"Aik. Marah betul. Kacau kau buat benda tu ke?—" Bidas Evren. Diperhatinya Khalaf yang menapak ke arah meja kerja.

"Macam mana la boleh kau jadi abang si Aaren tu. Adik perangai elok, dapat abang mulut macam sial juga." Khalaf melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya. Dia duduk berhadapan sahabatnya yang selamba itu.

Evren tersenyum sinis mendengar Khalaf mula membebel.

"The Locos."

"They need you in Berlin. Dalam masa yang cepat." Evren berdehem. Kembali kepada niatnya kesini untuk beritahu tentang hal itu.

"Nak balik sana macam mana? Kandungan Aisy dah masuk 6 bulan."

"I can't leave her just like that." Khalaf menyandarkan tubuhnya. Mana mungkin Aisy mahu membenarkannya ke Berlin buat masa sekarang. Tinggal dengan mama pun taknak.

"Okay then. Hantar la sorang budak kau pergi sana."

"Yang boleh dipercayai."

Khalaf menghembus nafas beratnya mendengar pernyataan Evren.

"Siapa lagi yang sesuai? Fareez jelah—"

"No, he can't. Aku nak pinjam Fareez supaya ganti Aaren dalam mission yang dia tengah buat tu."

"Siapa benarkan kau tukar orang macam tu?" Riak wajah Khalaf tampak tegang seketika. Berkerut dahinya apabila Evren membuat keputusan tanpa beritahunya dahulu.

"Aku dengan Aaren ada hal esok. It's important. Questioni di famiglia, capisci cosa intendo." (Family matters, you know what I mean) Evren menyatakan hasratnya mengapa dia terpaksa menukarkan adiknya kepada Fareez dalam mission.

"I don't need any excuse from you, Evren." Sedikit tegas nada suara Khalaf. Khalaf amat pantang jika apa yang diaturnya sesuka hati ditukar oleh seseorang.

"I know but sorry." Ringkas Evren menjawab. Dia hanya mampu berkata maaf. Renungan tajam Khalaf dibalas tenang.

"Nanti lah aku fikir. Buat serabut kepala je—"

Selesai saja mandi, Khalaf terus melangkah masuk kedalam ruang persalinan

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Selesai saja mandi, Khalaf terus melangkah masuk kedalam ruang persalinan. Baru saja dia hendak memilih baju apa yang hendak dipakai, suara tangisan Aisy buatkan pergerakannya terhenti serta merta. Hanya tuala mandi sahaja yang terletak kemas melingkari pinggangnya pada waktu itu.

FARREL'S BOO©️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα