"Keith!" Panggil Zayyan namun tidak dihiraukan oleh Keith. Dia meneruskan langkah. Serabut kepalanya menghadap Zander.

Zander menjeling. "Eloklah sangat perangai tu! Macam budak-budak!" Amuk Zander. Masih tidak berpuas hati.

"Sudahlah tu..." Pujuk Zayyan. Dia geleng kepala. Benda kecil pun boleh jadi punca gaduh.

Keith memakai helmet. "Argh! Merda!" Sempat dia lepaskan marah yang masih berbaki pada Zander. Keith terus memecut laju meninggalkan bangunan Cyrex.

Setibanya di hospital, beberapa jururawat yang bekerja dibawahnya memandang hairan. Setahu mereka, Keith cuti hari ini. Salah seorang jururawat, Aina datang menghampiri Keith yang sedang berjalan ke biliknya. "Doc? Bukan doc cuti ke harini?"

"Tak jadi cuti." Balas Keith tanpa langsung memandang wajah jururawatnya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan Aina berhenti mengikutnya. Lihat dari gaya saja sudah tahu yang lelaki itu dalam keadaan yang tidak baik.

Keith duduk di atas kerusinya. Rambutnya dikuak ke belakang. Kata-kata Zander terngiang kembali. Dia merehatkan mata lalu bersandar pada kerusi.

Keith seakan tidak percaya dengan kata-kata ibunya. "Doctor? Tapi mother..."

"Mother tahu." Kamelia memotong, angguk perlahan. "Keith boleh je jadi mafia macam abang, macam papa. Mother takkan halang. Cuma mother teringin sangat kalau anak mother jadi doktor."

Keith diam. Doktor? Bukannya dia benci atau tidak suka. Cumanya, seumur hidupnya dia ditemani dengan pistol. Dia membunuh. Darah yang mengalir dari tubuh si mangsa adalah angkaranya. Tiba-tiba mahu berubah kepada stetoskop. Memberhentikan darah yang mengalir bagi menyelamatkan orang. Ia sesuatu yang berada di luar bidangnya.

"Keith seorang je anak mother. Siapa lagi mother nak harapkan?" Sambung Kamelia lagi. Cuba memujuk Keith, dengan harapan Keith berlembut hati untuk bersetuju. "Nanti, kalau papa atau Ayyash cedera, Keith boleh tolong. Ataupun... kalau mother sakit, Keith boleh rawat."

"A mafia doctor. Keith tolong orang-orang Haider yang cedera waktu lawan. Boleh kan?" Pinta Kamelia lembut. Satu senyuman tipis terhias pada bibirnya. Berharap yang Keith akan katakan ya.

"I miss you..."





Sunyi bilik itu. Tiada siapa yang berani untuk bersuara apatah lagi menjawab. Tuan Adam memandang Zander. "Zander?" Pandangannya dialihkan pada Keith pula. "Keith?"

"Jawablah. Bergaduh reti pula. Dah tak ada suara?" Bukan sekali dua dia terima aduan. Sudah banyak kali. Tidak habis benda yang sama. Balik-balik pasal Keith dan Zander bergaduh. Ada aje yang tak kena. Asyik tidak sebulu.

"Memang salah Keith, uncle. Keith yang tak buat kerja." Akhirnya Keith bersuara. Dia tidak mahu sebabkan dia dan Zander, yang lain turut terkena tempias. Sekarang ni pun semua dipanggil. Padahal hanya dia dan Zander saja bergaduh.

Puas hati Zander mendengar pengakuan Keith. "Haah memang salah kau. Kalau tak-"

"Sudah, sudah!" Tuan Adam memegang pelipis dahi. Pening kepalanya mahu melayan dua orang ini. Tak habis-habis. Seorang dengan perangai tidak mahu kalah, seorang lagi ego menggunung.

"Tak habis-habis korang berdua ni. Jumpa je gaduh. Cakap je gaduh. Tak boleh ke satu hari tu tak buat hal?" Sambung Tuan Adam lagi. Adrian dan yang lain pula hanya diam melihat dua orang rakannya itu dimarahi.

"Keith ni-"

"Aku pula-"

"Tengok tu! Makin cakap, makin dibuat." Marah Tuan Adam. Kalah budak-budak kalau macam ni. Ada saja benda yang tak kena.

Keith Aurora : His Fallen StarWhere stories live. Discover now