°∘∘41∘∘°

Start from the beginning
                                    

Pantas Khalaf melangkah mendekati katil. Aisy sudah terjaga dari tidur, namun pipi mulusnya dibasahi dengan air mata. Melihat bahu gadis itu terhincut-hincut buatkan Khalaf menghembus nafas beratnya. Terbawa mimpi semalam sampai sekarang ke apa?

Khalaf menyandarkan tubuh pada kepala katil sebelum dia menyelak selimut tebal yang menutupi bahu Aisy.

"You need a hug? Come—" Khalaf memberi isyarat agar Aisy bangun.

Perlahan Aisy bangun lalu meletakkan kepalanya diatas dada lelaki itu. Terasa hangat pelukan yang diberikan oleh Khalaf.

"Mimpi apa ni, hm?"

"Aku risau tahu tak kau nangis-nangis nii." Khalaf mengesat air mata isterinya. Rambut Aisy yang berserabai itu dikemaskan kembali.

"Aisy mimpi masa Farrel kena tembak selamatkan Aisy ha-haritu..." Tenang seketika apabila Khalaf menyoalnya lembut.

"Taknak Farrel pe-pergii.."

"Shhh—"

"Selagi kau ada dengan aku, aku takkan pergi sayang. I'm always here. Forever here with you." Mungkin kerana si cengeng ni pembawa budak, jadi macam-macamlah yang di-mimpinya. She's too soft.

"Don't cry too much. Aku taknak kau pening, harini ada baby checkup." Dahi Aisy dikucup lembut beberapa kali.

"Feel better now?" Hampir kembali terbuai lena mendengar nada suara serak basah suaminya. Aisy mengangguk perlahan.

"Kenapa sejuk je badan awakni—" Entah mengapa baringan kepalanya pada dada lelaki itu terasa sejuk.

"Baru lepas mandi. Tak perasan ke aku pakai tuala je ni?"

Dalam kadar satu saat Aisy kembali bangun menegakkan tubuhnya. Serta merta dia berpaling menghadap wajah selamba Khalaf.

"Pergi la pakai cepat. So-sorry kacau Farrel."

"Kau malu, sayang?" Bibir Khalaf mengukir senyuman senget.

"Bukan aku lagi hensem pakai macam ni ke?—" Sengaja Khalaf merapatkan jaraknya dengan Aisy yang tidak ubah seperti patung pada ketika itu.

Aisy menelan payah air liurnya apabila sedar yang dia hanya seinci dengan Khalaf.

"Ta-takk!" Satu bantal kecil dicapai lalu terus ditekup pada wajah suaminya itu.

Khalaf tergelak kecil melihat muka Aisy memerah. Senang je pujuk minah ni.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Eh Kak Aida, janganlah susah-susah hantarkan saya air. Saya boleh ambil sendiri—" Aisy menurunkan kakinya yang melunjur tadi ke atas lantai.

"Takdala tak susah pun. Bolehlah Cik Aisy minum, sambil tunggu Tuan Muda Khalaf meeting dengan Fareez kat atas tu.." Aida mengukir senyuman nipis. Diletaknya penuh berhati-hati segelas air jus strawberry itu ke atas meja.

"Lama lagi ke Farrel meeting, Kak Aida?"

"Tak pasti Cik Aisy. Kenapa? Ada nak Kak Aida tolong apa-apa ke?" Soal Aida perlahan. Dari tadi dia perhatikan Aisy menekan-nekan sendi tapak kakinya. Seperti sedang menahan sakit.

"Oh takpalah. Saya nak baring kejap. Nanti kalau Farrel cari, cakap saya tengah rehat dekat sini." Aisy tersenyum kelat. Selesai saja dari buat pemeriksaan bayi, mereka terus bergegas pulang disebabkan Khalaf ada hal yang penting hendak diselesaikan bersama Fareez.

"Boleh. Nanti Kak Aida sampaikan. Rehat ya Cik Aisy."

"Terima kasih." Aisy merenung ke arah Aida yang sudah berlalu meninggalkan ruang tamu itu.

Aisy kembali berbaring diatas sofa empuk tersebut. Badannya terasa letih dan terasa hendak lelap.

Dalam lebih kurang 20 minit selepas itu, barulah Khalaf selesai dari kerjanya. Fareez turut mengekori langkah Tuan Mudanya menuruni anak tangga.

Nasib baik matanya tajam menyedari yang Aisy sedang lena tidak bertudung itu. Sebelah tangannya naik menghentikan pergerakan Fareez.

"Ikut pintu lain Reez. Isteri aku tengah tidur."

Pandangan Fareez dihalang oleh Khalaf sebaik sahaja lelaki itu berdiri berhadapan menghadapnya.

"Okey." Fareez yang sudah faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Khalaf terus menjauhi ruangan itu tanpa membantah.

Melihat bayang anak buahnya yang berkacukan cina itu hilang dari pandangan, Khalaf terus mendekati ke arah sofa dimana isterinya sedang tidur.

Kedua-dua kaki Aisy diangkat perlahan sebelum dia duduk diatas sofa yang sama. Baru saja dia hendak memandang wajah lena Aisy, anak matanya terhenti pada tapak kaki isterinya.

Tapak kaki Aisy kelihatan bengkak memerah seperti melecet. Tak silap masa keluar tadi pakai sandal je?

Laci meja ruang tamu itu dibuka. Botol minyak panas diambil lalu kembali menutup laci tersebut.

Seluar palazo yang dipakai oleh Aisy itu disengsengkan ke atas. Jejari kasarnya mula menyentuh kaki Aisy. Setiap lekuk tapak kaki isterinya itu diurut lembut.

"Sss.. Sakitlah Farrel—" Beberapa minit selepas itu Aisy sudah terjaga dari tidur. Dahinya berkerut menahan ngilu. Anak mata memerhati Khalaf yang dari tadi teliti mengurut kakinya.

"Sorry boo. Tahan sikit, kaki kau melecet ni." Langsung dia tidak menukar pandangan dari kaki isterinya.

"Farrel.." Perlahan Aisy memanggil setelah dia kembali tenang dari menahan sakit.

"Hm?"

"Awak carikan Aisy laksam boleh tak? Aisy teringin nak makan."

"Apa kebenda tu? Aku pernah dengar laksa je—"

"Alah Farrel tanya la dekat Kak Aida ke mama ke.." Aisy menhentak perlahan kedua-dua kakinya diatas peha Khalaf.

"Kau nak laksam ke, atau kau nak aku ikat kaki kau?"

"Behave." Khalaf mendengus kasar. Wajah Aisy direnung tajam.

Apabila lelaki itu mula menegas, Aisy terus terdiam membisu.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now