menusuk ke dalam otak. Safyna pejam mata lalu geleng kepala. Tangan terus tekup erat kedua belah telinga. Ya Allah, sakitnya..

"Fuyooo! Idola sia!"
"Ikut cikgu balik rumah nak buat apa?"
"Buat anak! HAHAHAH!"
"Nanti buat dengan aku pulak! Aku bayar RM2 untuk 1 jam! HAHAHAH!"
"Huwooo.. lepastu aku pula!"
"Aku pun nak jugak kome ni... Kita gilir-gilir choii!!"
"Perempuan murah! Malukan maruah dengan keturunan sendiri!"
"Patutlah mak kau mati dulu, sebab dia tahu nanti dia kena tanggung malu masa budak ni besar karang!"

Pelbagai cemuhan, hinaan, sindiran dan cacian dilontarkan. Tangan dan kaki menggeletar, jantung berdegup dengan laju, dia mahu lawan! Tetapi semuanya terhalang, niat yang mahu tibai satu persatu orang di dalam kelas kian gelap tercapai.

"Diam.." pinta Safyna perlahan.

Buk! Kerusinya ditolak kasar, Safyna jatuh terjelepok ke atas lantai. Dia angkat muka lalu satu simbahan air tepat mengenai wajahnya. Dapat didengari arahan dari mulut seseorang mengatakan bahawa..

"Tuang air dalam beg dia do! Inilah contoh pelajar terpaling bagus di sekolah!"

"Nanti cikgu tanya mana buku? Kau jawablah yang air makan buku saya cikgu, HAHAHHA!" Ujar Hariz diiringi dengan gelak tawa.

"Ataupun cakap, mak saya ambil buku saya cikgu. Katanya ada exam dalam kubur, tu dia nak study prepare awal-awal! Mak borek, anak rintik! HAHAHAHAH!!" Tambah Rayyan pula.

Makin sakit Safyna apabila mereka libatkan tentang arwah ibunya. Mahu saja dia bangkit dan lawan sekarang tetapi tak tahu kenapa dia berasa amat lemah. Semua benda tampak seperti ombang-ambing dan berpusing.

Fawaz mengambil tempat di sisi Safyna, kepala gadis itu dicekup dan ditarik kuat. Dia baling sesuatu, tepat ke muka Safyna lalu jatuh ke atas lantai. Fawaz menekan kepala si mangsa.

Terserlah perkataan Durex.

"Lepas habis sekolah, jom ikut kita orang main. Sumpah padu punya, aku cas RM5 untuk 3-4 jam macamtu. HAHAHA. Bersilih ganti lubang cipap kau kena tebuk. Mesti sedap dan puas! Bangga mak kau dapat anak macam ni.." dia mengusap-usap kepala Safyna.

Buk! Lima buku yang setia digenggam dan ditahan sejak dari tadi akhirnya berkhidmat jua. Mendarat di kepala Fawaz, dan Safyna terus berdiri. Dia hayun kaki pula, ini dah melebih! Melampau!

Aksi Safyna mengundang bunyi wooo dari seisi kelas. Hariz dan Rayyan segera menghalang perbuatan Safyna. Kaki kanan Hariz naik menerajang belakang Safyna dengan kuat. Rayyan pula pergi capai beg Safyna yang berat menakung air dan buku, terus dihempaskan kepada gadis itu.

Aksi tersebut diteruskan dengan semangat batu api seisi kelas. Si Farhana dan Syasya bagai mahu menunjuk kehebatan mereka, pergi ke arah Safyna dan sumbat kasut ke dalam mulut gadis itu.

"WOI BOTAK!"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant