°∘∘40∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Aa-Aisy betul-betul tak sengaja. Aisy cuma nak ambil frame tu jee.." Hati Aisy resah semacam ketika itu. Sudahlah pula dari tadi Khalaf berdiam diri dengannya. Aisy menggenggam kain pada hujung baju bagi menghilangkan rasa bersalah.

Tanpa respon, Khalaf kembali meletakkan helmet bewarna hitam itu ke dalam rak tersebut. Usai itu, dia mengalihkan pandangan ke arah Aisy.

"Buat apa tadi sampai barang boleh terjatuh ni?" Suara tegas Khalaf buatkan mata Aisy mula berkaca. Sungguh dia takut apabila lelaki itu mula bertegas.

"Sa-saya nak tengok gambar papa awak.. Le-lepastu--" Tergagap Aisy bertutur. Wajahnya masih tertunduk.

"Kenapa bercakap tak pandang muka aku?" Masih Khalaf merenung ke arah isterinya.

"Awak marah Aisy ke? Nanti Aisy ga-ganti balik barang awak..."

"Farrel maafkan Aisy, please--" Perlahan Aisy mendongakkan kembali wajah. Bibirnya diketap menahan air mata. Namun tetap terkeluar jua.

"Jum." Apabila air mata isterinya mula mengalir, Khalaf mula melembutkan nada suaranya. Wajah Aisy yang memerah itu direnung serentak lengan Aisy ditarik perlahan.

"Taknak."

"Aisy taknak ikut.. Farrel tengah marah--" Aisy bertahan tidak mahu mengikut ajakan Khalaf. Dia memandang sekilas lengannya yang digenggam oleh Khalaf itu.

"Ikut aku, Aisy Melina."

Apabila tarikan pada lengannya itu semakin kuat, Aisy hanya akur mengikut langkah suaminya.

Satu-persatu anak tangga didaki penuh berhati-hati oleh Khalaf. Setiap pergerakan Aisy diperhatinya takut terjatuh.

Khalaf menggenggam kemas lengan isterinya dan dibawa ke arah sebuah bilik yang menempatkan barang berharga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khalaf menggenggam kemas lengan isterinya dan dibawa ke arah sebuah bilik yang menempatkan barang berharga. Bilik itu juga ada piano kesayangan peninggalan arwah papanya yang pernah dilihat oleh Aisy sebelum ini.

Usai melangkah masuk, pintu kembali ditutup rapat. Lengan Aisy ditarik sehingga berada dihadapan piano itu.

"Stay." Khalaf mengesat air mata yang membasahi pipi mulus Aisy. Namun tangisan isterinya tetap tidak berhenti. Dia tahu yang Aisy sekarang betul-betul takut dengannya.

Sehingga terhincut bahu gadis itu akibat menangis. Dibiarkan saja jari kasar lelaki itu yang masih bertahan mengesat air matanya.

Usai itu, Khalaf menanggalkan T-shirt yang tersarung pada tubuh tegapnya. Baju itu kemudiannya digantung pada penyangkut yang tersedia ada di sudut bilik. Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung dihadapan piano tersebut.

"Duduk sayang." Pinggang Aisy ditarik lembut agar lebih dekat dengan kedudukannya.

Aisy akur apabila disuruh. Dalam keadaan teresak-esak itu dia menyelesakan kedudukan di atas peha Khalaf.

Rambut yang sudah berserabai pada muka itu dikemaskan sebelum Khalaf selit disebalik cuping telinga Aisy.

"Stop crying. I didn't mean anything.."

Khalaf sengaja mendepankan sedikit wajahnya agar lebih mudah melihat Aisy.

Beberapa saat kemudian, jejarinya mula bermain diatas piano itu. Setiap butang dimain dengan penuh teliti.

Alunan yang terhasil pada piano itu sama seperti lagu Rivers Flow in You. Walaupun sudah lama Khalaf tidak menyentuh kekunci piano itu, jari-jarinya tetap cekap dan pantas menghasilkan alunan yang merdu.

Tangisan Aisy sedikit demi sedikit mula reda. Terasa seperti di-awangan apabila Khalaf memainkan piano buatnya.

Sepasang tangan Khalaf yang tidak duduk diam dari tadi itu direnung lembut. Fikirannya kembali tenang. Seluruh ruang pernafasan Aisy sekarang dipenuhi dengan bauan tersendiri suaminya. Lebih-lebih lagi Khalaf tidak berbaju.

Sedang leka dia mendengar alunan muzik itu, tanpa sedar tangan kanan Khalaf memeluknya dari berlakang. Serentak itu, selesailah piano tersebut dimainkan.

"Maafkan aku?" Khalaf mula bersuara. Aisy mengangguk perlahan membuatkan dia tersenyum nipis.

"Awak marah ke saya terjatuhkan barang tu?--" Aisy masih rasa bersalah mengingatkan hal tadi.

"Takda sebab nak marah."

"I'm sorry my boo." Khalaf mengucup lembut pipi isterinya. Puas juga dia pujuk Aisy. Hilang akal rasanya apabila gadis itu tidak berhenti menangis.

"Aisy suka dengar bila Farrel main piano--"

"Really?.." Khalaf merenung wajah sembab Aisy penuh kasih. Air mata yang sering kali menjadikan wajah isterinya semakin mencuit hati.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now