°∘∘40∘∘°

Start from the beginning
                                    

Semasa Khalaf mengambil tuala didalam ruang persalinan, Aisy perasan yang wajah suaminya itu tampak beku semacam. Bunyi pancuran air buatkan Aisy menghembuskan nafas beratnya.

"Kejap ada mood. Kejap takda.." Cepat pula mood si suaminya itu berubah. Ada salah cakap ke ek?

Namun jauh didalam sudut hati, Aisy sungguh tidak maksudkan apa-apapun semasa terjerit tadi. Dia hanya ingin berhenti dari permainan tersebut.

Bulu tebal kucing parsi miliknya itu diusap lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bulu tebal kucing parsi miliknya itu diusap lembut. Selesai saja dari membersihkan diri, terus Khalaf menuju ke bilik yang menempatkan Bubu.

Sudah lama rasanya dia tidak memanjakan si Bubu itu akibat terlalu sibuk dengan kerja yang tidak dapat di-elak keberlakangan ini. Lebih-lebih lagi Aisy baru pulih dari kejadian kelmarin.

Kelibat Aisy langsung tidak nampak dari dalam bilik lagi. Sengaja dia tidak mahu mencari dimana isterinya berada.

Usai meletakkan whiskas kedalam mangkuk plastik khas kucing, pagar kecil sangkar itu kembali ditutup rapat.

"Mmmeow.."

Sempat Khalaf menghadiahkan usapan lembut terakhir pada leher Bubu yang gebu itu. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Bulu-bulu yang melekat pada T-shirt hitamnya itu dibersihkan sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sewaktu Khalaf menuruni anak tangga, ada juga dia perhatikan sekeliling rumah agamnya itu. Mana tahu terjumpa si cengeng.

BUSH

Berkerut dahi Khalaf terkejut mendengar ada bunyi barang yang terhempas jatuh ke atas lantai. Langkah kakinya semakin laju menuruni anak tangga tersebut. Terus otaknya teringatkan Aisy.

"Aisy?" Berdegup kencang rasanya jantung Khalaf pada waktu itu apabila Aisy berada dihapannya. Tidak lama kemudian pandangan lelaki itu beralih ke arah helmet motorsports miliknya yang berada di atas lantai.

"Aa-Aisy.. Aisy terlanggar barang awak--" Air muka Aisy tampak sangat cemas. Wajahnya tertunduk-tunduk tidak mahu bertentang mata dengan renungan tajam Khalaf. Siapa je tak takut buat mamat ni marah?

Sebentar tadi, memang Aisy ada menyentuh rak yang menempatkan helmet tersebut. Itupun kerana dia ingin mencapai sebuah frame gambar yang berada disebalik kedudukan asal helmet.

Namun bahunya sempat tertolak benda itu sehingga terjatuh ke atas lantai. Mana dia tahu yang boleh tertolak. Macam mana ni? Aduh.

Khalaf mendengus kasar sebelum dia mengambil helmet mahalnya yang terjatuh itu. Dia menilik setiap bahagian, memastikan sama ada helmet itu ada sebarang kerosakan.

Ya, ada. Pada bahagian cermin ada goresan calar. Tapi tidaklah ketara mana.

"Farrel.. Maafkan saya--"

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now